Wednesday, October 19, 2016

Filled Under:

Ramai Lelaki Yang Reject Bila Mak Abah Minta Duit Hantaran RM20K, Sehinggalah Seorang Mekanik Ini...


Aku berusia 27 tahun, berkelulusan master, bekerja di selatan dan telah berkahwin dengan hantaran RM20,000, barang kemas sepersalinan beserta mas kahwin RM3,000. Sabar, jangan judge apa-apa dulu. 

Aku berasal dari utara, yang orang dok kata, "perempuan utara ni mahal-mahal,". Yes, aku memang sangat terkejut apabila mak abah aku kata duit kahwin aku RM20,000 (RM17,000 + RM3,000). Jadi, bermulalah episod aku direject oleh ramai lelaki yang ingin menjadikan aku sebagai suri hati. 

Name it, dari kerja pejabat tanah, offshore, cikgu, semua menarik diri apabila mendengar jumlah duit kahwin. 

Bila dah cinta sangat-sangat, aku siap pujuk mak abah kurangkan duit hantaran. Jawapan mereka,

"Kalau kahwin pun nak minta kurang, macam mana nak bela anak mak? Nak dapatkan sesuatu kenalah berusaha. Senang dapat, senang kena buang." 

Sampaikan ada seorang mamat itu pernah berkata, "Ermm, baik saya beli kereta kalau hantaran dah tinggi macam tu."

Hadehh!

Umur 25, akhirnya berjumpa dengan seorang mekanik berkelulusan SPM yang juga mempunyai niat yang murni untuk menjadikan aku sebagai suri hatinya. Dengar saja RM20,000, dia diam dan kata akan cuba mengumpul duit sebanyak itu. 

Wah! Ini lelaki pertama yang sanggup menyahut syarat mak abah aku. Jadi, pada malam itu juga aku call tanya mak abah dan minta restu. 

"Adik boleh terima dia, mak setuju tak? Dia kerja mekanik saja," 

Alhamdulillah mak aku setuju. Mula-mula takut juga sebab abang ipar first kerja offshore di Vietnam, kedua lecturer, ketiga PTD. Yang bakal suami aku pula, mekanik cabuk saja. 

Si dia masa itu gaji dalam RM1,000 tanpa KWSP dan ada motosikal EX5 sahaja. Gaji aku pula, RM3,000 masa itu. Jadi, aku tersangat-sangat tak sangka yang mak aku approve si dia sebagai menantu. Bila dah dapat restu, bermulalah episod kami buat persediaan untuk masa depan. 

Apa kami buat? 

Aku  punya part, sediakan barang rumah siap-siap. Dari sekecil-kecil benda hinggalah sebesar-besar benda. Televisyen, sofa, dining table, microwave, oven, washing machine bagai. Boleh dikatakan rumah aku itu dah lengkaplah. Semua itu aku beli sikit-sikit semasa bujang. Rumah itu memang aku yang beli, tak ada sewa-sewa. 

Dia? Dia mengumpul duit, memang ikat perut habis. Makan bercatu, kadang-kadang apa yang aku masak, aku bekalkan untuk dia. Sampaikan makcik-makcik, kawan-kawan dia pernah berkata, 

"Apsal mahal sangat? Ada emas ke kat dia punya **** tu?" 
"Kita ini pipit, dia enggang, mana nak sama. Carilah perempuan lain, yang muda dan yang hantarannya murah. Muda-muda ini senang nak beranak," 

"Tak payahlah berkahwin dengan orang jauh. Kahwin saja dengan orang yang sama negeri, tak adalah kena bayar mahal-mahal. Hantaran kau ini include GST sekali ke sampai mahal macam itu sekali?" 

Siang kerja bengkel, malam part time jual burger + baiki kereta sesiapa saja yang rosak di tengah-tengah malam. 

Aku memang tak bantu langsung dia kumpul duit. Dia ambil masa 24 bulan untuk mengumpul duit hantaran kahwin. Dalam tempoh dua tahun itu, nak berjumpa/bergayut telefon dengan si dia memang susah. Padahal kami tinggal di taman yang sama, cuma berlainan fasa sahaja. Rumah sewa dia di fasa lama, rumah aku di fasa baru. 

Ini ada sedikit pesanan untuk kaum hawa. Semasa lelaki tengah mengumpul duit, kita yang perempuan ini janganlah buat perangai, merajuk, paksa nak jumpa, nak hadiah, nak romantik seperti drama jam 7 petang dan sebagainya. 

Perempaun kenalah faham, mereka menggunakan 200% kudrat yang ada semata-mata nak menghalalkan hubungan dengan kita. Perempuan pada masa ini kena betul-betul bersabar dan jangan bayangkan yang bukan-bukan, jangan fikir dia tak contact sebab ada perempuan lain ke apa? 

Awal tahun 2016, dia datang merisik. Raya haji kami berkahwin. 

Jenis mak abah aku, total duit hantaran hanya akan diambil pada hari akad nikah. Jadi, apa-apa persiapan awal untuk majlis pihak perempuan, memang kena dahulukan duit pihak perempuan dululah. 

Bila dah habis majlis, mak abah cuma ambil RM2,000 sahaja dari amaun sebenar. Aku pun pelik, rupa-rupanya selebihnya mereka pulangkan semula pada suami, suruh gunakan untuk buat modal buka bengkel sendiri. 

"Behind every successful man there is a woman"

Alhamdulillah, dengan duit hantaran + loan PUNB, sekarang suami dah bekerja sendiri. Mampu pula ambil dua pekerja. Malah dia ada perancangan nak buka pusat servis sendiri. Kami berdua memang terkejut sangat. Mak meruta cakap dengan aku, dia tak sangka anak dia yang macam tak ada masa depan itu boleh jadi tauke. Aku gelak-gelak saja. Kalau nak kenangkan tempoh dua tahun si dia berusaha mengumpul duit itu, Allahu, tak sanggup nak kenang. 

Tak semua mak abah kejam. Aku dulu-dulu pun fikir mak abah nak jual aku ke apa sampai minta duit hantaran RM20,000. Rupa-rupanya permintaan mereka itu bersebab. 

Untuk korang yang rasa marah sebab mak abah minta hantaran tinggi-tinggi itu, aku doakan agar mak abah korang ada special plan untuk korang. InshaAllah dipermudahkan urusan perkahwinan semua orang. 

Abang mekanik, I love you. - IIUM Confressions | The Reporter




0 comments:

Post a Comment