Saturday, October 22, 2016

Filled Under:

MEMBURUKKAN KERAJAAN 820,000 INDIVIDU TIDAK DIBENARKAN KE LUAR

ke-luar-negara

Memburukkan Kerajaan – 820,000 Individu Tidak Dibenarkan Ke Luar Negara
Mana-mana individu yang memburukkan kerajaan boleh dikenakan tindakan halangan untuk ke luar negara selama tiga tahun.
Rakyat Malaysia yang membuat perbuatan memburukkan kerajaan ketika berada di luar negara juga akan dikenakan tindakan yang sama apabila mereka pulang ke negara ini.
Memetik satu sumber, akhbar harian berbahasa Inggeris The Star berkata, Jabatan Imigresen telah menguatkuasakan peraturan itu sejak beberapa bulan lalu, satu langkah yang dikatakan untuk “melindungi imej negara“.
“Sesiapa yang memburukkan kerajaan dalam apa-apa cara, akan dihalang ke luar negara.
“Hanya ketua pengarah Jabatan Imigresen mempunyai kuasa untuk meneliti rayuan mereka,” kata sumber itu.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Sakib Kusmi mengesahkan kewujudan peruntukan tersebut, sambil menegaskan bahawa memiliki pasport Malaysia adalah satu keistimewaan dan bukan satu hak.
Kerajaan, katanya, mempunyai budi bicara untuk mengeluar, menangguh atau membatalkan pasport seseorang.
Mereka yang dihalang ke luar negara, bagaimanapun, boleh mencabarnya di mahkamah, kata Sakib, kerana mereka mempunyai hak untuk berbuat demikian.
Sementara itu, di bawah peraturan terbaru itu, sumber itu berkata, rakyat Malaysia yang ditangkap dan dihantar pulang kerana tinggal melebihi tempoh, melakukan jenayah atau bekerja tanpa permit yang sah di luar negara, juga akan dihalang keluar negara selama dua tahun.
Kes terbaru yang dilaporkan seseorang dilarang meninggalkan negara ini adalah Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah di KLIA ketika hendak berlepas ke Korea Selatan Ahad lepas.
Maria berkata, pegawai imigresen hanya berkata perintah itu (menghalangnya ke luar negara) adalah dari Putrajaya.
Bagaimana Ingin Mengetahui Nama Anda Dihalang atau Tidak?
Untuk mengetahui status anda, boleh layari: http://sspi2.imi.gov.my/default.aspx
Semakan nama boleh dibuat melalui laman web di atas. Sila buat semakan sebelum anda merancang ke luar negara.
Tindakan ini dilihat wajar kerana untuk menjaga imej baik negara di mata negara lain. Segala rahsia negara biarlah hanya diketahui oleh orang Malaysia sahaja dan tidak perlu campur tangan negara luar.
Jadi, berbuat baiklah kepada kerajaan dan jangan memburuk-burukkan kerajaan walaupun dikenakan segala macam tekanan.




0 comments:

Post a Comment