Monday, September 26, 2016

Filled Under:

SUBHANALLAH DOA JEMAAH HAJI 5 TAHUN LUMPUH, AKHIRNYA DIKABULKAN ALLAH DAPAT BERJALAN SEMULA DI MADINAH..


PJ281015FH010.transformed.jpg

Sepang, 28 Okt: Allah Maha Mendengar setiap doa hambaNya. Begitulah satu keajaiban yang yang terjadi kepada, Fatimah Abd Latif, 60, yang selama 5 tahun tidak boleh berjalan kerana lumpuh separuh badan iaitu di bahagian kirinya kerana di serang angin ahmar.

Beliau telah menceritakan pada satu hari ketika menunaikan ibadah haji di sana tiba-tiba beliau terasa kakinya boleh digerakkan. Ia berlaku selepas beliaubangun dari tidur dan ketika sedang bersiap sedia bagi menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi.

Saya terus memanggil anak perempuan supaya memeriksa kaki kiri kerana masih tidak percaya dengan apa yang dialami pada waktu itu.

Kemudian, saya cuba bergerak tetapi hanya dapat bergerak tiga langkah sahaja. Bagaimanapun, saya cuba lagi bergerak dengan bantuan anak dan menantu untuk menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi,” katanya ketika diceritakan kepada wartawan myMetrodi setibanya beliau di KLIA.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana setiap hari saya berdoa termasuk di hadapan Kaabah memohon supaya kaki kiri boleh bergerak dan sihat untuk menunaikan ibadah.

Allah memakbulkan doa saya dan kami sekeluarga berasa terharu, sebak serta bersyukur atas nikmat ini,” katanya.

Menurutnya, beliau memang menggunakan kerusi roda untuk bergerak sewaktu tiba di Madinah untuk ke Makkah sebelum Allah memakbulkan doanya..




0 comments:

Post a Comment