Thursday, September 29, 2016

Wednesday, September 28, 2016

5 Sebab Kenapa JDT Hanya Mampu Seri Dengan Pasukan Bengaluru




1.Dari Segi serangan dan percubaan berbahaya jdt lagi menguasai2.kelemahan lambat panas harus di atasi segera3.Safiq rahim kurang menjadi malam ini4.kelemahan hantaran yang tidak tepat dalam tmpoh lambat panas masih ketara5.kurangan  larian dari sebelah disebabkan ketiadaan Kunanlan


Kesemua pemain JDT boleh beraksi diseparuh akhir kedua harap maklum


SAYU :LUAHAN SAYU ISTERI SEHARI SELEPAS SUAMI DIJEMPUT ILAHI BUAT RAMAI SEBAK .. 11 HARI BERSAMA (6GAMBAR)

Gurun : Muhammad Shaidi Che Othman, 27, dalam perjalanan dari arah Sungai Petani untuk pulang ke rumahnya di Padang Pusing, Pendang.

Motosikal ditunggangnya merempuh belakang lori milik Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (PROPEL Berhad) di Kilometer 74 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, semalam dia maut ditempat kejadian.

Isteri arwah shaidi yang dinikahi arwah 11 hari lalu meluahkan rasa pilu dilaman sosial nya, dia mengimbau detik pengenalan dengan arwah membuat ramai sebak.



" heyy awaaa selamat pageyyy sayangg.. minggu lepas waktu ni kami antaq ampa depan pintu.ampa nk p keja. sruh tgu nk rasa cmna rasa blik keja ada istri kt umh.. syok letew blik2 kmi ada..hek..tapi reni kmi antaq yaasin kat ampa..hee..ingt dak kita sllu mlwak.klo kami p dlu cmna? pastuuu ampa pn gelut nak tnya cmtu gak..tiru! cmni rasa ampa tadak.kosong.kering.
ampa3..kmarin ckup 6taun ampa add kmi d fb..pastu kmi hampir2 nk remove ampa.sbb ingt ampa mat terap mna dok add org 😝. tapi kmi xbuang.. 17.10.2010 ampa komen kt status kmi.pastuu melalut kt chat box.. kwn3.. dekat 2 3 bln bru ampa mtk no fon..tu pn pyh ya amat nk mtk! pastuu mula la kwn smpai 19.7.2011 ampa mcm bg hint2 nk kmi jd lg special dlm hdup ampa.tu pn pyh jgk nk hbaq.main tarik tali sngguh! hek.

kita pn janji setia sampai bila2 sbb kita sama2 pnh kecewa dlu..kmi sntiasa ingt ayt ampa tu..kmi pn jnji kmi akan tgu ampa..mmg tgu sngguh! tiap kali nk kluaq mst kna tgu..pastu mola la kmi nk bebai..tp tgk muka ampa xjd mrh..tu kmi gram sgt tu.haishh 😝
pastu kmi abih bljaq.keja..ampa blom lg..xpa kmi kta..kmi tgu..sbb kmi nk ampa taw kmi sntiasa saport ampa!
alhamdulillah lpas bkwan 6taun..ampa pn keja..impian kita nk kawen dok nmpk dh ni..kita tunang 24.12.2015.. pastu kmi pilih 16.9.2016 kita kawen sbb kononnya nti nk cuti la smbot enebeseri..
12 hari ampa jadi suami kmi ckup2 6taun kita kwn d fb.. alahai syg..sat sgt kmi jd istri ampa..kmi jnji nk jga ampa kn..tapi lani Allah jga ampa. 😊
trima kasih untuk segalanya ampa.. kmi sayang sgt kat ampa.. dr awai kita kwn..kmi ikhlas syg ampa..sbaq dgn segala ujian yg mai..semua utk ampa..impian kmi nk tgk ampa bjaya semua ampa bwk p dh bsama.. semua syg ampa..semua kata ampa baik.. betoii.. ampa baik..klo kmi srabut ampa tlg kmi sbb stgi ampa srabot pala jgk..hek..
ok awaaaaa.. nti sy anto surat lagii okei.. dok baik2 d sana.. Allah ada jga ampa.. inshaAllah.
dari kamiiii untuk ampa wahai SOMI.. SETRI ampaa.. yang nakk sgt pngei ampa ABANG walopun ampa kta xkisah nk pngei apa pn.." - dari isteri mu Nurnaqiah 

Semoga Nurnaqiah terus tabah apa dugaan yang menimpa diri nya, Allah lebih sayang kan arwah suami nya shaidi - Al fatihah.

Sumber Asal : ceritagempakkomuniti


Takkan Hilang 'Telur Dua Biji' Kalau Lelaki Buat Kerja Perempuan


Secara peribadinya, ramai lelaki (mungkin 70%) yang gemar membiarkan isteri melakukan kerja-kerja rumah selepas berkahwin. 

Tugas-tugas seperti memasak, mengemas rumah, cuci pinggan, cuci pakaian, jemur pakaian dan lain-lain semuanya 'diserahkan' kepada isteri sebulan selepas berkahwin (paling koman) kerana di fikiran mereka, 

"Oh, itu semua tugas seorang isteri," 

Mungkin kerana sudah terbiasa melihat ibu atau adik beradik perempuan yang melakukan tugas-tugas sedemikian di rumah sebelum mereka berkahwin. Bila dah kahwin, lalu mereka menetapkan itu adalah tanggungjawab seorang isteri. 

Tetapi, apalah salahnya jika anda sebagai suami bertolak ansur dalam menguruskan kerja-kerja di rumah? Baca coretan Redzuan Abd Manaf ini, semoga bermanfaat. 

JANGAN PERNAH MALU BUAT KERJA PEREMPUAN

Kemas rumah, cuci dan jemur pakaian. Kalau anda sayang isteri, kakak atau emak, tolong masakkan sekali sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. 

Tak payah takut dengan cakap-cakap orang kononnya lelaki yang buat kerja-kerja perempuan ini adalah pondan, dayus dan tak cukup jantan. 

Wahai lelaki, takkan hilang telur dua biji kalau anda tidak gatai 'punai' pergi buat pembedahan. 

Bila pulang ke kampung, ringan-ringankanlah tulang anda. Jangan merasakan diri anda itu anak jutawan sehingga pinggan sebiji pun nak suruh kakak yang basuhkan, baju sehelai pun nak suruh emak yang cucikan, nasi dalam periuk pun suruh isteri yang suapkan. 

Kalau beginilah perangai anda, saya tidak akan panggil anda sebagai anak jantan. Sebaliknya saya panggil anda sebagai Anak Setan! Hahaha!

Saya ajar awal-awal anak saudara saya. Biar mereka tahu rasa susah senang. Jangan ingat ibu mereka ini sebagai 'Orang Gaji Upahan' sebab saya pun tak suka menyusahkan arwah ibu saya. -Redzuan Abd Manaf | The Reporter


Nak Tahu Mengapa Servis Di Klinik-klinik Kerajaan Sangat Lembab? Ini Sebabnya

klinik

Isu ini merupakan antara isu yang sering diluahkan di laman sosial. Ianya merupakan isu yang tiada kesudahan. Baik di sektor kerajaan, mahupun swasta, servis klinik tidak dapat lari dari aduan ini.
Sebagai orang awam, dalam sebulan, berapa kali kah purata anda datang ke klinik? Mungkin sekali, mungkin dua kali. Jadi anda mungkin tidak biasa dengan situasi yang kami alami sebagai kakitangan. Oleh itu hari ini kami kongsikan penulisan Dr. Effy Saiful bagi menceritakan bagaimanakah situasi hari-hari biasa di sesebuah klinik.
Di Klinik Kesihatan yang sangat sibuk, di mana seorang doktor melihat sekitar 80 (pada hari-hari lengang) dan 100++ (pada hari-hari yang sibuk), setiap saat sangatlah berharga. Kerana daripada 8am-5pm (8 jam bekerja), setiap jam sekurang-kurangnya 10-12 pesakit perlu dilihat. Bererti satu pesakit hanya boleh dilihat sekitar 5-6 minit sahaja maksimum. Itu pun jika semuanya berjalan dengan lancar, tidak sangkut dengan kes-kes kecemasan atau kes-kes rumit yang boleh mengambil masa 15-30 minit.
nak-tahu-mengapa-servis-di-klinik-klinik-kerajaan-sangat-lembab-ini-sebabnya
Kebiasaannya, kes-kes biasa boleh dilihat dengan pantas, jika pesakit memberi kerjasama dan membuat persiapan tentang apa yang hendak diberitahu kepada doktor tentang penyakitnya.
Namun rata-rata pesakit enggan bekerjasama dan datang tanpa persiapan dan fokus yang tajam. Maka ia akan memakan sekitar 10-20 minit bagi kes-kes simple.
Kebiasaannya kronologinya begini:

[Minit 0:00]

klinik2

Panggil nombor pesakit.. nombor telahpun dipaparkan di skrin dan disebut menerusi pembesar suara.. 10 saat.. 15 saat.. 25 saat.. 45 saat.. barulah pesakit masuk.. kadang-kadang bersendirian.. kadangkala bersama satu keluarga dan anak-anak kecil atau abang/kakak/pakcik/kawan/boyfriend/girlfriend yang tiada kena mengena..
“Yang tak sakit boleh tunggu di luar ye.. bilik ni penuh nanti tak muat..”
Bukan itu sahaja, ‘privacy’ pesakit juga perlulah dijaga.. kadangkala ada maklumat ‘sulit’ yang membantu diagnosis tetapi tidak akan disebut jika ayah/emak/suami/isteri ada disisi..
“Nah abang pegang beg mama.. pastu bawak adik tunggu kat luar dengan ayah.”

[Minit 1:20]

Duduk di kerusi dengan muka masam. Tiada ucapan salam sejahtera mahupun selamat pagi. Tak mengapa.
“Selamat pagi puan. Kad rawatan mana?”
“Oh kejap ya doktor. Tertinggal dalam beg tangan kat luar.”
Keluar bilik… Masuk bilik semula 30 saat kemudian.

[Minit 2:00]

“Puan datang sebab apa ya?”
“Demam.”
“Ada batuk, selsema?”
Terdiam.. Fikir 5 saat. “Ada la kadang-kadang.”
“Batuk ke, selsema? Kadang-kadang tu bila?”
“Batuk ada sikit-sikit. Selsema pun ada.”
“Sakit perut?”
Terdiam.. Fikir 5 saat. “Bulan lepas ada.”
“Bulan lepas buat apa, puan. Saya nak tahu harini punya cerita. Cirit birit, muntah?”
Terdiam.. Fikir 5 saat. “Badan semua sakit-sakit la doktor.”
“Puan, tak jawab lagi soalan saya. Cirit birit, muntah ada tak?”
Terdiam.. Fikir 5 saat. “Tak ada. Saya nak MC eh doktor. Saya kerja Singapore.”
“Eh, nanti la kejap. Saya nak periksa dulu ni. Kalau betul-betul sakit nanti barulah saya bagi MC. Demam dah berapa hari ni?”
“Sejak balik dari kampung haritu.”
“Puan, saya tak tahu bila puan balik kampung haritu. Dah berapa hari sebenarnya ni?”
“Ada lah 2-3 hari lepas.”
“2 ke, 3 hari?”
“Entahlah doktor saya pun tak ingat.”
“Sebab kalau 3 hari, puan kena ambil darah, takut denggi.”
Terdiam.. Fikir 5 saat. “2 hari lah doktor.”
……………………….

[Minit 6:00]

Physical examination. Mula dengan general examination. Pulse volume. CRT. Suhu tertulis 36.5’C. Tak demam pun.
Kemudian throat examination. “Bukak mulut besar-besar ye puan.”
Bukak separuh mulut. Nampak hujung lidah.
“Puan, bukak besar-besar sikit. Saya nak tengok tekak ni.”
Bukak besar sikit. Still tak nampak belakang throat. Mallampati 4 nampaknya.
“Cakap aaaaa.”
Diam 5 saat sambil mulut ternganga.
“Puan, cakap aaaaa.”
“Aa”.
“Cakap aaaa lama-lama.”
“Aa lama lama.”
“Bukan, maksud saya cakap aaaaaaaa. Sebut tu lama-lama sikit.”
“Aaaaa.”
Throat still tak nampak. Capai tongue depressor.
“Cakap aaa lagi sekali.”
“Aaaaa.”
Ok. Injected. Tonsils normal. Amek stethoscope. “Puan duduk dekat sikit, saya nak dengar paru-paru.”
Terpaku 3 saat.
“Puan, duduk dekat sikit. Saya nak dengar paru-paru.”
Anjak kerusi dekat sikit.
“Lagi sikit.”
Anjak kerusi dekat sikit.
“Tarik nafas.”
Diam 5 saat. Doktor menunggu sambil stetoskop terlekat di dada.
“Puan, tarik nafas.”
“Belakang saya pun sakit jugak la doktor. Tak boleh tidur.”
“Puan, sebentar ye. Jangan bercakap. Saya tengah dengar paru-paru ni. Tarik nafas.”
Tarik sikit.
“Tarik nafas dalam-dalam.”
Tarik dalam sikit. Batuk ke muka doktor.
“Puan, kenapa batuk kat muka saya niiii.”

[Minit 10:00]

“Puan ada masalah kesihatan apa-apa sebelum ni?”
Terdiam 5 saat. “Sakit-sakit kaki la kadang-kadang.”
“Bukan, maksud saya, ada kencing manis ke, darah tinggi ke.”
“Kencing manis takde.”
“Darah tinggi? Masalah jantung?”
“Dulu doktor klinik swasta pernah bagi ubat.”
“Ubat apa dia bagi?”
“Entahlah doktor. Satu warna putih-putih bujur. Satu lagi warna oren bulat-bulat.”
“Alamak puan. Kita ada beratus-ratus ubat putih bulat bujur. Ada bawak contoh tak?”
“Takde, doktor. Dah habis.”
Selak-selak dokumen lama. Ternampak SC Mixtard 26iu BD.
“Eh ni pernah amek insulin ni puan. Kata tadi takde kencing manis?”
“Tu dulu doktor. Lepas tu dah tak amek ubat lagi.”
“Berapa lama tak amek ubat?”
“Lama la jugak.”
“Lama tu subjektif, puan. Kena lebih spesifik lagi. Seminggu, sebulan, atau setahun?”
“Ada la 2-3 tahun.”
…. Seorang pesakit dari luar buka pintu. “Doktor, nombor ni kenapa tak panggil-panggil lagi. Lama saya tunggu ni.”
“Encik nombor berapa?”
“015.”
“Sebentar encik. Ni baru nombor 001. Ada 14 orang lagi queue.”

[Minit 16:00]

“Ok puan. Saya dah tuliskan semua ubat. Nanti pegi ke kaunter 7 untuk buat appointment kencing manis. Kemudian ke farmasi untuk ambil ubat.”
“Doktor boleh mintak sekali tak ubat untuk kulat air ni. Celah-celah kaki saya ni, gatalll.”
“Hmm ok nah.”
“Lepas tu doktor, nak jugak ubat kebas-kebas tangan ni.”
……”Ok nah.”
“Ubat sapu ada tak untuk sakit-sakit otot ni.”
…..”Nah.”
“Vitamin C boleh dapat tak, doktor?”
… “Vitamin C kita bagi untuk wanita mengandung sahaja, puan. Kalau puan nak boleh beli sendiri kat farmasi luar, ok.”
Bangun dari kerusi. Tiada ucapan terima kasih atau penghargaan. Sampai di pintu, “Jap doktor. MC saya tadi mana?”
….. “Puan kerja apa?”
“Singapore.”
“Maksud saya jawatan puan. Bukan kerja di mana.”
“Bahagian pemasaran. Nak MC semalam, harini dengan esok sekali ye doktor.”

[Minit 20:00]

Finally.. Selesai satu patient.
Panggil nombor seterusnya: 002.
“Selamat pagi aunty. Silakan duduk.”
Kemudian repeat proses di atas dari mula sampai habis kira-kira 80-100 kali lagi. Jangan lupa cuba bayangkan juga situasi di atas dalam keadaan pesakit merupakan seorang warga asing, di mana kami mengalami limitasi dari segi komunikasi.
DISCLAIMER : Penulisan di atas hanyalah rekaan semata-mata berdasarkan kebanyakan situasi sebenar yang berlaku. Ianya tidak ada kena mengena samada bagi yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Kami kongsikan cerita ini semata-mata bagi memberikan gambaran situasi sebenar di sesebuah klinik, ianya bukanlah untuk tujuan rungutan dan sebagainya.
Sumber : The Dressar & Co



Tuesday, September 27, 2016

Tak Sangka! Inilah Sebabnya Kenapa JDT Mampu Membayar Gaji Ratus-Ratus Ribu Kepada Pemain Tempatan Di Liga Malaysia



KELAB JDT AMAL 'FINANCIAL FAIR PLAY'
'Financial Fair Play' bermaksud sesebuah kelab bola sepak akan berbelanja mengikut kemampuan wang yang mereka ada sahaja. Mereka tidak boleh berbelanja lebih hingga menyebabkan gaji pemain tertunggak dan terjadinya masalah-masalah lain sehingga akhirnya kelab terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu membayar hutang. Jika kelab mempunyai dana peruntukan sebanyak RM100 juta, mereka boleh berbelanja mengikut dana yang mereka ada.
Begitu juga dengan JDT. Jika JDT mempunyai dana peruntukan sebanyak RM100 Juta, tiada masalah jika JDT hendak menawarkan gaji RM50,000, RM70,000, RM80,000 malah lebih RM100,000 sebulan kepada pemain. Begitu juga jika kelab ingin berbelanja untuk menaiktaraf apa-apa kemudahan infrastruktur.
Kelab-kelab yang mempunyai masalah kewangan sehingga berhutang dengan pemain atau organisasi lain sepatutnya disekat atau dilarang daripada membeli pemain-pemain baharu melalui 'Financial Fair Play' kerana mereka sudah ada rekod buruk dalam menguruskan kewangan kelab. Mereka bukan sahaja memburukkan nama dan menjejaskan masa depan kelab, tetapi menganiayai individu lain.
Usaha meletakkan had kepada gaji pemain tidak akan berjaya kerana industri bola sepak profesional bersifat 'pasaran terbuka' melalui konsep 'wiling seller-willing buyer' (persetujuan diantara penjual-pembeli, dalam kes bolasepak ialah diantara pemain dan pemilik kelab) dimana Kerajaan tidak akan campur tangan dalam urusan gaji pemain atau yuran perpindahan pemain.
Walaupun 'Financial Fair Play' tidak diamalkan secara rasmi di Malaysia, tetapi ia telah digunakan dalam Union of European Football Associations (UEFA) sejak 2009. Pemimpin-pemimpin kelab dan persatuan bolasepak sepatutnya belajar tentang dunia bolasepak daripada orang yang arif dan berani membuat pelaburan dalam ilmu pengetahuan bola sepak, bukan hanya inginkan kemenangan dan keuntungan segera.
Peminat bola sepak Malaysia sudah semakin celik dan pandai tentang bola sepak. Jangan pandang rendah atas kemampuan intelek kami apabila ada orang ingin bercakap tentang isu gaji pemain dan 'Financial Fair Play'.


Awek Cun Mesej Minta Nak Pinjam Duit Di FB Apa Yang Lelaki Ini Balas Memang TERKEDU Dan WIN

125828.jpg
Dah banyak cerita kita dengar mengenai scammers di laman sosial sekarang ini, mereka mencipta fake account dan menggunakan gambar gadis-gadis cun bertujuan untuk menipu daya. Memang bahaya scammers ni lebih-lebih lagi jika melibatkan jual beli barangan diinternet. Duit lesap barang pun entah kemana.
hxgftg
Di twitter viral mengenai seorang lelaki yang tiba-tiba terima private message dari awek cun. Nak pinjam duit kereta rosak katanya. Namun, respond lelaki ini memang win! Terus terdiam awek tu.Haha

Awek cun private message nak pinjam duit

12

Respond dia memang win!

3

‘Saya bukan along, saya cuma nak tolong’

4

Scammer rupanya, dah ramai kena tipu

5
Terus diam kau. Haa lepas ni korang boleh try buat macam ni kalau ada awek yang tiba-tiba private message nak pinjam duit, minta top up dan sebagainya. Hehe
sumber: Faiq Fikri


SAYU : KASIH NYA AYAH .. DIA RATAPI BAYI NYA MAUT TERCAMPAK DALAM KEMALANGAN (6GAMBAR)

Satu kemalangan ngeri telah berlaku, seorang bapa ini telah kehilangan anak dan isteri nya dalam sekelip mata.

Apa yang amat menyedih kan bayi nya berusia 4 bulan maut tercampak dari kenderaan yang dinaikinya akibat impak kemalangan

Gambar lelaki ini meratapi kematian  anak nya telah menjadi viral, dia dilihat memeluk dan memangku erat jasad bayi nya yang tidak sedikit pun cedera pada luaran.




Bayi nya mungkin maut akibat hentakan dan tercampak akibat kemalangan itu, difahamkan isteri nya juga turut maut dalam kejadian terbabit.

Kisah ini berlaku di Thailand, apa yang berlaku amat mengundang pilu kepada pelayar media sosial yang melihat gambar nya meratapi kematian bayi nya.

Identiti mangsa tidak dapat dipastikan mangsa merupakan seorang kakitangan awam diThailand yang dikhabarkan baru beberapa bulan menerima cahaya mata. Al fatihah 


'Umur Saya 24 Tahun Tapi Orang Ingat 19 Tahun' - Gadis Kongsi Petua Kecantikan Dapat 10,000+ Shares!


Bayangkan, anak menakan (anak buah) terperanjat bila saya beritahu umur saya 24 tahun. Saya ingat muka saya ini nampak seperti berusia 30 tahun di pandangan anak menakan, rupa-rupanya dia ingatkan saya baru berumur 19 tahun. 

Hahaha! Bukan dia sahaja, malah ramai lagi yang nampak saya seperti awet muda. Ingatkan saya budak sekolah pun ada. Mungkin kerana saiz badan saya yang agak kecil, kurus dan awet muda. 

Saya malas nak kongsi rahsia awet muda yang saya amalkan. Tetapi tak apalah berkongsi kebaikan pun merupakan satu ibadah juga kan? 

Nah, saya nak kongsikan rahsia kecantikan saya dengan menggunakan air rawatan tradisional untuk
  • Dalaman wanita
  • Mengurangkan keputihan
  • Seri wanita
  • Awet muda
  • Mengeluarkan aura positif
  • Memberi tenaga dan mencantikkan luaran kita
Saya amalkan minuman ini dan juga pil buatan sendiri. Senang, homemade sahaja. Terjamin selamat untuk badan. 

Bolehlah cuba resepi air tradisional ini. Memang best! Untuk buatkan air rawatan tradisional ini kekal lama pun ada tipsnya juga. Tetapi saya akan kongsikan pada slot lain pula ya.


Saya akan ambil dua atau tiga sudu pati jamu ini dan dicampurkan dengan setengah cawan air suam. Minum tiga kali seminggu. 


Bahan-bahan yang diperlukan: 
  • 4 ulas kunyit saiz 2 inci (merawat luka dalaman)
  • Seulas halia saiz 2 inci (membuang angin)
  • Sebiji buah manjakani (mengetatkan bahagian dalaman wanita)
  • Sesudu asam jawa (mengempiskan perut)
  • Sedikit gula merah (saja letak gambar besar)
Semua bahan-bahan tak kisah sangat nak guna banyak mana pun sebenarnya. Cuma berhati-hati dengan manjakani sebab pahit. 


Tumbuk kunyi dan biji manjakani serta hiris halia. Nak tumbuk halia pun boleh tetapi saya tak suka rasa tajam halia kalau tumbuk sekali. 


Rebus halia, kunyit dan biji manjakani dengan dua cawan air. Tunggu sehingga mendidih. 


Setelah mendidih, tambah dengan air asam jawa. Saya campur asam jawa tadi dengan dua cawan air juga. Biar sampai mendidih lagi. 


Selepas mendidih sekali lagi, letak gula merah. Gula merah ini bertujuan mengurangkan rasa pahit manjakani itu. Kalau korang jenis yang suka pahit-pahit ini, tak perlu letak pun tak apa. Ini pun dibiarkan sehingga mendidih dan air kering sedikit dalam suku dari jumlah air asal. Boleh tutup api dan tunggu sehingga sejuk. 


Bila sudah sejuk, dah boleh tapis dan simpan dalam bekas bertutup. Tadaa! Pati jamu anda sudah siap. - Sahira Lim | The Reporter


Gerai Nasi Lemak Anak Dara Viral Bulan Lepas, Bulan Ini Kena Saman

Gambar ehsan netizen

SHAH ALAM - 26 Ogos lalu, viral di media sosial tentang Gerai Nasi Lemak Anak Dara yang diusahakan seorang gadis dari Kedah. 

Ramai yang memberi sokongan kepada Siti Hajjar Ahmad, 24, yang berasal dari Sungai Petani Kedah ini dan memuji usaha beliau untuk berniaga mencari duit tambahan sementara menunggu panggilan temuduga.

Bagaimanapun gambar Siti Hajjar dikenakan tindakan oleh Penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tersebar di media sosial pagi tadi. 

Melalui kenyataan Siti Hajjar pada Ogos lalu, dia telah mendapat tawaran dan akan mula bekerja sebagai Cost & Design Engineer di Subang Jaya bermula September ini. 

Perkara ini sememangnya sudah dijangka oleh netizen semenjak viralkan mengenai gerai nasi lemak anak dara ini. 

Jika di Negeri Sembilan, Menteri Besarnya telah mengeluarkan kenyataan agar jangan dihalang rakyatnya yang mahu menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti menjual nasi lemak ini. Bagaimanapun di Selangor, perniagaan menjual nasi lemak ini perlulah mendapat 'lesen' daripada pihak MBSA terlebih dahulu.

Meskipun begitu, jangan ada yang menyalahkan penguatkuasa MBSA. Mereka hanya sekadar menjalankan tugas sahaja. - The Reporter


Monday, September 26, 2016

Kenapa McD Jual Burger Murah Berbanding Burger Lokal? Ini Jawapannya

Gambar hiasan | Google Images

Apabila buat bisnes, kita bukan melihat pada keuntungan. Kita lihat pada growth. 
  • Untung banyak tapi putaran duit slow tak bagus juga.
  • Biar untung kecil tetapi pergerakan barangnya laju.
Kenapa bisnes seperti McDonald's boleh menjual burger dengan harga RM4.90 dan kenapa burger bakar kena jual RM8.90? 

Sebab McDonald's tahu rate orang beli burger ini adalah RM5. ke bawah. Jika mereka menjual burger RM8 ke atas, orang mungkin akan datang beli tetapi hanya sekali sahaja. Selepas itu, orang tak akan datang lagi. 

Sebab itu McDonald's melihat yang penting ialah, biar orang datang membeli burger hari-hari, biar mereka mendapat untung setiap hari. 

Sebab itu kita lihat, ramai peniaga Burger Lava, Burger Kukus susah nak bertahan dalam market kerana mungkin meletakkan keuntungan sebagai nombor satu. Mereka mendapat untung tetapi sebulan sekali atau setahun sekali. Sebab bila orang dapat gaji, baru mereka datang makan. 

Berbeza dengan burger McDOnald's, boleh dikatakan orang sudah menjadikan ia sebagai sarapan setiap pagi sebelum masuk pejabat kerana produknya adalah antara yang termurah. - Sofwan Sharifuddin | The Reporter