Thursday, August 18, 2016

Filled Under:

Takziah Baddrol Bakhtiar... Suatu Kejadian telah menimpanya kemarin



 SUNGAI PETANI: Rumah pemain bola sepak Kedah, Baddrol Bakthiar di Ambangan Height, Persiaran Amanjaya dekat sini, dipecah masuk pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Md Zukir Md Isa berkata penjenayah dipercayai masuk dari pintu tepi rumah mangsa dengan mengumpilnya dan keluar melalui pintu belakang yang berkunci dari dalam.

 "Kira-kira 8.30 pagi mangsa mendapat tahu daripada jirannya bahawa rumahnya telah dipecah masuk dan mangsa membuat laporan pada pukul 11 pagi tadi," katanya menerusi kenyataan di sini. Antara barangan yang dilaporkan hilang ialah jam tangan, tabung wang syiling bernilai RM300, beg barangan sukan, kasut dan satu set kamera litar tertutup (CCTV).

Sehubungan itu, polis menahan tiga remaja lelaki berusia 15 hingga 18 tahun dan membuat serbuan ke atas sebuah rumah di Persiaran Amanjaya serta menjumpai sepasang kasut bola, sebelah kasut sukan dan sepasang selipar berwarna hitam.

Baddrol, 28, yang juga pemain tengah Kedah dan isterinya Nur Izyan Mustafa Khalid, 28, baharu sahaja mendapat cahaya mata sulung pada Sabtu lalu. Md Zukir berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. -BERNAMA




0 comments:

Post a Comment