Thursday, August 18, 2016

Filled Under:

Mak Ayah Tak Berkenan Isteri..Pelik Bila Duduk Sebumbung Terus Sayang,Ini Isteri Buat Rupanya...

Mak Ayah Tak Berkenan Isteri..Pelik Bila Duduk Sebumbung Terus Sayang,Ini Isteri Buat Rupanya… |Sy suka baca status2 yg terdapat dalam group ni . Sperti biasa , byk menantu pmpuan yg mgadu tntg mil . Sy fhm perasaan awk semua sb sy pn dh berkahwin.
Capture
Sblum kahwin, mil memg nmpk baik gn sy tp fil memg dari awal xberkenan dgn sy smpai tahap xpernah jejak rumah org tua sy shingga sy dh sarat nk bersalin tp sy xkisah. Huhu lepas kahwin , sy ikut suami duduk uma mil. Mil jenis yg kasar n suka ckap lepas . Sepanjang mengenali keluarga suami , byk kali terasa hati dgn kata2 mil tp sy buat xthu sb sy syg suami sy.

Sebagai sorg isteri , kita kena brtolak ansur gn kuage suami . Walaupun org xbole trima kita , demi memperthankan rumahtangga, kita kena berusaha untk membodek hati mertua . Hehe mcm sy , sy cuba bgun pagi tlg mil buat kerja wlaupun berat cgt mata ni , sy akn myediakan sarapan wlaupun hanya suami yg sudi mkn. Lpas suami pergi kerja , sy rajinkan diri kemas uma n masak pastu bru basuh baju .

Kadang2 lepas siap semua kerja , sy akn duduk dpn tv dgn mil , ajak2 la berbual wlaupn dia xnk lyn. Haha nanti klau sy penat , sy terus masuk bilik n buat hal sndri. Sy tutup telinga supaya xtrdgr sesuatu yg myakitkan . Tiba wktu ptg , sy akn duduk dgn mil ajak berbual n tlg apa yg patut. Hari2 Sy buat bnda yg sama. Tebalkan muka walaupun org xsuka.

Akhirnya mil n fil dpt terima kehadiran sy sbgai menantu. Sy cuba bodek mil wlaupun kadang2 mil suka ckp lepas dgn sy , sikit pn sy xkisah sb sy dh tahu perangainya dn kena tetapkan dlm minda yg sy perlu sabar sb Sy syg suami sy . Sbgai pmpuan , kita kena tahu salah 1 kunci kbhgiaan rumahtangga adlah mendapat keredhaan dry mertua. Bila dh kahwin, automatik syurga kita btukar dibawah tapak kaki suami tetapi suami syurganya masih dibawah tapak kaki ibu. Jadi kita sbgai isteri kena sama2 bantu suami untk mendapatkan syurganya wlaupun prjalanan itu pahit.

ok sambung cerita td. setelah bebrpa bulan brkahwin, Sy disahkan mengandung. Sy mgalami alahan yg teruk, rasanya nk je duduk dirumah org tua sendiri sb malu nk berehat lama dirumah mertua tp memikirkan keadaan suami ke tmpat kerja lebih dkt dari rumah org tuanya berbnding uma sy. Sy ikut kata suami untk sabar dgn apa yg akn berlaku tp sy silap , mil sgt memahami bahkan dia xbg sy buat kerja dirumah. Dia yg uruskan sgalanya , tugas sy hnya menguruskan keperluan suami. Alhamdulillah mil baik dgn sy sehingga skrg .

Jadi apa yg sy cuba smpaikan kt sini , jahat mcm mana pn mertua , jgn thu menilai melalui sebelah pihak , cuba cermin diri kita sbgai menantu pmpuan. Cari dimana silapnya, berjayakah kita menjadi seorg isteri? Kadang2 kita rasa diri je yg btol tp kita silap, kita kena tahu yg kita ni dah berkahwin dgn seorg lelaki yg merupakan ketua kuage n ank seorg wanita. Kita pn tahu, setiap ibu inginkan yg terbaik untk anknya, cuba kita pk. Agak2 berjaya ke kita jaga suami seperti ibu menjaganya? So kt situ kita kena jaga hati mertua n yakinkan dia bahawa ank lelakinya jatuh ditgan wanita yg betul.

Skrg kita mgkin akn marah dgn kelakuan mil tp 1hari nt kita akn tua n pasti merasai perkara yg sama. Jadi xhairan la klau ad mil yg jahat, sb kita sendiri xsedar diri sbgai menantu. so mana2 ank dara yg nk kahwin tu, belajar jdi seorg isteri yg baik dari ibu kita. Tanya pada ibu apa ibu rasa jika ad seorg pmpuan seperti sy yg akn jdi menantu ibu. Jika ibu marah, brmakna byk benda yg harus diperbetulkan sblum nk salahkan mil. Mil juga seorg ibu, dia mesti boleh terima kita sbgai anak sendiri jika kita pndai menjaga ank lelakinya.

Yakin Allah itu ada, setiap yg berlaku ada hikmahnya dan yg pasti dimulakan dgn kesabaran. peduli dgn keadaan sekeliling, kita kena ikhlaskan diri untk menjadi yg trbaik wlaupun ianya pahit. Tetapkan minda, kita lakukan semua ni demi suami n kbhgiaan rumahtangga kita. Usahalah ambil hati mertua, abaikan keadaan sekeliling. Kalau terlalu ikutkan hati n terpedaya dgn mulut org, kita tewas .. semuanya bermula dgn diri sendiri, jgn tahu nk salahkan mertua klau diri sendiri xbetul. memang akn hadir di “batu api” n berbagai dugaan . Kalau nak bahagia hingga ke syurga, perbetulkan kesilapan diri sebelum menilai kekurangan org lain.-KRT




1 comments: