Friday, June 10, 2016

Filled Under:

(VIDEO) Suasana Proses Pengebumian Muhammad Ali Mengejutkan Dunia Islam


Ikuti pekongsian seorang lelaki yang bernama fuad Akmal Yang turus serta mengikuti proses pengebumian Lagenda Tinju Dunia di US sangat membanggakan Dunia Islam.

Semalam saya mengikuti proses pengebumian lagenda tinju dunia #‎Muhammad_Ali secara live menerusi perkhidmatan internet. Alhamdulillah, saya mendapati pihak Zaytuna College telah diberikan keistimewaan untuk mengurus proses pengebumian ini.

Apa yang saya rasa kagum dengan mereka ialah proses pengebumian ini telah mendapat liputan meluas oleh sebahagian petugas media antarabangsa.

Kehadiran sejumlah besar masyarakat komuniti Islam U.S dan masyarakat Non-Muslim U.S yang telah datang sebagai tanda untuk memberikan penghormatan terakhir kepada #Muhammad_Ali. Turut tidak ketinggalan juga ialah kehadiran beberapa VVIP ke dalam majlis pengebumian ini.

Maka peluang ini telah digunakan oleh beberapa pemimpin komuniti Islam U.S seperti Syaikh Hamzah Yusof, Imam Zaid Shakir, Prof Dr Sherman Jackson untuk menyampaikan mesej dakwah Islam kepada mereka.

Imam Zaid Shakir telah diberikan amanah untuk mengimami solat jenazah manakala Syaikh Hamzah Yusof telah diberikan tugas untuk menterjemahkan dan menghuraikan ayat-ayat al-Quran di hadapan para tetamu yang hadir.

 Prof Dr Sherman Jackson pula telah memberikan ucapan di hadapan semua tetamu yang hadir dengan mengisahkan hubungan manusia dengan penciptaNya. Sehebat mana pun seseorang manusia itu, pasti ianya akan menemui penciptaNya satu hari nanti.

Masya-Allah, #Muhammad_Ali inilah manusia yang hidup dan matinya telah menjadi asbab kebaikan untuk orang lain. Semoga Allah menempatkan beliau di sisi golongan yang semasa hayat mereka suka melakukan kebaikan.





0 comments:

Post a Comment