Friday, June 10, 2016

Filled Under:

Alhamdulillah! Inilah 7 Selebriti Popular Yang Telah Memeluk Agama Islam

Sebagai seorang muslim, memang tidak dapat dinafikan perasaan gembira dan bangga apabila menerima saudara baru yang memeluk agama Islam dan lebih-lebih lagi sekiranya saudara baru itu terdiri daripada golongan VIP ataupun selebriti.

Selepas berita pengislaman Stacy Anam yang merupakan seorang selebriti tanah air menceriakan dunia hiburan, seorang lagi selebriti yang berasal daripada negeri Sabah, Marsha Milan Londoh turut dikhabarkan telah menyusul memeluk agama Islam pada 30 December tahun lepas.


Selain daripada dua nama selebriti tanah air di atas, terdapat beberapa orang selebriti tanah air yang telah memeluk Islam sejak beberapa tahun lalu.

1. Adam Corrie

Alhamdulillah Inilah 7 Selebriti Popular Yang Telah Memeluk Agama Islam-3
Adam Corrie yang merupakan seorang artis berbangsa Cina ini telah memeluk Islam pada 13 Julai 2007.

2. Stacy Anam

Stacy Anam atau dikenali dengan nama Islamnya sebagai Ummu Shaikhah Stacy Anam merupakan seorang penyanyi telah memeluk Islam pada 24 August 2015.

3. Marion Caunter

Alhamdulillah Inilah 7 Selebriti Popular Yang Telah Memeluk Agama Islam4-2
Marion yang merupakan seorang personaliti televisyen telah memeluk Islam pada tahun 2010.

4. Felixia Yeap

Alhamdulillah Inilah 7 Selebriti Popular Yang Telah Memeluk Agama Islam5-2
Felixia Yeap atau nama Islamnya, Raisyyah Rania telah memeluk Islam pada 3 July 2014.

5. Tiara Jacquelina


Siapa yang tak kenal dengan figura bergelar pengarah dan penerbit popular Datin Seri Tiara Jacquelina.
Produksinya telah menerbitkan pelbagai naskah yang boleh dikatakan membanggakan negara terutamanya menerusi penerbitan teater berskala besar Puteri Gunung Ledang hingga pernah dibawa ke tontonan negara luar.
Tiara dikhabarkan telah memeluk Islam pada tahun 1993.

6. Anuar Chew Kim Wah

Alhamdulillah Inilah 7 Selebriti Popular Yang Telah Memeluk Agama Islam6-2
Kin Wah atau nama Islamnya, Anuar Chew Abdullah yang sudah memeluk Islam sejak tahun 1995.

7. Marsha Milan Londoh


Mengakui dirinya sudah memeluk Islam, pelakon dan penyanyi Marsha Milan Londoh kekal menggunakan nama asalnya, selepas beberapa minggu menjalani kehidupan baru sebagai seorang Muslim.
Tidak mendedahkan secara lanjut tempat dan tarikh memeluk Islam, selebriti itu bagaimanapun berharap agar kisahnya memeluk Islam tidak disensasikan kerana ia bersifat peribadi untuk dikongsikan.





0 comments:

Post a Comment