Thursday, May 12, 2016

Filled Under:

Pengakuan Berani Mati Seorang Pelajar Perempuan, Nak Taubat, Tapi Pasti Sesuatu Akan Berlaku Padanya...

Pengakuan Berani Mati Seorang Pelajar Perempuan, Nak Taubat, Tapi Pasti Sesuatu Akan Berlaku Padanya...

Pengakuan Berani Mati Seorang Pelajar Perempuan, Nak Taubat, Tapi Pasti Sesuatu Akan Berlaku Padanya...

Pengakuan Berani Mati Seorang Pelajar Perempuan, Nak Taubat, Tapi Pasti Sesuatu Akan Berlaku Padanya...


Firstly, aku bukan budak iium.
Secondly, aku perempuan.

Benda yang aku nak cerita ni , sepanjang aku hidup 20 tahun, aku tak pernah bagitahu dekat sesiapa langsung. Allah je tahu. Tapi aku decide nak cerita kat korang sebab aku rasa ramai kat luar sana alami benda yang sama dengan aku tapi tak jumpa jalan penyelesaian & aku harap kisah ni dapat buka hati sesiapa yang bacanya.

Aku budak cemerlang kat sekolah , UPSR 5A, PMR 8A, SPM 9A, First year degree aku dapat dean list. Aku ada family yang sangat bahagia, yang kiranya mampu. Aku jenis manja dengan parents aku, aku selalu tolong parents aku, adik beradik aku. Aku tak ramai kawan tapi kawan aku semua stay dengan aku. Apa yg aku nak cakap, orang luar semua cakap aku baik, aku perfect etc. Tapi AKU HIPOKRIT.

AKU TENGOK VIDEO LUCAH, AKU BUAT SEKS, AKU MASTURBATE.

Aku mula tgk video lucah waktu aku darjah 6. Time tu aku taktahu apa lagi, aku tak ingat macam mana aku boleh terjebak. Aku tgk dkt Youtube. Bukan ada apa pun but it's new to me. Aku tak akil baligh lagi time tu.
Bila aku masuk asrama, aku jarang balik rumah so takde computer lah nak tgk. Tapi aku cari cara lain nak puaskan diri aku. Aku mula guna apa apa cara yang boleh buat aku orgasm. Aku taktahu pun apa orgasm time tu, yang aku tahu setiap kali aku buat tu aku rasa puas.

Benda ni berterusan. Then aku mula couple kat sekolah, mula2 sentuh tangan jelah, lama lama bila aku dah form 4 form 5 , aku dah mula hanyut dalam maksiat. Aku terlanjur dgn ex boyfriend aku. Habis semua benda dah pernah pegang, semua benda nak buat. Kalau aku mati time tu, memang neraka tempat aku.

Bila habis SPM, sementara tunggu masuk Uni, aku tak ingat berapa bnyk kali aku masturbate kat rumah. Berapa banyak video lucah aku dah tengok, even bulan puasa pun aku buat benda keji ni. Tapi time ni aku dah break dengan ex aku, tapi aku still hanyut lagi. Tapi sepanjang aku buat benda keji ni, sekali pun aku TAK PERNAH KANTOI. Allah tunggu je aku untuk berubah, dia bagi aku peluang . Dia tutup semua aib aku.

Bila aku dah masuk Uni, aku rasa dekat situ mulanya aku sedar. Aku mula perlahan lahan nak try berubah. Tapi setiap kali aku tu lah jugak aku jatuh balik. Aku buat balik. Then aku insaf balik, then aku buat balik. Benda ni berterusan dalam 2 tahun. Setiap kali nak berubah, dosa yang aku pernah buat dulu macam playback dalam otak aku. Apa perasaan kau, bila kau asyik jatuh dkt tempat yang sama je ? Dalam hati kau, kau nak berubah, tapi kau kalah dengan nafsu kau. Sampai aku rasa, betul ke aku taubat ni, kenapa aku asyik ulang balik je.

Aku mula penat. Setiap kali lepas aku buat, aku menangis sebab aku sedar aku kalah lagi dgn nafsu aku. Aku solat taubat. Aku menangis dkt Allah, aku cakap ' Bawaklah aku keluar dari lembah ni, aku dah tak larat. Aku nak berubah' tapi semua tu sekejap je. Aku masih dengan perangai aku. Benda ni ketagih.

Sampai lah satu hari dlm 2-3 bulan lepas, aku betul betul penat. Aku penat dengan diri aku yang hipokrit. Aku cari Allah bila aku nak exam je, bila aku susah tapi bila aku senang aku buat maksiat. Aku solat taubat time tu, aku menangis teresak esak. Aku takut, takut Allah tak ampunkan dosa aku selama ni sebab aku asyik ulang dosa yang sama. Allah bagi semua yang aku nak, result exam aku semua bagus, keluarga aku bahagia, aku ada duit, ada kawan. tapi aku balas dgn buat maksiat.

Selama ni , aku baca Al-quran at least 1 page a day. Tapi baca jelah, aku tak rasa apa, aku tak faham. Aku jaga solat 5 waktu aku. Tapi semua tu aku just buat je sebab aku dah biasa buat. Tapi satu haritu, tiba tiba bila aku solat, aku baca Al-fatihah, aku menangis, aku faham maksud surah tu. Aku tak dapat teruskan solat aku. Even aku baca bismillah pun aku menangis sbb aku selalu rasa Allah tak maafkan aku, tapi bila aku baca bismillah ' Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang' . Aku sedar, Allah sygkan aku. Sebab tu aku dapat wake up call.

Sejak haritu, setiap kali aku baca Quran, aku try baca terjemahan nak faham apa yang Allah nak sampaikan. Yang buat aku lagi sayangkan Allah, bila aku rasa nafsu aku mula kuasai diri aku, bila aku rasa iman aku lemah, aku bukak Al-quran, tepat2 ayat yang aku baca tu kena dekat aku. Allah pujuk aku balik.

Aku jaga solat aku. Aku mula sedar, tiada siapa dpt tolong kita nak berubah kecuali diri kita. Battle with our innerself is 100 times harder than pergi medan perang.

Bila aku mula rasa macam nak buat benda lama, dalam otak aku macam berlawan lawan yang jahat dengan yang baik. Yang jahat ckp ' takpelah, dah lama tak buat, sekali je pun lepas ni taubat lah' Yang baik pulak ' Allah tgk kot, kau dah berapa bnyk kali taubat, takkan nak buat lagi. Azab Allah kat akhirat nnt lagi perit, Kau tahan la kejap, in sha Allah aku akan balas balik kt akhirat nnt" . Aku rasa macam nak pecah kepala. Tapi benda yang buat aku gembira, bila aku berjaya kalahkan nafsu aku sbb aku takut sangat dgn azab Allah.

Nak berubah tu senang, tapi nak mujahadah dalam perubahan kau benda yang balik payah sekali. Sebab tu ramai yang dulu lain sekarang lain. Aku dah tak ingat berapa banyak kali aku try berubah tapi jatuh balik kat lembah maksiat. Sekejap baik sekejap setan balik. Tapi aku selalu pujuk diri aku, rahmat Allah tu besar, jangan mengalah untuk berubah. Aku bangkit balik.

Aku tak pernah salahkan parents aku sebab dorang tak pernah salah didik aku. Aku sendiri yang jebakkan diri aku. Ada sebab kenapa Allah cakap jangan dekati zina. Percayalah. Sekali kau terjebak, bukan senang kau nak keluar. Dulu ramai je nasihat, jangan couple apa semua, tapi kau ingat aku peduli apa. time kau bercinta , kau 100% buta i told you. Semua benda kau nak halalkan asalkan kau ada pakwe kau. Semua tarbiah sentap aku nak deny . Kalau kita buat dosa, kita takkan pernah senang dengan benda yang kita nk buat tu

Untuk rakan rakan yang kat luar yang alami benda yang sama dengan aku, korang nak stop tapi korang tak boleh. Yelah, takkan tiba2 korang nak break dgn pakwe korang sebab nak bertaubat kan ? Nanti orang cakap poyo gila kan. takkan tetiba korang nak pergi masjid tetiap hari padahal sebelum ni tak solat pun kan ? nanti orang cakap apa pula kan. PERCAYALAH, ORANG YANG CAKAP PASAL KORANG TU TAK DAPAT BAWAK KORANG MASUK SYURGA PUN !

Ni tips aku untuk korang berubah perlahan lahan , jangan buat dgn drastik TAPI BENDA NI SEMUA TAKKAN JADI KALAU KORANG TAKDE NIAT LANGSUNG NAK BERUBAH.

1) Jaga solat. Aku tak tipu, jaga solat korang. Mula2 kalau korang dapat jaga solat 5 waktu pun dah kira bagus. Lama lama tu jaga solat awal waktu pulak then try solat sunat pulak. Buat perlahan lahan. Yang penting solat.

2) Try to faham apa yang korang baca dalam solat tu. Even korang faham surah Al-fatihah pun okaylah. Bila kau faham , kau akan lebih khusyuk

3) Baca al-quran setiap hari. & baca terjemahan dia. Aku kenkadang pun tak faham terjemahan dia, sebab disetiap sebalik ayat tu ada cerita tersendiri kenapa Allah turunkan ayat tu. Kau kena rajin, google kisah kisah tu.

4) Sebelum kau tidur, muhasabah. Benda ni orang ambil mudah sebenarnya even aku pun. Terus tidur malam2 tu. Tapi cuba fikir, apa kau rasa bila kau bangun esok nya kau dah dalam alam kubur. Kau dah tak sempat nak buat apa apa. Kau mula menyesal sebab kau tak bertaubat. So before tidur, fikir dulu dosa apa yang korang dah buat haritu & minta ampun kat Allah. Kita tak pernah tahu bila last kita hidup.

5) Kawan. orang selalu cakap , jauh kawan yg jahat, pergi cari kawan yang baik. tapi kau nak buat macam mana kalau kawan yang kau ada sekarang mmg perangai setan2 macam kau, takkan nak buang dorang tetiba macamtu je. Dorang dah bnyk tolong kau. Aku selalu fikir mcmtu dulu. Tapi bila kau ada niat nak berubah, Allah tolong kau jumpa orang yg baik baik. Bila aku masuk Uni , Allah temukan aku dgn kawan yg sgt innocent. Dorang taktahu pun maksud orgasm tu apa. Pure. Dari dorang aku baru belajar agama Allah. In sha Allah, Allah akan tolong kau.

6) Spend masa berdoa lepas solat. Orang selalu doa gegitu je pastu blah. Entah doa apa tah. Cuba kau duduk, doa dkt Allah. Minta Allah lembutkan hati kau, minta Allah ampunkan dosa kau. Cuba duduk berdoa.

7) Banyakkan dengar lagu islamik, video islamik, cerita islamik. Kau kena dekat diri kau dengan agama. Kalau kau malas, takde siapa boleh tolong kau.

8) PERCAYA. Percaya dengan rahmat Allah. percaya yang Allah akan tolong kau kalau kau tolong diri kau. percaya yang Allah akan balas balik perkara baik yang kau buat kat dunia.Percayalah

9) Kalau korang rasa nak buat benda jahat, ingat lah neraka Allah macam mana. Kita selalu tak sedar sebab kita tak pernah rasa tapi ingatlah apa yang Allah cakap dalam Alquran tu semua janji Allah, Kau buat dosa kau tak taubat, neraka tempat kau. Kau buat baik, kau beriman, syurga tempat kau. Konsep dia senang je, tinggal kau je nak buat ke tak.

10) Jangan terlalu sayang kan dunia. Fikir pasal akhirat kau. pengakhiran kau. kita hidup akhir zaman ni mmg banyak ujian. Dengan entertainment lagi, budaya barat, duit etc. Tapi semua tu akan berakhir, tinggal kau dengan amalan kau je akhir nanti. So do the best. Hidup ni exam jugak.

LASTLY, JANGAN PUTUS ASA. BENDA NI MMG PENAT. TAPI INGATLAH ITS WORTH EVERY SACRIFICATION YOU MADE. ALLAH SAYANG KORANG SEMUA. INGAT TU. TAUBATLAH.

Saat aku tulis confession ni, aku bangga nak cakap yang aku dah lama tak buat benda keji tu. Aku harap korang doakan aku terus istiqamah dan aku doa korang pun terbukak hati dan diberikan hidayah oleh Allah untuk berubah. Sama sama kita berubah kearah lebih baik.

– Ana

Sumber: IIUM Confession




0 comments:

Post a Comment