Monday, May 23, 2016

Kenapa Penutup Tingkap Kapal Terbang Perlu Dibuka Ketika Berlepas & Mendarat? Ini Jawapannya


Sekiranya anda pernah menaiki kapal terbang, anda mungkin tertanya-tanya kenapa penutup tingkap di dalam kapal terbang perlu dibuka ketika kapal terbang sedang berlepas atau mendarat.

Secara ringkasnya, ia adalah supaya krew kabin boleh melihat di sebelah mana yang paling selamat turun sekiranya berlaku kecemasan.

Seorang pegawai keselamatan penerbagan, Saran Udayakumar memberi penjelasan kepada seorang pengguna laman web Quora tentang perkara itu dengan berkata membuka penutup tingkap adalah salah satu dari proses yang panjang untuk menyediakan kabin jikalau berlaku sebarang kecemasan.

Perlu diingatkan, kecemasan banyak berlaku ketika pesawat sedang dalam proses berlepas atau mendarat.

Pembukaan penutup tingkap, meletakkan meja pada tempatnya, dan menegakkan tempat duduk boleh membantu krew kabin mengosongkan pesawat - satu proses yang perlu dilaksanakan dalam masa 90 saat - jika berlaku sebarang kecemasan.

"Ketika dalam kecemasan, setiap saat penting

"Jadi jika penutup dibuka, krew boleh melihat keadaan di luar supaya mereka boleh mengatur proses evakuasi (pintu mana yang perlu digunakan untuk evakuasi, etc).", tulis Saran.


Kecemasan biasanya berlaku ketika pesawat berlepas dan mendarat, tambahnya lagi.

Saran juga berkata, jika berlepas atau mendarat pada siang hari, cahaya dari tingkap dan lampu di atas kepala penumpang yang dibuka penuh akan membantu mata penumpang supaya tidak berpinar ketika keluar dari pesawat semasa proses evakuasi.

Ketika malam pula, lampu itu akan dimalapkan supaya penumpang tidak mengalami masalah mata itu ketika keluar ketika kecemasan.

Jadi, jika pramugara/pramugari meminta membuka tingkap di sebelah anda, pastikan anda memberi kerjasama. Ia mungkin boleh menyelamatkan keadaan. - Siakapkeli.my


Friday, May 20, 2016

WAJIB TAHU!!! JANGAN BUAT MAIN-MAIN JIKA "BINTIK AIR" SEPERTI INI SERING TIMBUL DI JARI...BAHAYA RUPANYA


^#Kebanyakan orang jarinya kadang kadang muncul bintik-bintik kecil di manabintik-bintik ini tidak terlihat besar, jarang kita akan memperhatikan bintik-bintik seperti ini, tetapi j sebenarnya bintik-bintik seperti yang harus diperhatikan dengan teliti.

^#Bintik-bintik kecil pada jari  menunjukkan penyakit yang ada dalam tubuh kita, dan juga akan menunjukkan kalau pada tubuh kita terdapat banyak racun.

#1. Hujung jari melengkung
Kalau kita lihat daging antara garis jari tangan yang dibawah kuku menonjol keluar, itu bermaksud salah satu organ dal am tubuh kita ada yang mengalami peradangan, juga terlalu banyak racun dalam tubuh kita.

#Ketika ini, kita akan menjadi beremosi, kerana ini menunjukkan hati kita ada masalah, terlalu banyak racun dalam hati dan jantung kita, bisa melemahkan fungsi organ tubuh yang lain.


#2. Kuku bulat dan datar
Kalau kuku berubah menjadi bulat dan datar, itu bermakna ada racun dalam lambung, mungkin ada gangguan pencernaan atau penyakit perut lainnya.

#Biasanya pesakit ini juga ada gangguan gizi dan metabolism, berdampak besar terhadap paru-paru.

#Bagaimana menyembuhkan penyakit ini?

1.Makan banyak sayuran hijau dan buah-buahan
Buah-buahan dan sayuran hijau memiliki efek yang baik untuk detoksifikasi. Buah dan sayuran biasanya waktu pencernaannya di dalam lambung adalah 30 menit, sedangkan daging waktu pencernaannya lebih dari tiga jam, jadi makan lebih banyak sayuran hijau dan buah-buahan dapat mempercepat gastrointestinal, mempercepat metabolisme, dan juga dapat membersihkan racun dalam tubuh.

2. Gerakan Detox
Mengapa wanita moden umumnya hidup lebih lama daripada lelaki? Kerana perempuan umumnya berolahraga lebih banyak daripada lelaki. Wanita yang suka belanja, suka jalan-jalan dan suka gerak biasanya mempunyai hidup yang lebih panjang umurnya.


Pasti Ramai Tidak Tahu..Kisah Disebalik Penghijrahan Mark Adam Ke Malaysia Yang Menyentuh Hati!

Pasti Ramai Tidak Tahu..Kisah Disebalik Penghijrahan Mark Adam Ke Malaysia Yang Menyentuh Hati!

Pasti Ramai Tidak Tahu..Kisah Disebalik Penghijrahan Mark Adam Ke Malaysia Yang Menyentuh Hati!

Pasti Ramai Tidak Tahu..Kisah Disebalik Penghijrahan Mark Adam Ke Malaysia Yang Menyentuh Hati!

Penyanyi yang kini popular di Malaysia iaitu Mark Adam atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam berasal dari Filipina. Beliau mula memeluk Islam ketika usia 23 tahun di Cebu, Filipina.

Mark mempunyai minat menyanyi sejak kecil ketika berumur 8 tahun dan pernah memenangi Battle of Champion di Cebu City, Filipina ketika usia 12 tahun. 

Pasti Ramai Tidak Tahu..Kisah Disebalik Penghijrahan Mark Adam Ke Malaysia Yang Menyentuh Hati!


Disebakan keperitan hidup keluarganya menyebabkan Mark mencari sesuap nasi dengan menyanyi di mana-mana sahaja. Bahkan, keluarganya pernah menetap di kawasan setinggan yang rumahnya berlantaikan pasir di Cebu City.

Gara-gara kesusahan keluarga, Mark mula berhijrah ke Malaysia dan mula menjadi penyanyi di sebuah hotel di Subang Jaya pada tahun 2001. Selepas dua tahun menetap di Malaysia, Mark berkahwin dengan Norazah Redzuan pada tahun 2003 dan memohon warganegara tetap selama enam tahun.



Walaupun sehingga kini masih belum dikurniakan cahaya mata, Mark akui berterima kasih kepada isterinya kerana banyak membantu beliau untuk sampai ke tahap sekarang. Begitu banyak jasa isterinya sehingga kehidupan Mark kini berubah 360 darjah. 

Malah, kini Mark makin popular di kalangan netizen bahkan dia mampu menjadi pelawak dan juga pelakon. Antara lagu popular Mark seperti Marry Me mendapat perhatian netizen dan sering diputarkan di corong-corong radio. Manakala drama pertama Mark ialah Suami Tanpa Cinta turut mendapat perhatian orang ramai.

Pasti Ramai Tidak Tahu..Kisah Disebalik Penghijrahan Mark Adam Ke Malaysia Yang Menyentuh Hati!

Berikut biodata Mark Adam.

Nama penuh : Fikri Adam Mark bin Abdullah
Umur: 37 tahun
Negara asal : Filipina
Tarikh lahir : 15 Oktober 1979
Lagu: Pencuri, Si Katak, Marry Me
Instagram mark adam : @markadam1079


SEBARKAN USTAZ INI BONGKAR 6 JENIS KELEMAHAN JIN DAN IBLIS YANG UMAT ISLAM HARUS TAHU UNTUK MENGALAHKAN GODAANNYA

ustaz%2Bini%2Bdedah1.jpg

Baru-baru ini, saya telah pergi ke surau di Jitra Kedah, seorang ustaz dari pondok haji salleh telah menerangkan serba terperinci mengenai JIN. dan apa itu JIN dan kelemahan JIN.


Mari kita tengok !!



Walaupun jin dan syaitan mempunyai kemampuan-kemampuan yang tidak dimiliki oleh manusia, akan tetapi al-Quran dengan tegas mengatakan bahawa hakikatnya syaitan dan tipu dayanya itu adalah lemah. Berikut adalah beberapa contoh kelemahan jin, di antaranya :

1. Tidak boleh mengalahkan orang-orang soleh.

Bukti bahawa syaitan atau jin tidak akan dapat mengalahkan orang soleh adalah perkataan syaitan sendiri ketika berdialog dengan Allah dalam surah al-Hijr ayat 39 –

Iblis berkata: Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan masiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka . (Surah Al-Hijr 15: 39-40).

Dari ayat ini dapat difahami bahawa yang menyebabkan syaitan itu dapat menguasai seseorang adalah kerana perbuatan dosanya. Ketika seseorang itu dekat dengan Allah, maka syaitan akan lari dan tidak akan berani mendekatinya apatah lagi menguasainya.

2. Syaitan takut dan lari oleh sebahagian hamba Allah

Apabila seseorang betul-betul memegang ajaran agamanya dengan betul serta mengukuhkan keimanannya dengan teguh, maka syaitan akan takut dan lari. Hal ini terdapat pada diri Umar bin Khatab. Dalam sebuah hadis riwayat Imam Turmu-dzi Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda kepada Umar: Sesungguhnya syaitan sangat takut olehmu, wahai Umar (HR. Turmudzi).

Bukan hanya kepada Umar, akan tetapi syaitan (jin kafir) juga akan takut oleh orang-orang beriman yang betul-betul dengan keimanannya. Dalam al-Bidayah wan Nihayah, Ibnu Katsir pernah mengutip sebuah hadis berikut ini:

Sesungguhnya orang mukminakan dapat mengawal (mengalahkan) syaithannya sebagaimana salah seorang dari kalian yang dapat mengawal untanya ketika perjalanan (HR. Ahmad).

Bahkan, apabila seseorang betul-betul, dan soleh, dia boleh membawa qarinnya (penyertanya, kerana setiap manusia itu pasti disertai oleh syaitan (jin kafir) di sebelah kirinya dan malaikat di sebelah kanan atau sering disebut dengan qarin) masuk Islam. Hal ini sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim ini juga:

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda: Tidak ada seorang pun kecuali ia disertai oleh seorang qarin (penyerta) dari jin dan seorang qarin (penyerta) dari malaikat . Para sahabat bertanya: Apakah termasuk anda juga wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab: Ya termasuk saya, hanya saja Allah menolong saya sehingga jin itu masuk Islam. Ia (jin tadi) tidak pernah menyuruh saya kecuali untuk kebaikan (HR. Muslim).

3. Jin takluk dan taat kepada Nabi Sulaiman.

Di antara mukjizat Nabi Sulaiman adalah dapat menaklukan jin dan syaitan sehingga semuanya boleh bekerja atas perintahnya. Hal ini sebagaimana ditegaskan dalam ayat al-Quran berikut ini dalam surat Shad ayat 36-38:

Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana saja yang dikehendakinya, dan (Kami tundukkan pula kepadanya) syaitan-syaitan semuanya ahli bangunan dan penyelam, dan syaitan yang lain yang terikat dalam belenggu (QS. Shad ayat 36-38 ).

Mukjijat ini diberikan kepada Nabi Sulaiman sebagai pengabulan atas doanya yang mengatakan:

Dan berikanlah kepadaku kerajaan yang tidak diberikan kepada seseorang setalahku (QS Shad 38:35).

Doa Nabi Sulaiman inilah yang menyebabkan Rasulullah tidak jadi untuk mengikat jin yang datang dengan melemparkan anak panah ke muka beliau. Dalam sebuah hadis Muslim dikatakan:

Dari Abu Darda berkata: Suatu hari Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bangun, tiba-tiba kami mendengar Rasulullah mengatakan: Aku berlindung kepada Allah darimu, kemudian Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam juga berkata: Allah telah melaknatmu sebanyak tiga kali. Rasulullah lalu menghamparkan tangannya seolah-olah beliau sedang menerima sesuatu. Ketika Rasulullah selesai solat, kami bertanya: Wahai Rasulullah, kami mendengar anda mengatakan sesuatu yang belum pernah kami dengar sebelum ini. Kami juga melihat anda membukakan kedua tangan anda . Rasulullah menjawab: Baru Iblis, musuh Allah datang membawa anak panah api untuk dipasang di muka saya, lalu aku berkata: Aku berlindung kepada Allah darimu sebanyak tiga kali, kemudian saya juga berkata: Allah telah melaknatmu dengan laknat yang sempurna sebanyak tiga kali. Kemudian saya bermaksud untuk mengambilnya. Seandainya saya tidak ingat doa saudara kami, Sulaiman, tentu saya akan mengikatnya sehingga menjadi mainan anak-anak penduduk Madinah (HR. Muslim).

4. Jin atau syaitan tidak dapat menyerupai Rasulullah

Syaitan dan jin tidak dapat menyerupai bentuk dan muka Rasulullah saw. Oleh kerana itu, apabila seseorang bermimi melihat Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, maka ia sungguh telah melihatnya. Dalam hadis sahih dikatakan:

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda: Sesiapa yang bermimpi melihatku, maka dia sungguh telah melihatku, kerana syaitan tidak dapat menyerupaiku (HR. Muslim).

5. Jin dan syaitan tidak boleh melewati batas-batas tertentu di langit

Sekalipun jin dan syaitan mempunyai kelebihan dapat bergerak dengan cepat, akan tetapi mereka tidak akan dapat melepasi batas-batas yang telah ditetapkan yang tidak dapat dilalui selain oleh para malaikat. Kerana apabila mereka berani melaluinya, maka mereka akan binasa dan hancur. Kerana itu pula, jin tidak dapat mengetahui dan mencuri maklumat dari langit sehingga apa yang dibisikkannya ke tukang-tukang ramal dan dukun adalah kebohongan semata. Untuk lebih jelasnya akan hal ini, dapat dilihat dalam surah al-Rahman ayat 33-35).

6. Jin tidak dapat membuka pintu yang sudah ditutup dengan menyebut nama Allah

Dalam sebuah hadis Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda :

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda: Tutuplah pintu-pintu, dan sebutlah nama Allah (ketika menutupnya), kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang sudah dikunci dengan menyebut nama Allah. Tutup jugalah tempat air minum (qirab dalam bahasa Arab adalah tempat menyimpan air minum yang diperbuat dari kuit binatang) dan bekas-bekas kamu (untuk masa sekarang seperti almari, bupet, peti sejuk dan lain) sambil menyebut nama Allah, meskipun kamu hanya menyimpan sesuatu di dalamnya dan (ketika hendak tidur), matikanlah lampu-lampu kalian (HR. Muslim)

Sumber: nahodablog


Thursday, May 19, 2016

Video Harith Iskander Bersama TMJ Jadi Viral, Lihat Apa Yang Harith Bebelkan

HOS terbaharu Astro AWANI, Harith Iskander, pada Rabu mengejutkan peminat Obviously Harith Iskander di media sosial apabila tampil dalam rakaman video santai bersama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Video Harith Iskander Bersama TMJ Jadi Viral, Lihat Apa Yang Harith Bebelkan

Beliau yang juga pelawak terkenal kelihatan selamba berceloteh dalam kenderaan yang dipandu sendiri oleh Tunku Ismail di tempat pemanduan sebelah kiri.


Tunku Ismail juga sesekali dilihat memandang Harith Iskander dan tersenyum mendengar celoteh pelawak itu yang teruja dibawa bersiar-siar di negeri Johor.


Rakaman video itu turut menampilkan Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards, yang berada di bahagian tempat duduk belakang kenderaan tersebut.

Setakat pagi Khamis, video tersebut ditonton lebih 78 ribu kali di Facebook, dan memperoleh lebih 3,600 retweet. - AwaniNews


8 Tips Amalan Makanan Sunnah Untuk Bakal² Ibu Mengandung

Gambar dari neenaanuar.blogspot.com

Sudah lama sebenarnya saya mahu berkongsi pengalaman kami suami isteri dengan seorang doktor pakar sakit puan yang sangat Islamik. Isteri saya mengandung kali pertama pada tahun 2013. Masa itu, seronok bila dapat tahu isteri mengandung. Pergi cek di klinik, memang sah mengandung.

Tidak lama selepas itu, isteri saya keguguran. Mungkin sebab masih belum arif bagaimana mahu menjaga kandungan dan kami pula selalu keluar jalan-jalan. 

Selepas keguguran itu, kami lebih kenal dengan Doktor Marsita Mansor, pakar sakit puan yang kliniknya terletak di Taman Melati. Masa itu, dia adalah panel di beberapa hospital, antaranya Columbia Asia Setapak, KPJ Ampang Puteri dan pernah juga bertugas sebagai doktor di timur tengah. Lupa pula di negara mana.

Sebenarnya kami pun kebetulan saja kenal. Saja-saja nak pergi cek keguguran di klinik pakar itu memang rasanya bukan pilihan kami kerana hanya saya sahaja yang bekerja, manakala isteri saya belum posting lagi. Memang kena jimat duit sangat pada masa itu. Rumah sewa di Kuala Lumpur pada ketika itu, RM500 ke atas. Mujur ada ibu saudara saya yang baik sangat mengizinkan kami menumpang di rumahnya.

Rumah mak saudara saya ada dua tingkat. Kami duduk di bilik tingkat atas. Jadi saya kena dukung isteri panjat naik tangga sewaktu balik dari rawatan keguguran itu. Di rumah ada anak dia, darjah 5 dan ada seorang bibik. Bibik itulah yang menjadi kawan sembang Aimi Nazihah semasa saya pergi bekerja. 

Bila isteri saya bleeding, saya bawa ke klinik biasa. Tetapi doktor kata tak boleh kesan sama ada betul-betul gugur atau tidak. Alat yang klinik gunakan itu, gambar scannya tidak jelas. Jadi doktor di situ meminta saya membawa isteri membuat pemeriksaan dengan kawannya, Doktor Marsita Mansor di Klinik Medina, Taman Melati. Doktor siap buat surat kes kecemasan kepada Doktor Marsita. 

Kami pun pergilah ke klinik pakar Medina dengan membawa surat itu. Sampai di klinik, isteri saya mendapat rawatan pada hari itu juga. Padahal ramai orang yang menunggu giliran dari siang tadi. Bila ditanya pada kakitangan di kaunter, barulah kami tahu yang klinik itu tak boleh nak buat check up sesuka hati. Perlu buat temujanji paling kurang sebulan. 

Isteri saya keluar dari klinik selepas membuat rawatan keguguran itu pun pada jam 4 pagi masih ramai juga orang. Tetapi rezeki kami dapat berjumpa dengan Doktor Marsita sebab kes kecemasan.

Selepas itu, setiap kali appointment kami akan berjumpa dengan Doktor Marsita dan tiap kali berjumpa mesti kami akan mendapat ilmu baru. Inilah yang saya nak kongsikan dengan kawan-kawan tentang permakanan.

Perkara pertama yang kami teruja dengan perkongsian Doktor Marsita ialah bila kami beli produk gamat. Masa check up itu kami beritahu doktor yang kami beli produk gamat untuk cepat menyembuhkan keguguran itu. Namun doktor tak bagi minum. Agak terkejut juga sebab harga sebotol dalam RM70 lebih, dah terbeli pula. (1) Rupa-rupanya doktor cakap gamat itu super healing. Maksudnya dia akan melekatkan apa yang tidak sepatutnya melekat dalam perut bila kita minum. Kami pun buang saja sebotol besar itu. Doktor berkata demikian bukanlah sekadar 'cakap kosong', tetapi berdasarkan kajian.

Nak kata Doktor Marsita tak percaya pada kaedah tradisional tak juga sebab doktor itu memang pengamal herba. Di klinik dia penuh dengan produk-produk herba yang dijual. (2) Bila mengandung anak pertama pun, Doktor Marsita tak bagi pil acid folic pada isteri saya. Doktor suruh makan kurma 7 biji setiap hari kerana di dalamnya mengandungi banyak acid folic dan cukup untuk ibu mengandung.

Kemudian doktor ajar lagi, "kalau tak lalu nak makan kurma 7 biji setiap hari, blender kurma itu banyak-banyak dan simpan dalam peti ais, bolehlah diminum untuk setiap hari. Doktor suruh kami buat sendiri semua, jadi kami pun blender sendiri. 

Disebabkan isteri saya check up dan bersalin kedua-dua orang anak dengan doktor ini, jadi kami memang rapat dengan doktor. Ada sekali itu saya bawa mak saya pergi check up di sini. Masa mak keluar dari bilik Doktor Marsita, Dato' Siti Nurhaliza pula masuk check up. Rupa-rupanya artis pun ada check up di sini.

Ramai yang suka dengan cara Doktor Marsita yang Islamik, peramah, selalu berdoa semasa merawat, masa nak memulakan rawatan pun mesti baca bismillah. Sebab itu kami sanggup berjimat semata-mata mahu mendapatkan rawatan di sini. Bukan sebab nak berbangga dengan rawatan yang mahal tetapi sebab ilmu dan tips yang selalu doktor beri, rasanya tidak ternilai harganya. Ning Baizura pun check up di sini tahu?

(3) Tips seterusnya, ada orang yang tak boleh menelan minyak zaitun kan? Saya dengan isteri pun sama. Tetapi bila cekalkan hati, demi kebaikan baby dalam kandungan itu, Aimi Nazihah minum juga. Saya pun turut minum untuk beri semangat pada isteri. Saya tak susah sangat nak biasa sebab dulu pernah amalkan semasa aktif dalam dunia herba dengan HPA.

Doktor kata, ada seorang pesakit itu bila disuruh amalkan minyak zaitun, dia cakap doktor bagi dia makan sampah. Memang rasa tak sedap tetapi alhamdulillah sampai sekarang kami masih amalkan. Lama kelamaan, tekak sudah menjadi biasa. Minum satu sudu saja di waktu pagi sebelum makan apa-apa.


(4) Pati delima dengan madu pun kami minum sampai sekarang. Ini juga yang disyorkan oleh doktor. Masa Insyirah berumur 1 tahun pun kami dah bagi minum madu, minyak zaitun dan pati delima. Insyirah sangat suka minum. Pesanan untuk ibu bapa, bagus kalau kita boleh ajar anak amalkan benda-benda seperti ini dari usia kecil lagi. Bila sudah dewasa kelak, tiadalah kesukaran untuk membiasakan diri dengan herba.


(5) Madu ini ada satu lagi tambahan yang doktor ajar. Ambil air suam, campur madu, letak 7 ke 8 urat za'faran. Za'faran ini kena beli yang debunga itu. Debunga asalnya. Jenuh jugalah kami nak mencari kedai yang menjualnya. Klinik itu ada jual tetapi nak cari yang dekat dengan rumah. Bila warna air sudah kekuningan, bolehlah minum. Aimi selalu bawa bekal pergi sekolah.

Dulu saya ini jenis yang suka makan kacang pagoda, makan bagi hilang mengantuk semasa memandu. (6) Tetapi sejak doktor ajar makan kacang-kacang yang berkualiti, saya tukar cara pemakanan. Harganya memang boleh tahan mahal tetapi fikir positif. Isteri saya alhamdulillah boleh amalkan masa itu. Badam, hazelnut, walnut, pistachio itu semua sangat bagus kalau ibu-ibu mengandung amalkan. Beli banyak-banyak dan ratah saja semasa duduk di tempat kerja atau dalam kereta. Tetapi dalam banyak-banyak kacang itu yang paling tak sedap ialah walnut, sebab rasanya tawar.

Walaupun agak mencabar nak makan banyak-banyak, doktor cakap walnut itu bentuk dia pun Allah dah jadikan seperti bentuk otak manusia. Jadi dia memang sangat baik untuk pertumbuhan otak bayi dalam kandungan.

(7) Oh lupa, ada satu lagi, Cranberry. Doktor suruh makan cranberry sebagai ganti kepada asam-asam. Ibu-ibu mengandung mesti nak makan asam kan? Carilah cranberry selepas ini. Kalau tak tahu bagaimana rupa bentuknya, Google saja. Bagus sangat untuk kencing kotor. 

(8) Yang terakhir ialah susu kambing, ini semua orang tahu bagaimana rasanya. Cuma doktor kurang galakkan minum susu kambing yang dalam sachet itu sebab banyak creamer daripada susu. Lebih baik cari susu segar. Tetapi kalau susah nak cari susu kambing segar, beli susu Good Day. Minum setiap hari sebab bayi perlukan banyak kalsium. Susu Good Day ini antara yang paling segar dari ladang sebab doktor ajar tengok tarikh luputnya, sekejap saja dah tamat tempoh. Cari di pasar raya, mesti ada, Kalau dah tak ada, susu kambing dalam sachet itulah pilihan terakhir yang boleh diminum.

Walaupun saya jadi ejen Unit Trust Public Mutual sebagai part time, tetapi dalam kesibukan pun saya tetap usaha menjaga kualiti makanan anak-anak sehingga kini. Semasa isteri saya mengandung lagi, doktor sudah pesan jangan sentuh makanan segera. Kalau nak makan ayam pun, belilah ayam organik atau cari ayam kampung.

Sebenarnya banyak lagi ilmu yang kami dapat dari Doktor Marsita, tetapi tak sempat nak kongsikan di sini. Ini pun dah panjang lebar bercerita. Kalau ada masa, insyaallah saya kongsikan lagi. Kawan-kawan bolehlah cuba. Tak rugi pun kita melabur banyak untuk kesihatan. Insyaallah dividen yang Allah bagi sangat berbaloi. Semoga bermanfaat. - Nik Mohd Fahmi | PIXEL MEDIA


'Jenazahnya Pelahan-lahan Bertukar Jadi Hitam...'


Terpanggil di hati saya untuk berkongsi satu pengalaman sepanjang menguruskan jenazah. Mohon ampun dan maaf, bukanlah berniat untuk mengaibkan sesiapa malah lebih kepada iktibar dan pengajaran buat kita yang masih hidup agar tidak melakukan dosa dan sesuatu yang dilarang Allah kerana balasannya Allah bayar tunai ketika di dunia lagi. Nauzubillah.

Berlaku di sebuah hospital, saya disambut oleh waris arwah iaitu ibunya yang ingin menyampaikan sesuatu kepada saya. Ada sedikit debaran di hati saya, namun demi tugas saya perlu melaksanakan tanggungjawab ini sehingga selesai.

Menurut ibu arwah, jenazah anaknya telah menukar jantina dari lelaki kepada perempuan. 

InshaAllah sebelum saya cerita kisahnya, saya akan berikan sedikit penjelasan bagaimana menguruskan jenazah seorang lelaki atau perempua muslim yang telah menjalani pembedahan penukaran jantina dan siapa yang patut melaksanakan pengurusan jenazahnya.

Bagi menguruskan jenazah seorang lelaki atau perempuan muslim yang menukar jantina, jenazah tersebut hendaklah diuruskan mengikut jantina asal dan diuruskan oleh warisnya atau pihak berkuasa agama. 

Setelah saya memberi keterangan terperinci kepada ibunya, saya terus masuk ke bilik pengurusan jenazah untuk memandikan dan mengkafankan jenazah. Saya dibantu oleh tiga waris jenazah, ibu dan 2 orang abangnya. Tiga waris jenazah ini sahaja yang ada. Yang lain hampir 30 orang sahabat jenazah kesemuanya sepertinya. 

Sebelum saya memandikan jenazah, seperti biasa saya akan membentangkan kain utnuk dikafankan siap-siap agar memudahkan kerja saya. 

Setelah selesai, saya mengangkat jenazah ke tempat mandi. Saya tutup pakai kain kafan dan buka pakaiannya. Alhamdulillah, putih kulitnya namun pelahan-lahan keseluruhan tubuh badan jenazah mula menjadi hitam. Sikit demi sedikit,ibu dan abang arwah mula perasan. Ibu arwah tidak dapat berkata apa-apa, seolah-olah sudah tahu apa yang akan terjadi. Mengalir air mata ibu arwah sehingga saya sendiri pun mengalirkan air mata.

Saya memulakan mandi jenazah dengan istinjak (buang najis). Ketika saya istinjak jenazah itu, najisnya cukup banyak sehingga saya berhenti kerana saya rasa sudah terlalu lama saya istinjak, tetapi najisnya tak berhenti keluar. 

Saya terus menyucikan jenazah seperti biasa. Saya lihat air yang mengalir kekuningan keluar dari tubuh jenazah. Lebih menyedihkan, keluar dari kemaluannya nanah bercampur darah dan juga ulat. Selama itu jugalah mulut saya tidak berhenti memohon doa agar Allah swt meringankan azab arwah dan memudahkan urusan ke atas arwah agar dapat saya menguruskannya dengan sempurna yang mungkin. 

Pelahan-lahan saya memasukkan kapas ke dalam kemaluan jenazah dengan tujuan memberhentikan pengaliran darah tadi. Ibu jenazah yang mulanya nak membantu saya untuk memandikan jenazah anaknya tadi pengsan kerana melihat kejadian itu. Saya terus memandikan jenazah anaknya. Selesai saya mandikan dan wudukan jenazah, saya tutup keseluruhan tubuh jenazah dengan kain kafan sebelum saya jiruskan dengan air sembilan. 

Sedikit penerangan, air sembilan ini adalah air yang dicampurkan dengan air kapor barus, air kayu cendana dan air sintok. Air ini untuk mewangikan jenazah. 

Setelah selesai menjiruskan air sembilan tadi, saya buka kain kafan tadi. Sekali lagi Allah menunjukkan kekuasaanNya. Jenazah kelihatan sangat reput, buah dada palsunya mengecut. 

Selesai saya mandikan dan kafankan jenazah tadi, saya jemput kesemua sahabat-sahabatnya tadi untuk duduk di depan jenazah. Saya mengambil peluang itu untuk memberikan sedikit tazkirah dan hampir kesemuanya menangis. Apa yang menyedihkan saya, tidak sampai beberapa minit jenazah diangkat ke dalam van jenazah, sahat-sahabat jenazah tadi bergelak ketawa di tepi van jenazah itu. Tak tahulah saya apa yang mereka sembangkan. Allah hu akhbar! 

Doa saya mudahan Allah membuka hidayah agar mereka berubah dan mudahan Allah membuka hidayah agar mereka berubah dan mudahan Allah mengampunkan dosa saya dan arwah sepanjang proses pengurusan bermula sehinggalah selesai. 

Sekali lagi saya memohon maaf, bukan niat saya untuk mengaibkan sesiapa. Lebih kepada memberikan iktibar dan pengajaran untuk saya sendiri dan kita semua. 

Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya, melalui pembedahan adalah haram di segi syara' berdasarkan Al-Quran dan dipandukan Hadis. 

Allah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk yang lain. 

Firman ALLAH yang bermaksud :-
" Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk ".
( Surah AT-Tiin ayat 4 )
Daripada Ibnu Abbas R.A. bahawa ( Maksudnya ) :-
" Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki ".
( Hadis Riwayat AL-Bukhari )
Daripada Abu Hurairah R.A. beliau berkata
( Maksudnya ) :-
"Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki". ( Hadis Riwayat Abu Daud )

Wahai saudara-saudara seislamku, ini pengalaman yang saya lalui sendiri. Janji Allah itu benar saudara-saudaraku. Ambillah pengajaran dan iktibar daripada pengalaman saya ini. Janganlah kami ragu-ragu lagi dengan janji Allah. Selagi kita masih bernafas, kita masih lagi sempat untuk bertaubat kepadaNya. - Syed Sohleh | PIXEL MEDIA


Petanda Si Dia Adalah Jodoh Kita (Dalam Islam)



JODOH, rezeki dan kematian adalah perkara misteri. Kadang kita cari yang jauh, boleh jadi jodoh kita adalah jiran kita sendiri. Sebabnya kita sememangnya tidak tahu siapa bakal jodoh kita. Tetapi, tanda-tanda di bawah ini berkemungkinan boleh membantu anda dalam menentukan sikap ketika jodoh semakin dekat dengan seorang wanita/lelaki.

Berikut adalah 10 tanda yang menunjukkan dia adalah jodoh anda seperti dipetik dari Berkah2013, Ahad (3/3/2013):

Bersahaja


Si dia bersikap bersahaja dan tidak bersandiwara. Cuba perhatikan cara si dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa dan cara makan dan minum. Adakah spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau si dia nampak kurang selesa dengan gayanya, bermakna dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat melihat adakah si dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

Selesa Bersamanya


Walaupun kita selalu bersamanya, tiada perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita selalu tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasakannya. Rasa selesa apabila bersama. Bila berjauhan, terasa ada tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tiada kira siang ataupun malam, jika tiada dia rasanya ada seperti yang hilang.
Menerima Seadanya

Apapun kisah silam kita yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu kisah perpisahan dengan bekas kekasih anda yang sebelum. Dia juga tidak mengungkit-ungkit masa silam anda. Yang penting, siapa anda yang sekarang. Biarpun dia tahu anda pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil kisah. Yang dia tahu, anda adalah miliknya sekarang. Dia juga mahu berkongsi kisah masa silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

Jujur


Dia tidak cerita apa yang anda lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan si dia menarik hati anda. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila seseorang menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi hak milik anda. Bila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi sesuatu hubungan. Bila si dia tidak jujur, sukar baginya untuk mengelak daripada berlaku curang. Bila si dia jujur, semakin hangat hubungan cinta anda. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


Saling Mempercayai


Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya suatu rahsia perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Bila anda mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa tenang apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak merahsiakan apa pun kepadanya dan malah kita rasa rahsia kita pasti selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah orang yang memperoleh kedua-duanya.

Bekerjasama


Bagi anda yang mahukan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, anda dan si dia perlu saling bekerjasama melalui liku hidup ini. Anda dan kekasih anda perlulah bekerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh sekalipun. Segala pekerjaan yang dilakukan perlu disertai rasa ikhlas untuk membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Paling penting, anda dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Anda dan si dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita di masa depan.


Memahami Diri Kita


Bagi pasangan yangmempunyai jodoh, si dia harus memahami diri pasangannya. Ketika anda sakit si dia membawa anda ke klinik. Ketika berduka, si dia menjadi penghibur. Bila anda mengalami kesusahan, si dia menjadi pembantu. Di kala anda sedang bicara, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam situasi apapun. Gembira ataupun berduka, si dia sentiasa ada untuk anda. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam hubungan percintaan. Bila si dia selalu bersama anda melalui hidup ini di kala suka dan duka, senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

Papar Kelemahan


Tiada seorang pun yang sempurna di dunia ini. Bohong jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti ada kelemahan dan keburukan tertentu pada diri kita. Bagi si dia yang bersedia menjadi teman hidup anda, si dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu anda. Sudah tentu bukan hal yang menyenangkan untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, si dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada anda. Misalnya, apabila si dia bangun tidur atau sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada mengunjunginya.Apabila anda dan si dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan anda hidup bersamanya.


Kata Hati


Dengarlah kata hati. Manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria ini juga anda dapat saling memahami perasaan masing-masing. Anda dan si dia juga dapat membaca fikiran satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Bila anda yakin dengan pilihan hidup anda, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk anda? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahkanlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Solat Istikharah dan Tawakkal


Jodoh dan pertemuan semuanya adalah takdir Allah S.W.T. Manusia hanya berusaha di dunia ini dan senarionya ditulis oleh Yang Maha Kuasa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi sememangnya mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjuk-Nya. Jika si dia pilihan kita, buatlah keputusan terbaik. Jika tidak, tolaklah si dia dengan sebaik mungkin. Semua yang kita lakukan ini adalah untuk mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepada Allah dan teruslah berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhiratlah yang kekal selamanya.