Saturday, April 30, 2016

Elak Berkahwin Dengan Awek Kaki Melancong


Artikel ini adalah hasil perkongsian Jomjalan

Semakin ramai wanita berkerjaya, semakin tinggi pula keinginan mereka untuk melancong. Terima kasih kepada penerbangan tambang murah seperti AirAsia, wanita begini sudah mula terbuka matanya.

Soalnya sekarang, seronokkah berkahwin dengan si dia yang ketagih melancong?

Walaupun kami menggalakkan anda bercuti, berikut adalah 7 sebab mengapa anda perlu mengelak berkahwin dengan awek yang gila melancong.

1. Dia tidak kisah dengan penampilan


Bila dia ke tempat kerja, dia bersolek ala kadar. Di rumah, dia selesa dengan baju kelawar 3 tahun dulu yang koyak di ketiak.

Di jalanan dia sudah biasa berbaju T tidak bergosok dan berseluar jeans lusuh. Rambutnya yang tidak bersikat disembunyikan di sebalik anak tudung.

Kebanyakan wanita sebegini hanya wangi dan cantik di pejabat. Tetapi selekeh di rumah.


2. Dia Tidak Romantik


Mahukan isteri romantik yang tidur di lengan anda sewaktu bersama-sama menonton TV? Elakkan awek kaki melancong.

Rata-ratanya kurang feminin, dan tidak iri hati pun dek kelembutan pelakon Korea. Jika mereka mahukan apa-apa, mereka akan berterus-terang. Tidak pujuk rayu, tiada madah berhelah. Tetapi layanannya kepada anda adalah seperti layanan tokei Cina di kedai hardware.

Jika dia dilanda kesedihan, dia tidak perlukan anda. Dia sudah biasa berdikari. Dan dia tidak perlukan kata-kata manja dan lembut dari anda. Kalau dia keluar rumah dengan kereta tanpa izin anda, jangan terkejut. Si dia sudah biasa mengembara tanpa merujuk sesiapapun.


3. Egonya Melangit


Jika anda mahu suara anda dipatuhi, jangan kahwini perempuan yang suka mengembara. Dia mahu bebas. Dan dia terbiasa membuat keputusan sendiri di jalanan.

Bila anda menahan keputusannya, dia akan bermasam muka. Dia sudah biasa membuat keputusan tanpa dihalang oleh apapun, kecuali oleh pegawai imigresen atau jadual keretapi.

Sebelum membuat keputusan dalam soal rumahtangga, anda perlu merujuk kepadanya terlebih dahulu. Bukan apa, dia fikir dia lebih bijak dari anda. Jika dia boleh pulang ke Malaysia setelah hilang passportnya di Poland, apa sangatlah menyelesaikan isu rumahtangga di Taman Tun?

4. Belanja Tinggi


Ya, dia mungkin tidak kisah dengan make-up MAC atau beg Prada. Tetapi jangan pula anda sangka yang anda dapat berjimat.

Jika hadiah ulangtahun pasangan lain cuma beg tangan baru beratus ringgit, bersedia untuk menghabiskan berbelas ribu untuk si kaki travel.

Setahun sebelum ulang tahun, dia akan mengingatkan anda tarikh ulangtahun dan sudah mula membelek buku pelancongan Lonely Planet. Sewaktu anda kusut memikirkan bil yang perlu dibayar, dia pula hanya sibuk merancang aktiviti di destinasi lawatannya kelak.

Dan kalau ramai isteri sudah teruja dengan pakej membeli belah di Langkawi, dia hanya menguap bila anda katakan yang cuti hujung tahun ini destinasinya di Pekan Kuah.


5. Anda Membosankannya


Makan malam di restoran angkasa Menara Kuala Lumpur hebat? Fikir sekali lagi.

Untuk si kaki travel yang sudah membuat terjunan bungee jumping di New Zealand, menawan ombak di pantai Sydney dan menaiki belon panas di Istanbul, tiada apa yang hebatnya dengan makan malam di menara atas bukit.

Jika anda anak bendang yang sudah biasa makan nasi 3 kali sehari, anda akan membuatnya bosan. Lidahnya sudah mengenal roti Perancis, sushi Jepun dan kopi Arabica. Jadi makan nasi lemak sotong di rumah sambil bermain X-Box di hujung minggu memang tidak cocok dengan jiwanya.

Dia suka bebas di luar, bukan dipenjara di rumah.


6. Dia ramai kenalan lelaki


Apabila anda ambil keputusan berkahwin dengan awek kaki melancong, bersedialah untuk membuang rasa cemburu.

Dia mesra dengan semua. Tak kiralah lelaki atau perempuan. Bertahun di jalanan menyebabkannya petah berbicara. Dia juga ada ramai kenalan lelaki yang bersama-sama mengembara dengannya.

Hobinya itu cinta pertamanya. Dan anda cinta keduanya. Jadi jangan halang dia untuk berjumpa atau bercakap dengan sesiapapun tentang cinta pertamanya itu.Jadi pendam sahaja rasa sakit hati anda itu.

7. Bersedia untuk ditinggalkan


Jika syarikat anda jatuh bankrap atau kereta anda rosak sewaktu tarikh kembaranya hampir tiba, nasib anda bakal semakin parah. Dan hati anda bakal patah.

Si dia yang suka travel takkan mengorbankan apa yang telah dirancangnya. Jika anda berkahwin dengan dengannya, bersedialah untuk melepaskan si dia pergi bercuti seorang diri.

Si dia tidak perlukan anda. Dan si dia tidak menunggu sesiapapun.

Baginya anda tidak ubah seperti beg bagasinya sahaja — jika hilang, masih boleh diganti semula. Beg ‘bagasi baru’ yang bakal dicarinya nanti mungkin lebih baik.

Apa kata anda? Beranikah anda kahwini awek si kaki travel?


KISAH SERAM RUMAH SEWA RM50, SEKSYEN 2 SHAH ALAM

Bukanlah maksud saya nak takutkan korang sume, tetapi saya ni pun cuma nak berkongsi dengan korang jer.. Mana la tau, adik, kak, abang, atau anak-anak anda sambung belajar atau kerja di Shah Alam nie, nak beli rumah atau nak sewa rumah di Shah Alam kan? So lebih baik saya share kepada korang daripada saya simpan sorang dan duk diam jer betul tak? Dan saya yakin ramai dikalangan korang nie dah tau antara rumah-rumah yang popular (berhantu) di Shah Alam,contohnya macam rumah di seksyen 12. Yup, yang tu memang la, memang dah rumah tinggal pun, takde orang dan orang takkan jual dan bagi sewa kat sesiapa dah. Tapi masih ada rumah-rumah yang owner dah tinggalkan dan bagi sewa kepada student-student dan penyewa-penyewa lain. Mari saya sharekan disini beberapa buah rumah dan sedikit details tentangnya.



1. Banglo Kayangan, Seksyen 12 Shah Alam

Ok korang, rumah nie, macam yang korang tengoklah ,memang owner dia, tuan tanah ke sapa-sapa ke memang takkan bagi sewa la kat korang. Yang nie korang tak perlu risau, kalau ada orang nak bagi sewa pun, korang takkan la nak duduk rumah macamni kan? Bango ini dikenali sebagai Banglo Kayangan, terletak di Seksyen 12 Shah Alam. Ramai orang cakap rumah ni rumah Mona Fandey, tapi maaf, saya takde bukti kukuh tentang rumah ni sape punya. Banyak sangat dah versi cerita tentang rumah nie. Ada orang cerita rumah nie dulu terbakar, orang gaji mati kat dapur, ada orang cerita anak owner rumah ni mati kat buaian dan macam-macam lagi. So pandai-pandai la korang buat research balik.


2. Rumah RM50, Seksyen 2, Shah Alam





Tentang rumah ini pula, terletak di seksyen 2 Shah Alam, cerita mengenainya ditulis sendiri oleh bekas penyewa rumah ini dulu yang juga bekas pelajar UiTM (baca kat bawah nanti). Beliau menceritakan bagaimana sengsaranya dikacau di dalam rumah itu. Walaupun mereka hanya tinggal di rumah itu sehari, tetapi banyak perkara yang mereka lalui. Tidak hairanlah owner rumah hanya meminta RM50 sebagai bayaran pertama untuk masuk rumah itu dan berpesan kepada mereka agar tidak membawa masuk barang-barang lagi kerana bimbang susah nak angkat kerana rumah itu 2 tingkat..Ishhk ada ke??


3. Seksyen 2, Shah Alam (Dah roboh kot)




Rumah lama dahulu penghuninya India, ditinggalkan lewat 80an, jiran-jiran sekeliling selalu nampak lembaga hitam keluar masuk rumah. Rumah ni pernah masuk dalam rancangan Pemburu Hantu. Mula-mula berlagak terer, bila terjumpa, masing-masing lari.


4. Rumah tepi Sirim, Seksyen 2, Shah Alam




Komen daripada owner gambar : Haa yg ini special, penghuni original (chinese family) dok rumah ni sekitar lewat 70s, lepaih tu ada tragedi yg terjadi, aku pun tak suka nak cerita benda2 tak elok ni, rumah tersebut dibiarkan sekian lama, lepaih satu satu penyewa masuk/keluar sebab tak tahan asyik kena dok kacau je, bila Al-Arqam menyewa rumah tersebut, depa dok ramai-ramai dlm banglo tu.. bangun pagi, badan ada yg calar-balar, ada yg kena pindahkan tempat lain,bila start 11 onwards bunyi riuh satu rumah mcm ada party.. etc, lepas tu kosong balik, lepaih tu..rumah tersebut dibuat tempat belajar english language, dan akhirnya ditukar kepada pejabat, dan telah diubah-suai berberapa kali, jadi staff dtg pkl 7am, 7pm mesti dah takda org kat dlm tu, aku nasihat kalau nak usha tmpt ni jgn la p malam, sbb ramai p malam (padahal usha kat luaq ja) balik rumah depa demam, its no joke OK.


Mungkin korang pernah ternampak rumah-rumah nie masa driving ke?? Memang pernah kan?


Kalau korang nak tahu, Seksyen 2, Seksyen 1 (UiTM), Tasik, Kompleks PKNS adalah penempatan/pembangunan yang paling awal kat shah alam ni, bermula naik dengan ITM awal 1970'an, Tasik Shah Alam adalah tasik buatan manusia, dulu hutan dan kelapa sawit bertanah gambut. Pusat Shah Alam ni dulu hutan berbukit bukau. So korang faham-faham dan fikir dua kali la kalau nak duduk rumah-rumah yang dah lama kosong tu yea??


Dan yang paling penting, selalu mengingati Pencipta kita kerana Dia lah yang Maha Kuasa yang telah mencipta kita dan makhluk-makhluk lain di sekeliling kita.


Cerita tegak bulu roma rumah sewa RM50 seksyen 2 shah alam. - kisah seram ini tak pasti kesahihannya. Wallahu a'lam.


9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan dan keprihatinan aku dan kawan-kawan, maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].


Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan, kiranya 2 orang untuk 1 biliklah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.


Pertama, tuan umah hanya kutip RM50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah.


Kedua, tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya.


Ketiga, pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.


Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi "dagu" orang pertama kena.


Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni, Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.


Malam tu kami kena lagi teruk.


Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi, angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan dvd dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah...


Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what?


Ada batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.


Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku....taik betul diorang ni.


Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam, rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.


Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju dan seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!


Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih, dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. 


Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.


Azmi "dagu" pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul "eye to eye" dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk "Bila masa pulak kami tengok dvd ?". Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul.....kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.


Tengah sibuk berborak, aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.


Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? 


Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!


Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu. Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.


Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?


Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.


Sampai hospital, aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak sanggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.


Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu rumah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Salleh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh.


Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. 


Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini "keras".patut lah dia suruh bayar RM50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Chisss......


Aku demam 3 hari.


Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub, Pahang.


Seminggu lepas itu, keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal, dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita, kan ada malam yg kitorg satu rumah kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. 


Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya, macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?


Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..


Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah



p/s: Ops.. Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu, masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, bolehlah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la. Nokia 3310


Friday, April 29, 2016

WANITA WAJIB TAHU!! NILAH PUNCA PUNGGUNG DAN PAHA WANITA BESAR



Bahagian atas tubuh langsing tapi bahagian punggung dan kaki hmmm... Nampak tak seimbang. Jika diperhatikan makin ramai wanita sekarang yang mengalami masalah paha dan punggung besar. Seakan sudah menjadi pemandangan biasa pula. Kenapa berlaku pada wanita? Adakah faktor selalu duduk dan tiada senaman? Tidak semestinya, ini dia sebab yang perlu anda fahami.

Pengaruh hormon
Lelaki dan wanita mempunyai deposit lemak yang dipengaruhi oleh hormon. Hormon estrogen pada wanita menyebabkan lemak lebih banyak disalurkan ke bahagian peha dan punggung, mana kala hormon testosteron menyebabkan lemak pada lelaki lebih banyak terkumpul di bahagian perut. Tapi lemak ini pada paha dan pungggung untuk wanita ini sebenarnya penting untuk proses kesuburan dan penyusuan. Sebab itu orang kata wanita punggung besar lebih subur.

Bentuk tubuh
Bentuk tubuh mempengaruhi ukuran peha dan tubuh anda. Wanita dengan bentuk tubuh seperti buah pir akan mempunyai ukuran peha dan punggung lebih besar dan lebar berbanding saiz normal. Anda tidak boleh mengubah bentuk tubuh, Jika anda punya tubuh bentuk pir, anda harus bekerja keras untuk membentuk peha menjadi lebih ramping.

Otot
Punca lain anda punya ukuran paha dan punggung yang besar adalah kerana anda secara semula jadi sudah mempunya otot peha yang besar. Otot paha meski keras dan tidak berlemak tapi tetap dilihat sebagai besar.
Senaman mengecilkan punggung dan paha
Bagi anda yang mempunyai bentuk badan sebegini, janganlah kecewa kerana anda masih boleh mendapatkan kaki dan punggung yang mantap dengan senaman sesuai. Cuba senaman ini:
  • Lakukan aktiviti yang boleh membakar kalori dengan cepat, seperti berbasikal, berlari, dan lompat tali. Lakukan aktiviti selama 60 minit sebanyak lima kali dalam seminggu untuk menghilangkan lemak di paha.
  • Anda boleh cuba berlari menaiki atau menuruni bukit, atau melakukan sesuatu yang lebih mudah seperti naik-turun tangga di rumah anda. Itu boleh membantu membakar lebih banyak kalori pada tubuh, terutama peha.
  • Senaman aerobik cukup baik untuk membakar kalori dan membantu anda mengurangkan berat badan yang akan mengecilkan perut dan paha anda dengan cepat.
Akan tetapi senaman saja tak memadai untuk mengecilkan dua bahagian ini jika anda terus mengambil makanan tinggi kalori dan lemak. Oleh itu kurangkan makanan sebegini dalam diet harian. Makan banyak sayur dan buah-buahan sebagai ganti makanan ringan. Pilih lemak tak tepu yang sihat dan bukannya lemak trans. Ini dapat mengelakkan lemak trans itu berkumpul di paha anda.


Kenapa Allah Pilih Nabi Isa Bunuh Dajjal.. Ini Jawapan Zakir Naik Yang MENGEJUTKAN Umat ISLAM !!!

Kenapa Allah Pilih Nabi Isa Bunuh Dajjal.. Ini Jawapan Zakir Naik Yang MENGEJUTKAN Umat ISLAM !!!




Kenapa Allah Pilih Nabi Isa Bunuh Dajjal.. Ini Jawapan Zakir Naik Yang MENGEJUTKAN !!! 

Begini kisahnya…..Apabila hari kiamat hampir tiba nanti Allah akan turunkan Nabi Isa untuk menghancurkan Dajjal…Kenapa Allah memilih Nabi Isa..?@



Dr. Zakir Naik mengatakan, Nabi Isa diturunkan untuk baginda membersihkan namanya, berkaitan peristiwa baginda disalib… Selain itu, sewaktu peristiwa Israk Mikraj baginda memberi salam pada Nabi Muhammad SAW…@

Oleh kerana mengetahui kelebihan menjadi umat Nabi Muhammad maka baginda berdoa dan bermohon kepada Allah supaya diperkenankan untuk menjadi sebahagian umat Muhammad..@

Maka doa Nabi Isa itu telah Allah Swt perkenankan..Sebab itu baginda diturunkan apabila hampir kiamat nanti…Seperti yang diketahui, ketika Nabi Isa diangkat ke langit dahulu, baginda masih bujang dan belum berkahwin.@

 Turunnya baginda ke bumi, setelah berjaya membunuh dajjal laknatullah dikatakan baginda akan memerintah di dunia ini sehingga 40 tahun..dan baginda juga akan Allah temukan jodoh, diberi peluang berkahwin dan berkeluarga seperti nabi-nabi lain.@

Sehingga sampai tempoh yang ALLAH beri, maka baginda akan diwafatkan..Dikatakan jasad baginda akan dikebumikan bersebelahan makam Saiyidina Umar Al-Khatab…Begitu kisahnya..@

lihat video ini...


https://youtu.be/JVJTeGFuXzw


Ramai Orang Malaysia Tak Tahu ! Inilah 6 Pekerjaan TANPA KELULUSAN, Gaji Lebih RM 10,000 Sebulan ! senang tapi ramai yang tak nampak..


Ramai Orang Malaysia Tak Tahu ! Inilah 6 Pekerjaan TANPA KELULUSAN, Gaji Lebih RM 10,000 Sebulan ! senang tapi ramai yang tak nampak..


Pilihlah mana2 yang sesuai dengan korang.

1- Berniaga buah potong menggunakan motosikal untuk senang bergerak mencari port orang ramai, keuntungan biasanya 50%-60% dari modal. Katakan rm1/plastik, kena target jual 600 plastik sehari, cari port orang ramai (depan sekolah, depan masjid, kawasan pejabat/kilang) paling koman korang akan dapat rm350 sehari × 30 hari = RM10,500@

2- Khidmat potong rumput, guna pekerja 2 orang dengan gaji rm130 sehari termasuk minyak mesin, upah satu halaman rumah biasa sekitar rm60, kerja hanya 2 jam sebuah laman, tugas kita hanya perlu angkat iklan dikawasan perumahan, deal pelanggan, ambil hantar pekerja dan collect duit. sehari kena gigih cari 5 buah rumah untuk seorang pekerja, so kita akan dapat sehari rm340 × 30 hari = RM10,200@

3- Menjual nasi rm4 dikawasan penduduk ramai dengan menyediakan khidmat penghantaran. Buat iklan fb untuk orang sekitar, mustahil tidak dapat buat jualan 150 bungkus sehari dengan keuntungan biasa jualan nasi ialah 60%, so sehari bersih dalam tangan ialah rm360 × 30 hari = RM10,800@

4- Jual air rm1/cup depan sekolah time pelajar pulang (2 kali sehari) iaitu sekolah biasa pada pukul 1 hingga 2 ptg & sekolah agama pukul 5 hingga 6 ptg. Menjual 300 cup untuk satu sesi itu bukan perkara yg mustahil, sehari paling tidak kita akan dapat rm600 kasar. Rata2 penjual air bgtau margin untung bersih jual air ni sekitar 80%, jadi sehari kita akan dapat rm480 × 21 hari persekolahan sebulan = RM10,080@

5- Berniaga apam balik di pasar malam keuntungan juga 80%, 4× seminggu dengan jualan 400 keping apam balik setiap malam yg berharga rm2 sekeping, setiap malam boleh nilai jualan rm800×4 seminggu × 4 minggu sebulan = jualan kasar rm12,800 tolak modal 20% (rm2,560) = RM10,240@

6- Jadi agent jualan produk, pilih yg laku keras bulan tu (kerana kebanyakkan produk bermusim), cari yang menawarkan keuntungan melebihi rm50/item, jual guna fbads (tak tau guna fbads pergi belajar - power editor), sehari letak kos iklan rm80, push sale sekurang2 11 item close deal, setiap hari akan ada orang bank in sebanyak rm550, tolak kos harian iklan rm80 dan bayaran pos rm110 = bersih rm360 × 30 hari = RM10,800@

Ada banyak lagi perniagaan yg memerlukan modal sedikit tapi pulangan lumayan tapi cukup lah 6 jenis ni dulu. Ingat, tak semua perniagaan ini sesuai dengan anda, anda perlu pilih, ubahsuai dan serasikan dgn diri anda. Semua pengiraan dari segi modal dan keuntungan adalah tidak tepat kerana harga berbeza mengikut masa dan tempat.@

DIPETIK DARI FACEBOOK: Ipang Pang