Friday, March 25, 2016

Filled Under:

Padan Muka! Inilah Komen Pedas Jurulatih Arab Saudi Bert Van Marwijk Kepada Skuad Malaysia

marwijk-kalau-macam-inilah-malaysia-beraksi
Bert Van Marwijk secara sinis menganggap pendekatan pasukan Malaysia sebagai baik selepas Arab Saudi hanya berkesempatan menembusi pintu gol skuad negara sebanyak dua kali sahaja dalam terakhir peringkat kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019. 
"Jika kami bermain 10 perlawanan seperti malam ini, saya jamin lapan daripadanya kami boleh menang dengan 6-7 gol.

"Ia bagus untuk Malaysia bermain seperti ini. 

"Saya rasa gembira dengan keputusan ini kerana mereka hanya tewas 2-0 sahaja," kata jurulatih dari Belanda itu. 

Namun rakan sejawatannya, Datuk Ong Kim Swee pula tetap mempertahankan strategi yang diterapkannya bagi mengekang asakan Arab Saudi. 

"Lihat gol pertama yang mereka perolehi. Ia berpunca daripada serangan kami, jika kami menerapkan corak menyerang, kami mungkin dibolosi sehingga tujuh gol," tegasnya.




0 comments:

Post a Comment