Wednesday, March 16, 2016

Filled Under:

MENGEJUTKAN! ANAK SAUDARA SULTAN BRUNEI KINI SERTAI KELAB TOP 5 EPL DENGAN KONTRAK 3 TAHUN

anak-saudara-sultan-brunei-sertai-leicester-city
Pendahulu Liga Perdana Inggeris Leicester City telah mengikat Faiq Jefri Bolkiah, anak saudara kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dengan kontrak tiga tahun.
Pemain berusia 17 tahun itu sebelum ini merupakan pemain Chelsea Bawah 18 sejak tahun 2014.

Dia juga pernah sertai Arsenal dan Reading sebelum ini.

"Saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa saya telah mengikat kontrak 3 tahun bersama Leicester City. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan sahabat terdekat atas sokongan mereka," kata Faiq menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Faiq Jefri Bolkiah merupakan pemain utama buat skuad Chelsea B18 tahun musim ini namun akan berpindah ke Stadium King Power bagi mencari peluang beraksi bersama skuad utama musim depan.

Difahamkan, pencari bakat Leicester telah pun memerhati Faiq buat jangka masa lama dan melihat dia mempunyai masa depan cerah dengan skuad utama The Foxes.

Sumber : Astro Arena




0 comments:

Post a Comment