Friday, March 18, 2016

Filled Under:

Ini Jawapan Mengejutkan Dari Ong Kim Swee Selepas Hanya 7 Pemain Yang Hadir Ke Latihan Skuad Nasional

cakap-salah-tak-cakap-pun-salah
"ENTAHLAH cakap salah tak cakap pun salah."
Itu reaksi awal ketua jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee pada hari pertama sesi latihan skuad kebangsaan pada Isnin lalu yang hanya menampilkan 7 orang pemain sahaja menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia bertemu Arab Saudi 24 Mac ini.

Penulis tertarik dengan kata-kata ringkas Kim Swee. Cakap salah tak cakap pun salah.

Besar makna yang tersirat daripada pernyataan itu yang secara jelas dia tidak gembira dengan situasi semasa apatah lagi ini merupakan tugasan pertamanya sebagai ketua jurulatih negara yang rasmi sejak pelantikan beberapa bulan lalu.

Namun apa akan terjadi jika Kim See sendiri meluahkan rasa tidak puas hati itu ketika bukan semua orang faham dengan kesukaran yang dihadapi dan bagaimana pula penerimaan majikannya, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan pasukan-pasukan lain yang terlibat dengan saingan Piala FA dan Piala AFC?

"Ini lah situasi semasa, mau tak mau saya terpaksa akur. Saya tiada pilihan langsung."

Kim Swee memerlukan jentera terbaik untuk tugasan pertamanya bersama skuad Harimau Malaysia. Mana mungkin dengan sesi latihan carca marba sebegini tuntutan untuk lakar kejutan jadi topik utama membabitkan penyokong dan pemerhati bola sepak negara.

Bagi penyokong, mereka tidak mahu melihat permasalahan yang dihadapi pasukan sebelum perlawanan kerana keputusan di Jeddah nanti adalah tumpuan utama mereka.

Arab Saudi yang menduduki ranking ke-60 dunia bagaimanapun gagal cetus reaksi 'wow' ketika bertemu Malaysia tahun lalu walaupun keputusan rasmi berakhir dengan kekalahan 3-0 skuad negara berpunca daripada pemikiran cetek sesetengah pihak yang kononnya melabelkan diri mereka sebagai "loyal fans" sehingga memaksa perlawanan diberhentikan serta-merta.

Memasuki hari ketiga sesi latihan skuad negara di Wisma FAM pada Rabu, apa yang boleh penulis gambarkan hanyalah HAMBAR....

Sumber : Astro Arena




0 comments:

Post a Comment