Tuesday, February 23, 2016

Filled Under:

Setelah Ditegur Ustaz Syarul Ridzwan Buat Keputusan Yang Pasti Mengejutkan Rakyat Malaysia



MENERIMA teguran daripada seorang ustaz, pelakon, Syarul Ridzwan kini memilih untuk menggunakan nama asalnya, Saharul Ridzwan. KUALA LUMPUR: Menerima teguran daripada seorang ustaz, pelakon, Syarul Ridzwan kini memilih untuk menggunakan nama asalnya, Saharul Ridzwan bagi tujuan komersial. 

Pemilik nama sebenar Mohd Saharul Ridzwan Hashim ini berkata, beliau berbuat demikian atas nasihat ustaz yang bertugas di Khidmat Baitul Mahabbah (Rumah Kasih Sayang), Rawang, Selangor. Sejak semalam juga, pelakon lelaki ini mula menukar nama Instagramnya menjadi @saharulridzwan. 

"Sebelum ini, saya sekadar mencipta nama Syarul kerana memikirkan aspek komersial. Bagaimanapun, selepas ditegur ustaz yang saya kenali, beliau menyarankan supaya saya menukar kepada nama asal saja. "Ustaz itu memberitahu, nama Syarul sebelum ini lebih kurang bermakna sejahat-jahat manusia. Jadi, saya fikir tidak salah untuk menukarnya kepada nama asal saya," katanya kepada BH Online. 

Dalam pada itu, jejaka yang sedang melunaskan baki penggambaran drama Seindah Takdir Cinta di sisi Amyra Rosli turut mengalu-alukan bantuan orang ramai dalam mengurangkan beban dan kesusahan kanak-kanak kurang bernasib baik di rumah kebajikan terbabit. "Saya menggesa mereka yang baik hati dan mempunyai rezeki lebih untuk sama-sama membantu mereka dan pertubuhan ini. Sedikit sebanyak, kita dapat kurangkan kesusahan mereka. 

"Jika ada yang ingin menghulurkan sumbangan atau barangan, bolehlah ke alamat pertubuhan itu di Khidmat Baitul Mahabbah (Rumah Kasih Sayang), No 29, Jalan 8/8, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Mereka juga juga menghubungi talian 03-60342593," kata calon awal kategori Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke-29 itu.





0 comments:

Post a Comment