Tuesday, February 16, 2016

Filled Under:

Inilah PUNCA SEBENAR lelaki pukul isteri menggunakan KASUT di tepi jalan memang tak disangka sangka


image.jpg

JOHOR BAHRU – Susulan satu video viral yang merakamkan aksi seorang lelaki memukul seorang wanita yang dipercayai isterinya menggunakan kasut baru-baru ini, pihak polis telah berjaya menahan lelaki tersebut di Kluang semalam.


Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad, suspek itu yang berusia 44 tahun ditahan di kediamannya di Taman kira-kira jam 7.30 malam.


Menurut beliau lagi, hasil soal siasat, lelaki terbabit mengaku memukul isterinya kerana tertekan dengan sikap isterinya itu yang suka membebel di sebabkan masalah kewangan.


Pemeriksaan lanjut juga mendapati lelaki tersebut menghidap penyakit mental dan pernah menerima rawatan di Hospital Kluang.


“Polis telah merampas sepasang kasut berwarna hitam dipercayai digunakan lelaki tersebut untuk memukul isterinya dalam kejadian tiga hari lepas,” katanya sebagaimana lapor Bernama.


Suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan. – Siakapkeli.my




0 comments:

Post a Comment