Monday, February 15, 2016

Filled Under:

Kontroversi Anak Zahid Hamidi Bergelar Datuk ? Ini 13 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Mengkritik Beliau !



KUALA LUMPUR: Sejak kebelakangan ini, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid yang menyelar perhimpunan Bersih 4 yang berlangsung hujung minggu lalu dan menganggap sebagai satu 'kerja bodoh' menjadi perhatian rakyat Malaysia.

Malah, selepas perhimpunan Bersih 4 yang dikategorikan haram oleh kerajaan itu, beliau menjadi perbualan orang ramai sehingga status dan gelaran Datuk yang dibawanya menjadi persoalan netizen di media sosial. 

Tetapi, sejauh manakah anda mengenali Nurulhidayah?

Berikut adalah 13 perkara yang anda perlu tahu mengenai Nurulhidayah :

1. Nurulhidayah Ahmad Zahid merupakan anak perempuan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

2. Beliau berusia 36 tahun dan dilahirkan pada tahun 1979.



3. Nurul memperolehi ijazah Sarjana Komunikasi Korporat dari UPM pada tahun 2012.

4. Anak TPM itu menyandang jawatan sebagai Ketua Komunikasi Bahagian Korporat di Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

5. Beliau pernah mengacara rancangan Inspirasi Ramadan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

6. Gelaran Datuk diterima berasaskan kerjaya beliau sebagai Ketua Komunikasi Korporat di Syarikat Perumahan Negara Berhad.

7. Nurul juga pernah menyertai Rejimen Askar Wataniah sebagai seorang sukarelawan ketika ayahnya, Ahmad Zahid berperanan sebagai Menteri Pertahanan.

8. Datuk Siti Nurhaliza, Shaheizy Sam, Intan Ladyana, David Teo, Ana Raffali dan Aizat Amdan merupakan antara selebriti tempatan yang turut menyertai Askar Wataniah bersama Nurul.

9. Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza merupakan antara rakan karib Nurul.



10. Selain penglibatan aktif dalam bidang sukarelawan, Nurul juga mempunyai bakat dalam bidang fesyen. Beliau merupakan seorang pereka fesyen hijab di Couverture KL.

11. Berusia 36 tahun, Nurul merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai tiga orang anak.

12. Nurul mempunyai seorang adik lelaki, Ahmad Khairul Hafiz.

13. Beliau juga pernah memiliki sebuah syarikat pengurusan acara, Karya Bonda Sdn Bhd dari tahun 2007 hingga 2012.

AstroAwani









0 comments:

Post a Comment