Thursday, December 3, 2015

Filled Under:

'Tolonglah Kak, Ini Saja Duit Yang Saya Ada'


Insiden yang betul-betul buat Hana sebak tadi. Ada seorang budak asrama (perempuan) ini nak balik Kuang. Baru habis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) agaknya. 

Ceritanya, dia tidak cukup duit nak bayar tambang naik KTM. Sebabnya, dia tidak tahu yang kadar tambang dah naik kelmarin. Duit yang dia ada cuma ada jumlah yang tepat untuk bayar kadar tambang KTM yang lama. 

"Tolonglah kak, ini saja duit yang saya ada," pujuk rayunya pada petugas di kaunter itu.

"Tak bolehlah adik. Tak cukup 80 sen ini. Siapa nak tanggung?" kata wanita itu.

"Macam mana saya nak balik kak? Tolonglah kak," kata budak itu yang sudah mula menangis. 

"Itu bukan masalah saya," tegasnya. 

"Tolonglah saya kak," budak itu cuba merayu lagi.

"Sila beredar. Awak ganggu kerja saya. Ke nak saya panggil polis?" bentak kakitangan KTM itu. 

Ya Allah, sedih gile. Tak sampai hati bila tengok budak itu merayu menangis begitu. Jadi saya belikan dia tiket untuk balik ke Kuang. 

"Terima kasih kak!" katanya berulang-ulang kali. 

Ada orang yang terbeban dengan kenaikan harga tiket ini, dengan GST'nya lagi. 

Yes! Ramai saja orang kaya di Malaysia ini tetapi kena tahu yang tak berkemampuan pun ada juga. Rakyat amat terbeban dengan segala kenaikan ini.

Bukan salah kakitangan KTM itu, mungkin dia juga serba salah dan diuji lagi dengan masalah ekonomi kita. Allah gerakkan hati saya untuk menolong budak perempuan itu. Mungkin saya ada rezeki lebih pada saat itu. Tiada niat nak menunding jari pada orang lain. Allah sedang menguji kita dengan masalah ini. Dia mempermudahkan sebab Dia tahu apa yang terbaik untuk umatNya.  - Hana Ahtan




0 comments:

Post a Comment