Monday, December 28, 2015
Filled Under:
Artis
Pemilik Butik Dedah Sikap Siti Nurdiana Yang Mengejutkan!!
Posted By:
Joe Suharto
on 6:32 AM
PETALING JAYA: Pemilik butik Jimmy Coture menerima tempias populariti Siti Nordiana apabila butiknya menjadi perhatian gara-gara penyanyi itu memakai pakaiannya dalam Gegar Vaganza 2 (GV 2).
Jimmy atau nama sebenarnya Zaizakrani Ismail, 31, berkata, dia tidak menyangka perniagaan fesyen yang dibinanya sejak beberapa tahun lalu menunjukkan peningkatan selepas Siti Nordiana diumumkan juara Gegar Vaganza 2 pada 13 Disember lalu.
"Asalnya, Haiza memperkenalkan Nana (Siti Nordiana) kepada saya yang meminta saya mereka baju untuk persembahannya kerana tiada orang yang mahu menaja pakaian dia.
"Jadi saya dengan niat ikhlas mahu membantunya. Tak sangka pula saya turut mendapat tempias Nana dengan menerima lebih sepuluh tempahan setiap minggu," katanya yang dihubungi mStar Online pada Isnin.
Selain Siti Nordiana dan Haiza, Jimmy turut menaja pakaian Azian Mazwan Sapuwan dalam rancangan itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment