Saturday, December 5, 2015

Filled Under:

Mesej terakhir Tunku Jalil di WhatsApp buat Faizdickie menyesal

KUALA LUMPUR : Personaliti tanah air, Faizdickie atau nama sebenarnya Mohd Nasrul Faiz Abu Azal, 27, turut meratapi pemergian Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil yang mangkat malam tadi.

Menerusi laman Instagramnya, Faizdickie menyatakan rasa kesal kerana tidak sempat meluangkan masa untuk melawat Almarhum Tunku Jalil ketika kesihatannya semakin tenat di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

“Jangan tunggu. Itu sahaja nasihat abang. Jangan tunggu. Kalau ada sesiapa yang patut anda jumpa, pergilah. You will never know,” tulis Faizdickie sambil memuat naik sekeping gambar perbualan WhatsAppnya dengan Almarhum, dua minggu lalu.

Menurut Faizdickie, dia sepatutnya menziarahi Almarhum di hospital, dua minggu lepas ketika menghantar anak buahnya ke Segamat, Johor Bahru.

Tetapi, oleh kerana kesuntukkan masa, Faizdickie tidak sempat untuk menziarahi Almarhum pada masa itu.

Tambah Faizdickie, Almarhum juga merupakan seorang insan yang kuat dan tabah kerana apabila setiap kali bertanya mengenai kesihatannya, Almarhum akan berkata, ‘still surviving’.




0 comments:

Post a Comment