Friday, December 4, 2015

Filled Under:

Kisah Arwah Pak Yus Dengan Nenek Tua Penjual Tisu …



Kisah Arwah Yus Jambu Dengan Nenek Tua Penjual Tisu…
Selepas pemergian Yus Jambu buat selama-lamanya, satu persatu kebaikan Allahyarham yang tidak diketahui selama ini telah didedahkan oleh mereka yang menerimanya.
Terharu sangat bila baca tentang amal jariah yang telah dilakukan oleh arwah. Sesungguhnya arwah seorang yang dermawan dan banyak membantu mereka yang diperlukan. Kerana keikhlasan Allahyarham, jenazah telah diiringi 3,000 orang ketika pengkebumian di Perlis.
Ramai sebenarnya media yang cuba mengorek tentang kehidupan arwah namun apa yang di jumpai bukan seperti orang lain.”mereka hanya menjumpai kebaikan demi kebaikan”
Sama halnya dengan kami yang baru menjumpai satu kisah menarik arwah beberapa tahun lalu di ceritakan oleh seorang individu untuk di kongsikan di laman media sosial bersama ramai.berikut kisahnya
Cerita Arwah yus jambu dengan seorang nenek tua penjual tisu
Bercakap tentang kebaikan Pak Yus… Sy teringat cerita 2 tahun sudah semasa sy terserempak dgn beliau di area Raja Chulan bertentangan dgn Hotel Istana. Waktu tu sy ada urusan dgn Public Bank di Wisma Lim Foo Yong bersebelahan dgn hotel Lodgez Paradize.
Sewaktu sy berjalan di pedestrian walk menuju ke bank, sy nampak seorang nenek menjual tisu duduk kat bawah pokok. Masa tu semua orang lalu lalang buat tak tau je keadaan nenek tu. maklumlah, terlalu ramai golongan peminta sedekah/jual tisu kat KL ni jadi orang tak kuasa nak layan. Selesai je berurusan, sy pergi semula melintas di jalan yg sama. Saya lihat ada seorg lelaki sedang melayan nenek tu dgn ramah, sgt ramah, berbual mcm dah kenal lama. Tetapi lelaki tu membelakangi laluan sy so sy jadi curious siapalah agaknya lelaki yg agak budiman tersebut.
Bila sy mencuri lihat, rupanya Pak Yus! Sy terus memanggil nama Pak Yus dan beliau menoleh sambil melambai tersenyum. Sy terus tanya buat apa kat sini, beliau cakap tgh tunggu kawan. Tu yg berbual dgn nenek tu. sy sempat berbual dgn beliau dan mengucapkan tahniah atas kemenangan beliau di MaharajaLawak. Apa yg sy amati, beliau sgt merendah diri dan melayan semua org dgn baik wlupun dgn diri sy sendiri sbg seorang peminat yg baru pertama kali berjumpa beliau face to face.
Memag tak kekok langsung nak berbual dgn beliau. Bila dapat tahu yg beliau meninggal akibat serangan jantung, mmg sy agak shocked jgk lh. Beliau pergi terlalu cepat… Tp sudah takdir Allah, mmg takkan ada pertikaian. Semoga roh beliau di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman. Sy tau beliau mmg orang yg sgt baik.”
Cerita Arwah yus jambu dengan kerani Sekolah Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Islamiah (Madi),
Salah satu kisah dermawan Allahyarham Yus Jambu telah diceritakan oleh kerani Sekolah Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Islamiah (Madi), Kampung Jejawi Dalam, Perlis.
Dia serahkan RM5,000 kepada saya, kemudian saya tulis resit sebagai bukti dermanya kepada sekolah kami. Dia kata tak payah resit, tapi saya tetap hulurkan kerana sudah menjadi kewajiban saya berbuat demikian. Mulanya saya tak perasan lelaki yang datang itu seorang pelakon dan pelawak sehinggalah arwah datang ke meja saya memberitahu mahu menderma. Saya terkejut bila sedar lelaki itu adalah Yus. Bila bersembang, dia langsung tak sombong dan sangat merendah diri.
Malah Allahyarham juga seringkali menderma ke tabung masjid kampung kelahirannya. Menurut Setiausaha masjid, Ali Hanapiah Mohammad, 49, berkata, sejak enam tahun memegang jawatan itu, belum pernah dia melihat Yus keluar dari masjid tanpa memasukkan duit ke dalam tabung.
Selalunya saya nampak antara RM200 hingga RM300. Memang arwah sangat pemurah. Malah, setiap kali pulang ke kampung, dia pasti akan ziarah kubur ibu bapanya, Edoo Ismail dan Manis Ismail termasuk kubur abangnya, Rashidi Edoo.
Itu amalan Yus sewaktu masih hidup. Selain selalu datang berjemaah di masjid, arwah juga turut membeli dua mesin rumput untuk kegunaan masjid yang masih dalam keadaan baik sehingga kini. Kalau dalam poketnya ada RM3, duit itulah akan dibelanjakan untuk kawan-kawannya. Dia lebih rela poketnya kosong asal dapat memberi. Sifatnya itu tak pernah berubah biarpun dah jadi artis
Bekas guru kepada Yus Jambu juga telah memaklumkan Allahyarham hadir memberi motivasi kepada 600 anak-anak yatim dan miskin di satu program di Sekolah Rendah Islam (SRI) 1 Jalan Abi Tok Hashim tanpa sebarang bayaran tahun ini.
Ketika bulan puasa, Yus sempat luangkan masa hampir sejam di sekolah kami untuk beri semangat kepada murid dan anak yatim. Dia langsung tak meminta bayaran. Dia juga nasihatkan murid supaya mendengar kata cikgu. Saya kagum dengan arwah kerana dia memberi contoh yang baik kepada orang lain melalui keperibadiannya.
Sikap dan sifat dermawan Allahyarham Yus Jambu ini seharusnya menjadi contoh kepada kita semua. Rata-rata semua yang mengenali Allahyarham memuji keikhlasan, kemesraan dan kebaikan Allahyarham. Semoga segala amal kebajikan Allahyarham diterima ..
Al-Fatihah..





0 comments:

Post a Comment