Wednesday, December 2, 2015

Filled Under:

'Kaulah Ibu Paling Sial Di Abad Ini!'

PETALING JAYA - Seorang pembantu kedai terkejut apabila melihat seorang lelaki sedang melakukan oral seks ke atas salah seorang anak gadisnya selepas dia masuk ke dalam bilik rumah bekas isterinya di Taman Desa Serdang, Seri Kembangan, Khamis lalu.

Difahamkan, bekas isteri lelaki itu enggan membenarkannya masuk ke dalam rumah dan berbohong yang anak-anak mereka tiada di rumah pada jam 10.30 pagi 26 November lalu. Mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, dia terus meluru masuk dan mencari anak-anak gadisnya di dalam rumah.

Alangkah terkejutnya si bapa apabila dia membuka pintu bilik dan mendapati anaknya berusia 12 tahun dalam keadaan seluar dilondeh dan suspek berusia 27 tahun sedang melakukan oral seks.

Suspek yang terkejut dengan tindakan lelaki itu terus melarikan diri sebelum bapa mangsa membuat laporan polis.

Pihak polis telah menyoal siasat gadis-gadis berkenaan. Salah seorang daripada mereka mendedahkan bahawa itu bukan pertama kali mangsa diperlakukan seperti itu. Mangsa mendakwa, kali pertama adalah pada 25 November.

Bekas isteri lelaki itu juga enggan bekerjasama dengan pihak polis dan mendakwa dia tidak mempercayai segala dakwaan anak-anak gadisnya.

Gadis-gadis itu kemudian dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan hasil laporan mendapati tiada sebarang kesan koyakan.

Polis kini sedang berusaha mengesan suspek

Siasatan mendapati ibu bapa mangsa telah bercerai sejak 8 tahun lalu manakala suspek telah tinggal bersama dengan wanita itu sejak empat tahun yang lalu. -




0 comments:

Post a Comment