Sunday, December 6, 2015

Filled Under:

Datuk Siti Nurhaliza Tarudin berkongsi perbualan terakhirnya dengan Allahyarham Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil

siti-nurhaliza
PETALING JAYA: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin berkongsi perbualan terakhirnya dengan Allahyarham, Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Sultan Ibrahim.
Menerusi laman sosial Instagramnya, Siti Nurhaliza menyatakan beliau berbual dengan Allahyarham baginda pada Rabu lepas yang merupakan kata-kata semangat terakhir antara mereka berdua.
“Rabu lalu dan terakhir Jumaat lalu..kata2 semangatnya akan saya simpan kemas dalam ingatan dan bila teringat saya akan baca semula perbualan kamu dan video yg saya rakam,” tulis Siti Nurhaliza.
Tunku Abdul Jalil, 25, mangkat pada jam 7.11 malam pada Sabtu ekoran mengidap barah tahap empat.
Baginda adalah anak keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
Pada Oktober lalu, baginda ditauliahkan sebagai inspektor polis dan memegang jawatan berkenaan dalam Ketua Kakitangan Diraja Istana Johor.




0 comments:

Post a Comment