Friday, December 4, 2015

Filled Under:

AKHIRNYA ZURAILIE DEDAHKAN PUNCA SEBENAR BELIAU BUNUH WANITA KERANI SEKOLAH

yuyu.jpg

Muar: Penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini atas tuduhan membunuh kerani wanita sekolah agama di Bukit Pasir, Muar, di sini, bulan lalu.

Tertuduh,Zurailie Muhamad, 30, bagaimanapun hanya mengangguk faham atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Zurailie didakwa membunuh Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, di rumah di Taman Setia Kasih,Sungai Terap,di sini, antara 2.05 hingga 2.30 petang, 16 November lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya A Shaarmini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mohd Syafiq kemudian menetapkan 5 Januari depan untuk sebutan semula kes –HARIAN METRO

Apapun, sama-samalah kita nantikan keputusan dari pihak polis dan semoga kes ini dapat diselesaikan dengan adil.




2 comments:

  1. Tajuk selalu x kena ngan penerangan...x habis2 nak cari publisiti murahan...nak org klik baca tapi tertipu...puuiii

    ReplyDelete
  2. Dah mana puncanya?? Bongok..tajuk ke laut...

    ReplyDelete