Thursday, December 31, 2015

'Dia Suruh Saya Drive Ke Tempat Yang Sunyi'

Gambar - cikselampit.blogspot.com

Dulu selepas PLKN, bapa aku suruh ambil lesen memandu. Sewaktu daftar, aku memohon guru perempuan. Hari pertama cikgu perempuan mengajar dan hari kedua, separuh masa cikgu lelaki mengajar sebab ada seorang cikgu lelaki ini menawarkan diri untuk mengajar aku. 

Aku memang tak nak cikgu lelaki tetapi cikgu yang perempuan ini macam ada hal penting pada waktu itu. Jadi aku terima saja walaupun berat hati. 

Cikgu lelaki ini terus suruh aku drive, dia bawa aku keluar daripada litar driving school itu. Mujur aku well versed tempat yang dia bawa aku itu, dia bawa ke tempat yang sunyi, memang tak ada orang kalau waktu kerja. Tempat itu jauh daripada taman perumahan, jauh dari pekan. Tempat itu seperti tempat riadah/jogging. Aku memang sangat berhati-hati, korang boleh panggil aku paranoid tetapi aku memang diajar untuk over-protective pada diri sendiri. 

Nak dijadikan cerita, dia suruh aku drive sampai ke dalam tempat itu. Aku tahu kalau jadi apa-apa memang aku tak selamat. Jadi aku buat-buat terbabas ke tepi sikit dalam perjalanan itu. Cikgu itu bagi kata-kata semangat kononnya aku boleh drive dan boleh cuba dan teruskan lagi.

Cikgu itu nampak macam baik tetapi...

Aku pun drive semula ke atas jalan raya. Dia pun tiba-tiba buka cerita. Dia tanya umur aku, tinggal di mana, SPM dapat berapa semua, soalan-soalan biasa. Then dia tanya aku dapat sambung belajar di mana, aku jawablah UIA. Dia pun mula buka cerita dan tanya sama ada ku nak tahu tak rahsia tentang UIA ini?

Dia pandang muka aku yang tengah fokus drive. Pandangan yang creepy, aku iyakan saja. Dia pun beritahulah yang UIA ini ramai budak-budak gay dan lesbian.

"Saya bukan nak tipu awak, cuba awak dengar cerita saya dulu," katanya yang sebelum ini membahasakan dirinya sebagai cikgu tiba-tiba membahasakan dianya Saya. 

Selepas itu dia mula bercerita tengan perkara yang tidak senonoh, yang tidak sepatutnya dibualkan dengan perempuan. Aku baca ayat kursi banyak-banyak dan Allah kuatkan aku untuk potong cerita dia. Aku ajak cikgu itu patah balik, Alhamdulillah dia okay saja dan tak ada apa-apa yang terjadi pada aku.

Aku tak pernah cerita pada mak bapa aku tentang hal ini sebab aku tak nak mereka risau. Ini fikiran aku di waktu aku berumur 18 tahun dulu. Korang tahu tak yang aku bukan orang pertama. Aku ada dengar cerita yang orang report dia pernah meraba pelajar di situ. Cuma pihak driving school tak boleh buang dia sebab tiada bukti. 

Bila aku masuk UIA, dua orang kawan aku yang dah ambil lesen menceritakan yang mereka pernah kena raba dengan cikgu memandu sewaktu mereka mengambil lesen memandu. Tetapi mereka tidak pernah mengadu pada sesiapa. Bila mereka mengadu perkara itu pada pihak sekolah memandu, cikgu itu masih tidak ditahan sebab tiada bukti.

Perkara ini bukan berlaku di driving school saja, banyak lagi tempat yang korang tak tahu. Perempuan-perempuan yang jadi mangsa raba diorang ni. Diorang sentuh paha waktu tengah brake, kononnya suruh kita berhati-hati. Pegang tangan kita waktu kita memandu, kononnya nak mengajar. Selak kain kita untuk tengok kita pakai kasut apa. Diorang ambil kesempatan di atas kapasiti kita sebagai pelajar baru.

Aku harap ibu bapa di luar sana, prihatin waku menghantar anak-anak anda ke sekolah memandu. Aku tahu ramai cikgu lelaki yang mengajar memandu. Tetapi usahakan kalau boleh dapatkan cikgu perempuan. Sekolah memandu dan pihak polis mungkin boleh usahakan sesuatu supaya nanti nasi tidak menjadi bubur.

Aku nasihatkan pada pelajar-pelajar perempuan, bawalah senjata apa-apa saja dan letak di tempat yang senang nak capai. Aku cadangkan korang pakai handsocks dan letak pisau kecil dalam handsock kau sebelah atas tangan (bukan di tempat nadi). Kalau terjadi apa-apa, at least kau boleh ugut cikgu gatal itu dengan pisau tetapi janganlah sampai terbunuh cikgu-cikgu gatal ini. Ini Malaysia, nanti kau pula yang kena hukum gantung. - Hazel Bram 


'Pengetua Sekolah Pijak Kaki Adik Aku!'



Siang-siang dah mendidih darah aku! Alkisah, adik aku pergi sekolah nak ambil buku teks katanya. Dengan tangan berbalut, kaki retak, jari kaki berjahit, pergi ke sekolah pakai selipar. 

Datang Pengetua Sekolah Menengah B***** N***** (perempuan okay) terus pijak kaki adik aku yang sakit itu. 

Lain kali bertanyalah dulu kenapa dia pakai selipar. Bukan terus main pijak saja kaki orang. This is biadab okay! Lama pula tu dipijak. Bila adik aku kata "Sakitlah cikgu, kaki kena jahit ni,". 

Pengetua itu bagai tak percaya dan bertanya, "Mana?!"

Bila adik tunjuk luka di kaki dia, pengetua itu tengok dan terus blah. Haaa! Takut ke bopeng?! Kalau yang tua pun tak boleh belajar hormat orang, macam mana anak didik nak hormat cikgu?

Take note ye, bukan cikgu saja tetapi semua orang! Panas hati betullah. Balik-balik saja dari sekolah, dia cakap cikgu pijak kaki yang sakit. 

Lain kali bagi salam dulu sebelum terjah rumah orang ye! Dulu aku sekolah di situ juga, tetapi cikgu dan pengetua aku sangat baik! Sedih gile aku! 

Aku pun selalu bergaduh dengan adik aku tetapi bila dia sakit, sedih dowh! Bukan nak mengaibkan sekolah sendiri tetapi i is sangat pegel! 

Gambar yang pertama itu, kecederaan sebelum mendapat rawatan hari itu. Nak beritahu teruk jugalah kecederaannya, bukan luka sikit-sikit saja. - Ina Raiyan 


Inilah Syarat yang Diberikan Oleh Dato Vida Qu Puteh Sekiranya Menaja Kelantan



KOTA BHARU: Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menetapkan dua syarat kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebelum bersedia menaja badan induk itu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2016.

Dua syarat berkenaan ialah Stadium Sultan Muhammad IV ditukar kepada merah jambu dan nama baharu skuad Kelantan seharusnya didahului dengan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW).
Dr Hasmiza yang lebih dikenali sebagai Qu Puteh berkata syarat yang dituntut itu bukan saja dapat mengubah wajah pasukan Kelantan, malah yang lebih penting pasukan itu memperoleh suntikan dana untuk mengubah semula kredibilitinya.

"Soal tajaan, saya tidak kisah... Jika mereka tidak cukup perbelanjaan, saya boleh salurkan. Mereka memerlukan dana secepat mungkin dan saya bersedia membantu tetapi bersyarat.

"Syarat pertama, Stadium Sultan Muhammad IV dicat dengan warna merah jambu kerana ia dapat menghasilkan satu kelainan kepada penyokong bola sepak Kelantan.

"Kedua, nama pasukan seharusnya ditukar kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors seperti Negeri Sembilan yang menukar nama pasukan itu kepada NS Matrix.

"Biarlah kita sama-sama membangunkan pasukan Kelantan yang dulunya amat disegani oleh pasukan lain," katanya.

BH Sukan sebelum ini melaporkan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, optimis mendapatkan sebanyak mungkin tajaan bagi meningkatkan semula prestasi skuad TRW dalam saingan Liga M musim 2016.

Antara penaja yang sedia membantu ialah Vida Beauty Sdn Bhd apabila beliau mengesahkan mengadakan pertemuan dengan Dr Hasmiza Sabtu lalu bagi merealisasikan permintaan rakyat Kelantan yang mahu melihat pengeluar produk kecantikan `Qu Puteh' dan jus Pamoga itu menaja pasukan kesayangan mereka.

Mengulas lanjut, Dr Hasmiza berkata walaupun rundingan awal menemui kegagalan, pihaknya sentiasa membuka pintu kepada KAFA untuk melakukan perbincangan lebih terperinci mengenai penajaan itu.

"Dalam pertemuan sebelum ini, kami tidak melakukan rundingan secara serius sebaliknya saya hanya memberi pengenalan saja mengenai tajaan itu.

"Bagi saya permintaan KAFA tiada masalah, cuma bila saya tunaikan, mereka perlu memberi ruang kepada saya untuk melakukan sesuatu yang positif kepada pasukan.

"Saya memang terpanggil untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ini memandangkan saya berasal dari Machang, Kelantan. Saya pasti rundingan akan dilakukan lagi kerana KAFA memang memerlukan bantuan saya," katanya. - Bharian


BORANG PERMOHONAN BR1M 2016 DAN PENDAFTARAN ONLINE PEMOHON BARU MELALUI EBR1M

Permohonan BR1M 2016 online
Kerajaan terus menunjukkan keperihatinan terhadap rakyat apabila meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) malah jumlah bantuan itu dinaikkan dan akan dinikmati oleh golongan sasar mengikut syarat kriteria ditetapkan

Kenaikan kadar BR1M bagi tahun 2016 diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2016 yang berlangsung di Parlimen pada 23 Oktober 2015

Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia yang berkelayakan terus menikmati nilai bantuan BR1M berdasarkan kriteria ditetapkan

BORANG PERMOHONAN BR1M 2016 DAN PENDAFTARAN ONLINE PEMOHON BARU MELALUI EBR1M

Berikut adalah informasi tentang syarat kelayakan kategori berserta nilai atau jumlah bantuan kewangan yang bakal diterima dan cara permohonan terutamanya kepada pemohon baru BR1M

KATEGORI ISI RUMAH
RM1,000
Status Warganegara Malaysia (Menetap Di Malaysia Sahaja)
Kriteria Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
  • Berkahwin
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang (Janda,Duda) yang mempunyai tanggungan
Warga emas (sebatang kara) berumur 60 tahun keatas

Pendapatan Kasar Bulanan
RM3,000 dan ke bawah (termasuk dengan warga emas)
Jadual Tarikh Pembayaran
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat (bulanan) pada tahun 2016

  • Ansuran Fasa 1 (28 Januari) RM250
  • Ansuran Fasa 2 (28 April) RM250
  • Ansuran Fasa 3 (23 Jun) RM250
  • Ansuran Fasa 4 (28 September) RM250
RM800
Status Warganegara Malaysia (Menetap Di Malaysia Sahaja)
Kriteria Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
  • Berkahwin
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang (Janda,Duda) yang mempunyai tanggungan
Warga emas (sebatang kara) berumur 60 tahun keatas

Pendapatan Kasar Bulanan
RM3,001 hingga RM4,000 (termasuk dengan warga emas)
Jadual Tarikh Pembayaran
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat (bulanan) pada tahun 2016

  • Ansuran Fasa 1 (28 Januari) RM200
  • Ansuran Fasa 2 (28 April) RM200
  • Ansuran Fasa 3 (23 Jun) RM200
  • Ansuran Fasa 4 (28 September) RM200

Nota
Kategori isi rumah dan warga emas layak menerima Skim Khairat Kematian yang memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000, berkuat kuasa selama setahun
Info Skim Khairat Kematian
Skim Khairat Kematian akan diberi kepada waris penerima BR1M kategori isi rumah dan warga emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2016

Maklumat waris perlu didaftarkan secara online atau manual (guna borang)
Hubungan waris dengan pemohon BR1M adalah terhad kepada suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak sahaja

KATEGORI BARU : E-KASIH
RM1,050
Status Warganegara Malaysia (Menetap Di Malaysia Sahaja)
Kriteria Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
  • Berkahwin
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang (Janda,Duda) yang mempunyai tanggungan
Nota: Untuk layak menerima bantuan bagi kategori e-kasih maklumat penerima mesti berada dalam pangkalan data senarai e-Kasih (Data Kemiskinan Nasional)

Pendapatan Kasar Bulanan
RM1,000 dan ke bawah (termasuk dengan warga emas)
Jadual Tarikh Pembayaran
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat (bulanan) pada tahun 2016

  • Ansuran Fasa 1 (28 Januari) RM250
  • Ansuran Fasa 2 (28 April) RM250
  • Ansuran Fasa 3 (23 Jun) RM300
  • Ansuran Fasa 4 (28 September) RM250

KATEGORI INDIVIDU BUJANG
RM400
Status Warganegara Malaysia (Menetap Di Malaysia Sahaja)
Kriteria Individu (bujang)
  • Berumur 21 tahun ke atas

Pendapatan Kasar Bulanan
RM2,000 Ke bawah
Jadual Tarikh Pembayaran
Bayaran sekali gus bermula 28 Januari 2016
Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2016 bagi kategori Bujang


JADUAL TARIKH AGIHAN PEMBAYARAN BR1M 2016

Tarikh Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2016

Agihan tarikh pembayaran BR1M tahun 2016 adalah tertakluk kepada perubahan. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dengar kadar segera

BORANG PENDAFTARAN ONLINE DAN MANUAL PERMOHONAN BR1M 2016 : PEMOHON BARU

Permohonan baru merujuk kepada pemohon yang pertama kali memohon BR1M dan jika menepati kriteria yang ditetapkan boleh mengemukakan permohonan
Maklumat dan butiran cara permohonan boleh rujuk kepada ruangan yang tersedia seperti berikut

Permohonan Online BR1M 2016 – Pemohon Baru
Tarikh rasmi Permohonan BR1M 2016 Dibuka

Peringatan! permohonan secara online hanya boleh dibuat dengan menggunakan komputer berikutan aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih
Pemohon dinasihatkan mencetak salinan permohonan dan perlu disimpan sebagai rujukan

5 Disember 2015, Sabtu
Tarikh Permohonan Ditutup
31 Disember 2015
Pautan Laman Sistem Borang Permohonan Dan Pendaftaran Atas Talian (Online)
Sila layariTunjuk Aplikasi ebr1m 2016 Permohonan Baru
Panduan Permohonan
Sila layariTunjukBuku PDF Panduan Cara Membuat Permohonan Baru BR1M 2016
Pautan Portal Rasmi E-Br1m
https://ebr1m.hasil.gov.my
Semakan Keputusan Permohonan BR1M tahun 2016
Sila RujukTunjukSemakan Status Keputusan Permohonan BR1M 2016 Secara Online

Penting! Sila kemukakan permohonan dengan hanya menggunakan salah satu daripada kaedah yang disediakan sama ada dengan cara online ataupun manual (guna borang) bagi mengelakkan duplikasi kandungan maklumat pemohon
Permohonan Manual (Guna Borang) BR1M 2016 – Pemohon Baru
Tarikh Borang BR1M 2016 Diedarkan 5 Disember 2015, Sabtu
Borang Boleh Didapati Melalui
  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  • Online di laman sesawang www.hasil.gov.my
Sila Muat turun (download)TunjukBorang Permohonan Baru Bantuan Rakyat 1Malaysia 2016
Info Borang yang telah diisi dan dilengkapkan dengan sempurna hendaklah dihantar ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan
Sila RujukTunjukJadual Pembukaan Kaunter BR1M 2016 Di Semua Cawangan LHDNM

Pautan Portal Rasmi E-Br1m
https://ebr1m.hasil.gov.my
Semakan Keputusan Permohonan BR1M tahun 2016
Sila LayariTunjukSemakan Status Dan Keputusan Permohonan BR1M 2016

Bagaimana Dengan Penerima BR1M Terdahulu?
Penerima BR1M sedia ada, maksudnya sudah disahkan layak atau pernah menerima BR1M sebelum ini tidak perlu mendaftar lagi untuk yang terbaharu ini
Bagaimanapun perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank dan maklumat lain yang berkaitan dengan tepat
Saranan bagi tujuan pengemaskinian adalah untuk melancarkan atau memudahkan proses penyaluran bantuan kepada penerima berdasarkan maklumat rekod terkini
Selain itu, penerima yang tidak memberikan maklumat nombor akaun bank pada permohonan lalu, disyorkan memberikan maklumat akaun bank pada BR1M 2016 melalui sistem kemaskini bagi memudahkan dan mempercepatkan penyaluran bantuan
Sila rujukTunjukMaklumat Dan Cara kemaskini BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia
Disyorkan
Pemohon baru dan penerima BR1M sebelum ini yang tidak memiliki akaun bank dinasihatkan membuka akaun di cawangan bank berhampiran

Saranan itu bertujuan supaya penerima BR1M yang memiliki akaun bank tidak lagi perlu beratur panjang menerima bantuan kewangan itu kerana wang akan disalurkan terus ke akaun bank penerima mengikut peringkat pembayaran
Langkah ini juga mempercepatkan penyaluran bantuan kepada penerima di masa depan

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan
Pemohon atau penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) serta emel ke [email protected]
Berhubung terus ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan
FAQ : Soalan Lazim Dan Jawapan (Bantuan Rakyat 1Malaysia 2016)
TunjukPermohonan Baru Dan Kemaskini BR1M 2016
TunjukPengisian Maklumat Waris BR1M 2016
Respon Permohonan
Notis dan surat makluman lulus atau gagal akan diposkan kepada pemohon mulai minggu terakhir bulan Januari 2016
Bagi setiap permohonan yang berjaya pembayaran akan dibuat secara berperingkat mulai 28 Januari 2016
dikemaskini logo18 Disember 2015, Jumaat (Kemaskini info terkini)


Update Isu Culik: Gadis Ikut Boyfriend Selama Seminggu, Hanya Lakonan



Selamat Tahun Baru 2016, admin ingatkan tk nak marah2, tp di awal tahun baru ni admin mmg rasa nak maki budak bernama Nur Amirah ni, mmg cela%a nya budak..penipu..
Untuk pengetahuan dan makluman semua, budak nama amirah tu sudah berjaya ditemui oleh sepasukan pasukan khas yg dibentuk, dia didapati telah keluar dengan TEMAN LELAKI YANG BARU DIKENALI selama seminggu dan ikut tidur dirumah suspek.
So sekarang kita sendiri tahu bagaimana manipulasi emosi memainkan peranan bagi mengiyakan sesuatu tindakan.
Mmb ba alip ba ya Nur Amirah...ba alip ba ya kau ni..
Menyusahkan polis dan orang ramai

Nur Amirah Atirah yang di pecayai di culik sekumpulan van putih adalah tidak benar sama sekali.

P/S :: Sama2 kita nantikan laporan rasmi nanti

SUMBER

Selamat Tahun Baru 2016, admin ingatkan tk nak marah2, tp di awal tahun baru ni admin mmg rasa nak maki budak bernama...
Posted by Pertubuhan Anak Polis Malaysia - PAPM on Thursday, December 31, 2015


Anak Bekas Peserta Gegar Vaganza 2 Ditangkap Curi Motosikal



PUTRAJAYA: Anak kepada bekas peserta peringkat separuh akhir program realiti Gegar Vaganza 2 ditangkap kerana terlibat dalam kes kecurian motosikal di sini baru-baru ini.

Remaja berusia 16 tahun itu ditangkap pihak polis bersama seorang lagi rakannya yang berusia 18 tahun.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan mengesahkan penangkapan anak penyanyi wanita popular era 80-an itu dan kedua-dua tertuduh telah pun dihadapkan ke mahkamah pada Isnin lalu.

"Kedua-duanya telah dituduh pada Isnin lalu di Mahkamah Majistret Putrajaya di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.

"Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan perbicaraan ditetapkan pada Febuari depan," katanya.

Rosly berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis serah tugas Timbalan Ketua Polis Putrajaya, Supritendan Mak Pak Chuai yang bersara pada Khamis, kepada Pemangku Timbalan Ketua Polis Putrajaya, Deputi Supritendan Rudy Abdullah.

Tambah Rosly, kedua-dua remaja berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis.

Mengenai kes jenayah di Putrajaya sepanjang 2015, Rosly berkata sehingga 21 Dis, indeks jenayah di daerah ini turun sebanyak 5.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Sementara 37.5 peratus daripada kes yang ditangkap dituduh di mahkamah, katanya.

Beliau berkata tahun depan, kerjasama antara polis dan komuniti setempat akan ditingkatkan untuk menjadikan Putrajaya sebagai daerah yang sejahtera dan selamat tercapai. - BERNAMA


Wednesday, December 30, 2015

Inilah 2 Pemain Bintang Kelantan Yang Sah Bersama Kedah Musim Depan


Ahmad Fakri Saarani dan Amar Rohidan telah tandatangani kontrak bersama Kedah pada musim depan..

Sumber : Dayne Azmin


Penjelasan Terperinci Kes Zulkefli - Ramai Salah Faham Undang2 Pertahankan Diri



"Apa ni? Tuan rumah bunuh pencuri, tuan rumah yang kena hukum? Malaysia Bolehland! Yang pencuri diangkat, yang mempertahankan diri pula kena hukum!"
1) Ramai yang salah faham dengan undang-undang Mempertahankan Diri.

Contohnya lah kan, pencuri masuk ke rumah kau. Lepas tu kau tersedar ada pencuri, kau pun ambil pisau, lepas tu tikam bertubi-tubi pencuri tu sampai mati.

2) Kau akan didakwa atas tuduhan membunuh tak?

Ya. Kau akan didakwa.

Tapi, ia hanya pendakwaan. Pendakwaan bukan hukuman. Mahkamah panggil kau bagi keterangan sebab kau dah mengambil nyawa seorang manusia.

3) Jadi, masa kau sedang dibicarakan, kau akan berhujah bahawa tindakan kau membunuh pencuri tu sebab kau nak pertahankan diri. Kau cakap kau pertahankan diri, sebab kau nak yakinkan bahawa, yang kau tak bersalah bunuh pencuri tu.

Tapi...

4) Mahkamah akan persoalkan, adakah tindakan membunuh itu setara dengan tindakan pencuri tu?

Mahkamah akan persoalkan juga, sebab apa kau tikam? Kenapa tak pengsankan? Kenapa tak tikam bahagian kaki je supaya dia tak lari?

Kemudian dipersoalkan pula adakah kau bunuh dia dengan niat yang baik? Kalau memang sebab dendam, atau kau baru tahu yang dia bekas pakwe crush kau, memang mahkamah tak layan.

Ok, tu satu hal..

5) Lagi satu hal, adakah tindakan kau tu adil?

Secara ringkas, definisi pencuri dan perompak sebenarnya agak berbeza. Pencuri kebiasaanya niatnya adalah untuk mengambil harta seseorang tanpa izin secara sembunyi-sembunyi. Jadi kalau pencuri masuk ke rumah kau tanpa bawa apa-apa senjata. Tapi kau, tikam dada dia berkali-kali,sampai dia mati. Malah, pencuri tu sebenarnya masuk ke rumah kau semata-mata nak curi barang. Pencuri tu tak buat apa-apa pun yang melibatkan nyawa tapi kau pulak bunuh dia.

Kalau pencuri tu mati, kau kena berusaha untok buktikan tindakan kau bunuh pencuri tu semata-mata nak pertahankan diri sahaja. Kau kena berusaha buktikan kalau kau bunuh sebab nak pertahankan diri dan harta kau.

Kalau kau dapat buktikan yang kau membunuh untuk pertahankan diri, tetap ada kemungkinan untok kau didakwa atas kesalahan membunuh tapi dibawah kategori membunuh dengan tidak sengaja atau tanpa niat.

Jadi pointnya adalah kau tetap akan dihukum tapi bukan dihukum gantung.

6) Kalau kau bunuh orang, ada 3 sahaja hukuman yang akan kau hadapi.

i- Kalau bunuh dengan sengaja, dengan senjata yang boleh membunuh, dan tindakan kau tu memang secara logiknya boleh membunuh, baru kau akan dihukum mati di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Yang ni, memang betul-betul nak hukum pembunuh.

ii- Kalau bunuh dengan sengaja atau tak sengaja, dengan senjata yang susah nak bagi kematian, tapi orang tu mati jugak, kau akan dihukum penjara seumur hidup, atau penjara lebih 20 tahun, di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

iii- Kalau bunuh dengan sengaja atau tak sengaja, untok pertahankan dirinya, diprovokasi atau pergaduhan mengejut, juga akan dihukum penjara, tetapi mengikut budi bicara mahkamah.

7) Yang penting, kalau kau dah bunuh orang, kau wajib dihukum. WAJIB. Kau ikutlah hukum apa pun, malah hukum Islam pun, kalau kau ambil nyawa orang, kau akan dihukum.

Tapi hukuman tu berbeza-beza, macam yang aku senaraikan tadi.

8) Definisi perompak pula sememangnya bersenjata dan menyerang untuk merampas harta, membunuh atau menakutkan dengan cara terang-terangan. Kalau dia memang dah hala pisau ke arah keluarga kau dan kau YAKIN dia memang akan bunuh mereka, kau tiada pilihan selain daripada bunuh perompak tu atau cederakan perompak tu atas alasan mempertahankan diri. Kalau tak bunuh, perompak tu akan bunuh family kau.

Yang ni, mahkamah akan pertimbangkan, untok lepaskan kau. Tapi ingat, kau kena buktikan yang perompak tu betul-betul ancam nyawa kau. Kalau tak terbukti, susah la kau.

Tu sebab kena pilih Lawyer yang betul-betul power, supaya boleh buktikan benda-benda ni.

9) Kalau pencuri masuk, lepas tu kau pukul dia. Dia tak mati, tapi dia cedera parah. Kemudian, pencuri tu saman kau. Boleh tak?

Boleh. Memang boleh.

Hak nak menyaman ni semua orang boleh buat. Tapi tetap keputusannya semua bergantung kepada budi bicara dan timbang tara mahkamah.

Dan kau akan berhujah bahawa tindakan kau pukul pencuri sebab nak pertahankan diri.

Sekali lagi, mahkamah akan tengok sama ada tindakan kau pukul dia ni setara atau tidak?

Adil atau tidak?

Kalau pencuri tu dah lari, tapi kau kejar jugak dan langgar pakai kereta sampai lumpuh satu badan pencuri tu, benda ni tak setara. Jadi, senanglah pencuri tu ada sebab nak saman kau.

Tapi..

10) Kalau betul tindakan kau tu setara dan adil, contohnya kalau kau tak pukul pencuri tu, pencuri tu akan bunuh kau, mahkamah akan lepaskan kau dan pencuri tu tak boleh saman.

Tapi ingat, tindakan kau tak boleh melampau-lampau. Kalau tak mahu dia lari, boleh guna apa sahaja benda yang tak mencederakan secara teruk.

11) "Undang-Undang sekular ni tak adil! Kalaulah hudud dijalankan, mesti tak jadi camni!"

Rileks beb.

Kalau hukum Hudud ada pun, memang tak boleh settle benda ni.

Sebab apa?

Kau kena faham, Hudud ni cover 8 jenayah je.

Bab bunuh-bunuh ni, semua under hukum Qisas.

Haaa.. Tengok tu, nak condemn undang-undang tapi sendiri tak faham undang-undang.

12) Dalam hukum Qisas pun, kau bunuh orang, akan dihukum. Kalau pun hukum Islam dilaksana kan, tetap juga cara mahkamah tengok kes kau, sama macam hukuman sivil.

Mahkamah hukum Islam ini akan persoalkan sama ada adil atau tidak tindakan kau bunuh pencuri yang masuk rumah kau. Kalau tak adil dan tak setara, kau akan dihukum.

Ingat, apa-apa hukuman kat dunia ni, once kau dah ambil nyawa orang, kau wajib dihukum cuma berbeza-beza hukumannya ikut niat kau.

13) Sama macam hukum Islam, tetap juga akan mahkamah tengok tindakan dan niat kau. Hukumannya mungkin berbeza dengan hukum Sivil, tapi cara nak cari salah tu sama.

14) "Dah tu, pencuri masuk, kena bentang karpet merah semualah? Kena sambut dan bagi minum-minumlah kan? Macam tu?"

Bukan bang.

Kalau pencuri masuk, kau boleh je buat sesuatu untok hentikan pencuru tu. Kalau berani, lawan. Kalau tak berani, menyorok.

Kalau lawan, jangan melebih-lebih sangat lawan dan pastikan setimpal. Sebab yang nak menjawabnya kat mahkamah nanti tu kau. Asalkan pencuri tu tak boleh lari, sama ada kau ikat kaki atau pengsankan, itu dah cukup baik. Jangan belasah macam nak gila sampai mampos pencuri tu. Nanti kau yang susah.

15) Kenapa hukumannya jadi macam ni?

Sebab:

i- Nak bagi keadilan. Tuhan marah kalau kita tak adil. Memanglah pencuri tu wajib dihukum. Tapi bukan dihukum dengan bunuh atau dibelasah sampai lumpuh. Jadi, kalau pun kita nak pertahankan diri, jangan lupa berlaku adil.

ii- Tak nak ada orang ambil kesempatan. Contohnya lah kan, kau benci dengan member kau. Satu hari dia datang rumah, lepas tu kau bunuh dia. Then kat mahkamah, kau cakap yang kau bunuh dia sebab nak pertahan diri sebab dia mencuri.

Camtu senang la bang oi. Jadi, mahkamah perlu make sure yang kau betul-betul takdak mens rea (niat jahat buat jenayah).

16) "Eleh...Tapi camne nak cerita yang pemimpin curi duit rakyat tak kena hukum dan ahli politik buat jenayah terlepas? Tapi rakyat biasa buat, kena hukum pulak! Haaa? Adil sangat ke?"

Serius, bang. Part ni bukan bidang kuasa aku. Tapi Islam kata dah, Hakim yang tak adil ni confirm jadi ahli neraka.

Kalaupun ada keputusan mahkamah yang tak adil, aku sendiri pun marah. Tapi kita pun tak tahu kalau sebenarnya kes tu kekurangan bukti atau ada sebab yg meragukan sehingga menyebabkan hakim jatuhkan hukuman sebegitu rupa. Tapi kalau memang betul tak adil, maka masuklah hakim tu ke dalam neraka.

17) Harapnya kau sebarkanlah benda ni. Sebab ramai antara kita yang tak faham, dan kalau tak faham, banyak fitnah berleluasa terutamanya daripada kita sendiri.

Copy Paste dari page-- Mufarwa Farid


Inilah Respon Mengejutkan Paulo Rangel Apabila Ditanya Kenapa Beliau Berminat Menyertai JDT



" Tiada kelab atau persatuan yg lebih hebat & professional seperti JDT. JDT memiliki potensi besar, dan segala-galanya ada di sini. " -Paulo Rangel.



Sah! Inilah 8 Pemain Bintang Yang Akan Menyertai Kuala Lumpur Untuk Musim 2016





SAH! KLFA akan dibarisi antaranya Rasyid Aya, Azlan Zainal, Thamil, Helmi Remeli, Khyril Muhymeen, Fadhil Hashim, Isma Aliff & Badrul Zaman.


VIDEO!! Ibu Mangsa Culik Tampil Dedahkan Pekara Sebenar Apa Yang Barlaku Kepada Anaknya




Perkembangan kes culik budak 14 tahun
Posted by Wartawan jalanan on 30hb Disember 2015


TERKINI..!! Penjelasan Polis Selangor Isu Gadis Kena Culik



PENJELASAN SEBARAN VIRAL BERKAITAN KEJADIAN REMAJA BERUMUR 14 TAHUN DILARIKAN OLEH VAN PUTIH.
1. Polis Kontinjen Selangor dengan ini mengesahkan ada menerima laporan polis mengenai kehilangan seorang remaja perempuan berumur 14 tahun di kawasan Klang Utara pada 28.12.2015 jam 8.20 malam, yang telah tersebar viral dalam laman media sosial Facebook.

2. Pada 28/12/2015 lebih kurang jam 8.20 malam, pihak polis telah menerima satu laporan polis yang dibuat oleh ibu (pengadu) remaja perempuan tersebut bersabit kehilangan anaknya itu. Pengadu menyedari ketiadaan anaknya itu sejak 27/12/2015 lebih kurang jam 2.30 petang dan anaknya itu dikatakan tidak pulang ke rumah sehingga laporan polis dibuat. Walaubagaimanapun, pada peringkat awalnya, mangsa masih boleh dihubungi oleh ibunya (pengadu) menerusi telefon bimbit dimana anaknya itu memaklumkan bahawa beliau telah keluar untuk berjumpa rakannya.
3. Siasatan awal oleh pihak polis menerusi seorang saksi iaitu adik kepada remaja perempuan tersebut, mengesahkan bahawa kali terakhir beliau dilihat adalah bersama seorang lelaki Cina, yang di percayai teman lelakinya iaitu pada 27/12/2015 lebih kurang jam 7.00 malam di sebuah kedai makan di Muara Ikan Bakar di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang.

4. Siasatan polis selanjutnya mendapati remaja perempuan tersebut memang sering keluar rumah untuk berjumpa dengan rakannya. Beliau juga pernah beberapa kali pulang lewat ke rumah tetapi tidak pernah melarikan diri dari rumah dan beliau tidak mempunyai masalah serius dengan ahli keluarganya
.
5. Namun, pada 29/10/2015 lebih kurang jam 7.30 malam, ibu remaja berkenaan (pengadu) telah menerima panggilan telefon daripada anaknya itu yang memberitahu bahawa beliau telah dilarikan oleh 2 orang lelaki India yang tidak dikenali semasa beliau dalam perjalanan pulang ke rumah.Remaja tersebut juga memberitahu bahawa beliau telah dibawa ke sebuah gudang dengan menaiki sebuah van warna putih.

6. Sehubungan itu, pihak polis telah menubuhkan satu pasukan penyiasat untuk menjejak dan mengesan lokasi remaja tersebut.Kes ini diklasifikasikan sebagai kes culik di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan siasatan serta operasi untuk mengesan remaja tersebut sedang giat dijalankan oleh pihak polis.

7. Justeru, pihak polis meminta kerjasama semua pihak agar tidak membuat spekulasi yang boleh menggugat keselamatan remaja tersebut.Orang ramai juga diminta menyalur sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan polis kepada mana-mana balai polis yang berhampiran atau hubungi terus Pegawai Penyiasat Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Polis Klang Utara, ASP Burhanuddin bin Mustafa ditalian 019-3829212 atau Pegawai Penyiasat, Insp.Ahmad Tarmizi bin Umar di talian no 013-3430150.

CP Dato Abdul Samah bin Hj.Mat.
KETUA POLIS SELANGOR.
30 December 2015.


Tahniah! Kepada Bintang Filem Polis Evo Shaheizy Sam Yang Dikhabarkan Sudah Berkahwin



KUALA LUMPUR: Bakat baharu, Syatilla Melvin, yang pernah dikaitkan menjalin cinta dengan pelakon popular, Shaheizy Sam, mengakui terkejut dengan gosip yang menyatakan jejaka itu sudah mendirikan rumah tangga dalam satu majlis tertutup, baru-baru ini. Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirul Melvin, 24, berkata, beliau hanya mampu mendoakan kebahagiaan bintang Polis Evo itu sekiranya apa yang hangat diperkatakan itu benar. 

Meskipun pernah dikaitkan dengan Sam, Syatilla mengakui, mereka sudah tidak lama berkomunikasi disebabkan sibuk dengan urusan kerjaya masing-masing. "Kali terakhir saya berkomunikasi dengan Sam pada bulan lalu. Saya belum berkesempatan untuk bertanyakan dirinya mengenai gosip yang diperkatakan ini. "Mengenali Sam sebagai seorang yang gemar berahsia, tidak mustahil jika gosip ini sesuatu yang benar. 

"Namun, saya tidak dapat memastikan kesahihannya kerana hanya mengetahuinya selepas dihubungi wartawan. Jika benar seperti yang diperkatakan, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik. "Tetapi apabila difikirkan semula, saya akui agak kelakar apabila timbul cerita sebegini. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba ada pihak mendakwa dia sudah berkahwin. Saya sudah lali dengan cerita begini kerana ia bukan pertama kali timbul," katanya kepada BH Online. Bagi Syatilla, lebih baik menunggu kenyataan rasmi empunya badan daripada terus membuat spekulasi yang hanya mengundang pelbagai masalah lain. "Lumrah anak seni apabila sering terpalit dengan kontroversi dan cerita sensasi. Saya mohon mereka yang di luar sana supaya jangan terlalu mudah percaya dengan setiap khabar angin yang timbul. Tunggu sehingga tuan punya badan sentiasa mengiyakan kesahihan cerita itu," tegasnya. Terdahulu, ibu Sam iaitu pelakon, Khaty Fauziah menafikan dakwaan anak lelakinya itu sedang membuat persiapan perkahwinan. Bagaimanapun, beliau tidak terkejut dengan gosip itu kerana ia bukan kali pertama tersebar. Syatilla juga bersyukur kerana keluarganya memahami asam garam kehidupan anak seni dan tidak mudah melatah dengan setiap kontroversi yang melanda dirinya. Beliau menegaskan, masyarakat di luar sana juga harus mengambil pendekatan yang sama dan tidak mudah percaya dengan khabar angin. Dalam perkembangan terkini, Syatilla sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Sha dan Shah arahan Eyra Rahman. Drama 16 episod itu turut menampilkan Kamal Adli, Shima Anuar dan Nina Iskandar dalam barisan pelakon.



Tuesday, December 29, 2015

Ini Gambar Nazim Othman Semasa Sakit Yang Anda Belum Pernah Lihat



Pelakon Nazim Othman berasa sebak ketika mengimbas kembali koleksi foto selepas melakukan pembedahan di kepalanya pada Mac lalu.

Foto itu juga telah dikongsi oleh Nazim menerusi akaun Instagramnya malam semalam (Rabu) dengan coretan yang menggambarkan perasaannya sewaktu melihat foto tersebut.

“I cried whenever I scroll my camera roll to see this as my reminder. May Allah have mercy on us. He knows best. ( the biggest test is when we're healthy ) 

Bagaimanapun, foto yang menunjukkan wajah Nazim tersenyum selepas pembedahan selesai membuatkan peminat kagum dengan semangat aktor itu melawan kesakitannya.

Sehingga kini foto tersebut telah mendapat hampir 38 ribu ‘likes’ selain dihujani dengan ucapan-ucapan peminat yang mendoakan kejahteraan pelakon kesayangan mereka.

Sebelum ini Nazim pernah memuat naik gambar parut pembedahan di kepalanya menerusi akaun Instagram namun tidak memberi sebarang penjelasan mengenai masalah kesihatannya pada ketika itu.


GEMPAR..!!! Selepas 12 Hari Jururawat HILANG..Pasukan Penyelamat Akhirnya Buat Keputusan MENGEJUTKAN..!!!

sumber : http://www.datangbulanke.com/


Kerana Selamatkan Keluarga, Lelaki Ini Di Hukum Gantung Sampai Mati Kerana Membunuh Perompak



Jika pada tahun 2010 lalu masyarakat digemparkan dengan kes Kalaichelvi, dimana beliau telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun kerana membunuh tanpa niat apabila telah memukul seorang lelaki yang cuba merogolnya sehingga mati.

Kes berkenaan ternyata mengundang simpati banyak pihak kerana ada antara mereka menganggap hukuman itu adalah tidak wajar kerana dia cuba mempertahankan dirinya.

Terbaru, satu kes yang menjadi bualan netizen yang membuatkan mereka tertanya-tanya adakah peristiwa lama berulang kembali?

Dua minggu lalu berlaku di Terengganu, seorang lelaki bernama Zulkifli yang tinggal di sebuah kampung bernama Labuhan di daerah Kerteh dilaporkan telah menikam mati seorang perompak yang merompak rumahnya sendiri untuk mempertahankan diri dan melindungi keluarganya.

Tahukah anda, Zulkifli telah ditahan reman selama 14 hari dan disiasat bawah siasatan seksyen 302 Kanun Keseksaan, kemudian ditukar pada 304 membunuh tanpa niat beliau dan dibenar ikat jamin sebanyak RM15,000.

Pada 27 November lalu, berita yang kami petik dari Facebook Selamatkan Zulkifli  memberitahu bahawa  mahkamah telah memutuskan Encik Zulkifli ditahan semula dengan dua pertuduhan bagi kes tersebut.

Berdasarkan makluman di page berkenaan, Ahad lalu keluarga nyata terkejut apabila kes tersebut telah kembali disebutan bawah 2 pertuduhan iaitu 302 dan 326 di mana dibawah 302 membolehkan pesalah ditahan semula tanpa ikat jamin sedangkan RM15.00 telah dibayar sebelum ini sebagai ikat jamin selepas kes bertukar ke 304.

Dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati, manakala tuduhan kedua pula di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan. Encik Zulkifli juga tidak dibenarkan untuk diikat jamin.

Memetik laporan The Malaysian Insider, Zulkifli berumur 50 tahun dimana beliau mempunyai 3 anak dan anak keduanya pula yang berumur 8 tahun menghidap autisme sedang melalui proses rawatan.

Sehingga kini pertuturannya tidak jelas dan keluarga ini tidak mampu mendapatkan rawatan berkala buat anak ini kerana hospital yang menyediakan rawatan fisioterapi autisme terletak 120 kilometer dari rumah mereka.

Beliau juga dilaporkan adalah seorang yang tidak berada dimana rumah mereka amat kecil dan hanya memerlukan tidak sampai 10 langkah sudah sampai ke pintu belakang.

Namun ia tidak menghalang keluarga ini untuk hidup bahagia dengan mengamalkan kehidupan bergama.

Namun kini penghalang untuk kehidupan keluarga bahagia ini ialah ketua keluarga mereka, Zulkifli ditahan dalam lokap berpanjangan dan dianggap penjenayah.

Menurut isteri Zulkifli, Puan Zaimah, beliau kini tidak mampu untuk berniaga sarapan pagi seperti kebiasaan kerana terganggu dengan kes ini yang menyebabkan ekonomi keluarga terjejas selain ada segelintir mulut jahat yang menghina suaminya sebagai pembunuh membuatkan beliau lebih selesa berkurung bersama 3 anaknya dalam rumah sempit itu.

Cerita Zulkifli mengenai waktu kejadian kepada wakil Parti Sosialis Malaysia yang kami petik dari The Malaysian Insider, rupanya rumah Zulkifli dan masyarakat sekitar kerap dimasuki pencuri dan perompak dari kalangan penagih dadah. Malah ketika reman berlangsung beberapa kabel eletrik rumah ini dicuri pencuri lain.

Disebabkan itu mereka sangat berwaspada andai kelihatan orang mencurigakan mendekati kawasan rumah mereka. Ketika hari kejadian Zaimah melihat ada dua orang lelaki menaiki sebuah motorsikal dalam keadaan mencurigakan melalui jalan menuju ke rumah mereka. Ketika itu Zaimah dan Zulkifli berada di warung kecil sarapan pagi mereka sekitar 300 meter dari rumah mereka.

Zulkifli mengikuti dengan berhati-hati dan ternyata motorsikal itu berhenti di rumahnya. Pembonceng motosikal turun dan mula mengumpil generator sebelah dinding rumahnya manakala seorang lagi berjaga-jaga di atas motorsikal.

Ketika mereka melihat Zulkifli sampai lelaki pertama yang berada di atas motorsikal meluru pada Zulkifli dengan membawa satu objek dipercayai besi untuk memukul Zulkifli, beliau tanpa berlengah terus mengeluarkan parang kecil yang digunakan untuk memotong ayam di warung setiap hari dan berjaya menikam lelaki pertama. Lelaki kedua pula berlari ke arahnya dan sekali lagi Zulkifli berjaya menikam di bawah bahu lelaki tersebut.

Lelaki pertama kemudiannya cuba melarikan diri dengan motorsikal. Lelaki kedua juga berlari menyeberang jalan dengan harapan sempat menaiki motorsikal tersebut namun apabila sampai pada pembahagi jalan lelaki kedua rebah dan mati di tempat kejadian. Zulkifli kemudian terus serahkan diri ke Balai Polis Kerteh. Lelaki pertama ditahan pihak polis ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Hanya satu tikaman, di kawasan perkarangan rumah, yang tikaman itu sendiri tidak disangka akan mengakibatkan kematian demi mempertahankan diri dan harta maka Zulkifli pula bakal dilihat sebagai penjenayah berdasarkan tafsiran undang-undang kini?

Bagaimanakah nasib keluarga ini jika Zulkifli dihukum mati atau dipenjara?

Malah menurut Zulkifli beliau hanya akan mewakili dirinya sendiri kerana tidak mampu untuk mengupah peguam.

"Tiada apa perlu diselindungkan, saya akan cerita sebiji-sebiji apa yang berlaku, Allah saksi saya dan saya teringin nak tanya pihak pendakwaraya atas alasan apa ingin dikemukakan beliau di mahkamah Allah nanti kerana mendakwa saya atas hak saya sendiri?"  katanya.

https://m.facebook.com/selamatkanZulkifli/



Teksi Palsu Di Kesan Di Sekitar KL dan Selangor : Rogol Wanita Dan Rakam Video..Mangsa Pertama di Dedahkan

Teksi Palsu Di Kesan Di Sekitar KL dan Selangor : Rogol Wanita Dan Rakam Video..Mangsa Pertama di Dedahkan.
Sasaran mereka adalah wanita. Memberi tawaran percuma untuk setiap wanita yang sudi naik ke 'teksi'nya itu. Namun, di dalam teksi tersebut tersedia seorang jururakam dan seorang 'pelaku sekss'. Hati-hati bagi semua wanita. Teruskan bacaan untuk mendengar luahan seorang mangsa penangan 'Fake Taxi' ini.
p/s : Mohon google bagi mereka yang tidak tahu apa itu 'Fake Taxi'




Hati2 orang KL..terutama perempuan..rogol dan rakam..

‪#‎YahudiLahanat‬
‪#‎FakeTaxiMalaysia‬




SUMBER


Akhirnya TMJ Buka Mulut Dedahkan Perkara Sebenar Ambil Paulo Rangel Ke JDT



Wartawan: Ampun Tunku, kenapa Tunku ambil Paulo Rangel?
TMJ: Saya memberikan kuasa dan ruang sepenuhnya kepada pengurus kita, Mario Gomez, dan menyokong sesiapa sahaja yang beliau mahu serapkan ke dalam pasukan. Sekiranya ianya berhasil, sudah bagus. Sekiranya tidak berhasil, ubahlah. Hidup ini mudah, jangan sulitkan keadaan.
Wartawan: Tunku, saya kadangkala mengikuti komen dan pandangan di media sosial. Terdapat pelbagai reaksi daripada penyokong bolasepak. Ada yang mengatakan bahawa JDT tidak pernah membangunkan bakat muda. Apa komen Tunku?
TMJ: Ada benarnya kita belum membangunkan bakat muda selain Shafiq Saharudin dan Fazly Mazlan. Kita perlu membangunkan lebih banyak bakat muda pada masa akan datang. Kita adalah kelab yang mempunyai cita-cita besar. Saya sentiasa berterus terang. Keutamaan kita memang untuk pembangunan bakat, tetapi jika terdapat pemain yang bagus, kita akan membelinya. Itu bukan rahsia. Tidak kira dari mana sekalipun, kita tidak kisah. Kita sebuah kelab yang mahu memantapkan skuad, itu sahaja.
Wartawan: Tunku, sesetengah orang mengatakan bahawa Tunku suka menunjukkan harta kekayaan. Apa komen Tunku?
TMJ: Ya, saya suka menunjukkannya. Itu harta saya, dan bukannya saya mencurinya. Ada yang mengatakan sesetengah orang lain juga berharta tetapi tidak menunjukkannya. Saya tidak terkejut mengapa sesetengah orang berdiam sahaja, kerana ada yang menerimanya daripada melobi kerajaan persekutuan, dan mungkin juga daripada rakyat, tentulah mereka takkan menghebahkannya. Saya lebih berterus terang. Harta saya daripada hasil estet kelapa sawit dan pegangan saham saya dalam syarikat-syarikat yang melabur di negeri Johor. Saya tiada berahsia. Sekiranya saya hendak menunjukkan harta saya, itu urusan saya. Kenapa ada yang tidak senang dengan hal tersebut? Anda mahukan seperti itu? Berusahalah bersungguh-sungguh. InsyaAllah, dengan izin Allah, anda juga mampu mencapainya.
Wartawan: Berbalik kepada bolasepak. Ramalan Tunku? Siapa bakal menjadi juara liga, dan siapakah pasukan pilihan?
TMJ: Selangor yang paling kuat, Pahang, Felda, Kedah dan Terengganu.
Wartawan: JDT?
TMJ: Tidak, kita hanya kelab kecil yang masih mentah. Menduduki empat tangga teratas sudah cukup baik.
Wartawan. Menjunjung kasih, Tunku.
TMJ: Sama-sama.
------
Reporter: Tunku, why did you sign Paulo Rangel?
TMJ: I give full power and space to our manager Mario Gomez and support whoever he wants to bring into the team. If it works good. If it doesn't work, change it. Life's simple. Don't make things hard.
Reporter: Tunku, sometimes I follow and read several comments on the social media and there are some mixed emotions towards you amongst the football fans. Some says Jdt never develop young talents. What is your comment on that?
TMJ: Its true we have not developed young talents except for Shafiq Saharuddin coming up and Fazly Mazlan who is currently in JDT's first eleven. We hope to develop more young talents in the future. Look, we are an ambitious club. I always choose to be honest. Our priorities is to develop. But if there are talented players out there, we are going to buy them. That's not a secret. From anywhere in the country, we don't mind. We are a club that wants to improve our squad. It's as simple as that.
Reporter: Tunku there are also some fans who said you like to show off your wealth. What do you say about that?
TMJ: Yes I like to show what I have. It's my money and I didn't steal it. Some say others have money but they don't show. Well I'm not surprised why others choose to keep quiet because they get it by lobbying the federal government and some of it belongs to the taxpayers. Of course they're going to keep quiet about it. Unlike me, I'm transparent. My money comes from my oil palm estates and my shares in companies invested in Johor. I have no secrets. If I choose to show, that's my business. Why are some bothered by it? You want it? Work hard. Isha'Allah, God willing, you can get it too.
Reporter: Ok Tuanku, back to football. Your prediction. Who is going to be the league champion next season and titles favourite?
TMJ: Selangor are the strongest, Pahang, Felda, Kedah and Terengganu.
Reporter: JDT?
TMJ: No we are just a small young club. Top 4 would be nice.
Reporter. Ok thank you sir.
TMJ: Thank you.


Sumber : Johor Sauthern Tiger


Monday, December 28, 2015

SAH! Inilah Striker Baru JDT Yang Lincah Dan Berbadan Sasa



Tahniah JDT kerana berjaya mendapatkan bekas pemain Terengganu iaitu Paulo Rangel. Striker yang lincah dan berbadan sasa.






Annuar Musa Buka Mulut Jumlah Bajet Kelantan untuk Musim 2016



KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memerlukan lebih RM12 juta untuk pembelanjaan memperkuat pasukan The Red Warriors (TRW) bagi menghadapi saingan musim tahun depan.

Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa berkata adalah sukar bagi Kafa untuk membentuk pasukan yang kuat sekiranya mempunyai bajet kurang daripada RM12 juta.

"Kami tahu bagi membentuk pasukan yang bagus kami perlu mencari pemain yang berkualiti, untuk pemain import sahaja kami memerlukan sekurang-kurangnya RM4 juta bagi setiap pemain import.

"Itu tidak termasuk pemain tempatan, belanjawan pengurusan dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas Kongres Kafa Ke-61 di Pengkalan Chepa di sini, semalam.

Annuar berkata KAFA tidak seperti persatuan bola sepak negeri lain yang memperoleh sumber kewangan yang besar daripada kerajaan negeri masing-masing.

"KAFA mampu mendapatkan antara RM4 juta dan RM5 juta hasil tajaan dan jumlah ini tidak mencukupi," katanya.

Annuar berkata Kafa bergantung 100 peratus kepada tajaan musim ke musim dan bagi mendapatkan tajaan itu ia mengambil masa sedangkan pasukan perlu dibentuk awal musim lagi.
Katanya pihak beliau akan berusaha mendapatkan sumber kewangan di samping meminta mana-mana pihak untuk membantu dalam perkara tersebut. - Awani