Monday, November 23, 2015

Filled Under:

Ustaz Kazim Jawab "Realiti TV Agama Sampah"


Baru- baru ini ada pihak yang mengatakan program realiti tv keagamaan sekarang tidak menepati tujuan asal iaitu untuk berdakwah.

Ada yang berkata rancangan realiti tv keagamaan ini lebih kepada berlakon dan pihak tv hanya fikirkan keuntungan sahaja.

Ada yang bersetuju dengan hal itu namun ada juga yang berbeza pendapat. Ini termasuk juri realiti tv Pencetus Ummah iaitu Ustaz Kazim Elias.

Ini sedikit komen dari UKE:

"Bukan senang hendak tarik golongan belia dan golongan yang kurang memahami pengajian untuk memintai serta mengikuti pengajian.

Apabila golongan ini tersentuh dengan ilmu agama, maka ia adalah sesuatu yang amat menyeronokkan.

Kalau sampah sekalipun sekurang-kurang nya ada juga manfaat pada manusia yangg lain. Janganlah sombong sangat"

"Sekarang kita boleh melihat pelbagai rancangan keagamaan disiarkan di tv dan radio dan ratingnya amatlah membanggakan.

Malah artis juga kini cenderung untuk berubah menjadi insan yang mendekati agama Islam. Ini kerana masyarakat telah dapat menghayati Islam dengan mudah melalui pengaruh sosial media."

"Dakwah bukan sekadar berceramah, berkhutbah, mengajar kitab di masjid. Semua orang boleh berdakwah seperti mana Sabda Nabi SAW (dari Abdullah bin Amru yang bermaksud) "sampaikanlah daripadaku walau satu ayat".

Dalam seni boleh berdakwah, dalam tulisan, sebagai penyampai radio, malah dakwah juga boleh disampaikan melalui drama, filem selagi penyampaiannya tidak bertentangan dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah."

Baca terus di sini: (KLIK GAMBAR BAWAH UNTU BACA)





0 comments:

Post a Comment