Monday, November 30, 2015

Filled Under:

Takziah Dato Siti Nurhaliza



Oleh Ina Mohd. Sumber IG CT

Sedih. Itu sahaja yang dapat dikatakan. Membaca Instagram penyanyi nombor satu Malaysia terasa bagai dapat merasai apa yang dirasai oleh penyanyi ini. Dato’ Siti Nurhaliza telah mengeluarkan kenyataan mengenai kandungannya itu. Tetapi apakan daya, Tuhan hanya memberi pinjaman selama dua bulan sahaja.

@ctdkBismillahirahmannirohhim ... Tanggal 1hb Dec ... Rasanya sudah sampai waktu & ketika yg sesuai utk Ct kongsikan dengan peminat & followers tersayang..
Mula mula Ct ingin sangat berkongsi cerita indah namun Ct percaya semua dugaan ada hikmah dariNYA..Ini semua meningkatkan lagi keimanan Ct kepada PENCIPTA Ct.. Memang tak mahu menafikan berita kehamilan kerana ia Anugerah terindah yg lama Ct nantikan dan sudah pastinya peminat yg mendoakan juga..Nak mengiyakan pun takut , kerana Anugerah ini terlalu baru dan 'FRAGILE' untuk di hebahkan.Hanya memohon masa yang sesuai..Ternyata , Allah SWT pinjamkan Anugerah ini utk seketika..sempat 2 bulan Ct kandungkan dan Ct keguguran..Ct Redha dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT beri Ct jawapan diatas doa Ct.. inshaAllah semoga ia permulaan untuk Anugerah yang seterusnya.. Terima Kasih Suami,Keluarga & sahabat yg memberi kata semangat & peminat yg sentiasa mendoakan Ct..Ct yakin pada Perancang Terbaik dalam hidup Ct iaitu Allah SWT..Selepas habis proses berpantang ni 
😬😬 Ct akan menjalani kegiatan seperti biasa..kena masuk Gym balikπŸ™ˆπŸ™ˆdan beberapa acara di jakarta( plan asal shooting di KL sbb pregnant). Buat sahabat2 saya iaitu peminat & Followers saya...teruskan doa yang baik2 ye..mana tahu dalam berjuta ,ada yang makbul doanya..Ct pun mendoakan agar Allah SWT kurniakan Anugerah terbaik buat anda tak kiralah dalam apa bentuk yg anda inginkan..
sekian catatan panjang lebar dari saya & semoga semuanya sudah jelas. Buat masa ini, izinkan Ct untuk berehat sebelum mula bekerja seperti biasa. Terima Kasih Allah ...Wassalam..


Buat Dato’Siti, kami doakan yang baik-baik buat anda. Semoga anda tabah dalam menghadapi dugaan ini. Dugaan yang diberikan oleh Allah ini adalah untuk menguji dan DIA sayangkan umatNya. Walaupun lama menunggu tetapi pengakhirannya begini, tidak mengapa. Masih ada masa untuk mencuba. InSha Allah Tuhan akan makbulkan permintaan Dato sekeluarga.

Bagi anda pembaca, marilah kita sama-sama doa supaya penyanyi kesayangan ramai ini sentiasa diberi kesihatan yang baik-baik.

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm




0 comments:

Post a Comment