Tuesday, November 24, 2015

Filled Under:

Menyirap Aku Dengar Jawapan Balas Mamat Ni Bila Ditegur


SEPANG - Tindakan seorang pengguna Express Rail Link (ERL) yang meletakkan kakinya di kerusi mengundang kritikan netizen di media sosial. 

Gambar yang dimuat naik oleh Man Ahmad itu menjelaskan lelaki terbabit enggan menurunkan kakinya meskipun telah ditegur oleh seorang pramugara yang kebetulan menaiki pergangkutan tersebut.

"Dalam ERL just now. Seorang Steward duduk belakang aku tegur mamat ini sebab letak kaki atas kerusi. Dia boleh jawab 'Mind your own business, you can't do nothing'. 

"Menyirap je aku dengar. Aku pusing, snap gambar dia. Dia boleh pula buat bodoh saja. Nasib baik mood aku tengah baik," katanya. 

Netizen mengkritik kebiadaban lelaki itu yang dianggap hanya mementingkan keselesaan sendiri sedangkan tempat duduk itu adalah untuk diduduk oleh penumpang, bukannya untuk meletakkan kaki dengan kasut yang entah bersih atau kotor.

"Kalau saya ada pada masa itu, saya akan duduk di kerusi yang menjadi tempat dia letakkan kaki itu. Nak tengok apa yang dia cakap. Nak bertumbuk pun bertumbuklah. Mesti ramai yang sokong saya," kata Hamzi Tam. 




0 comments:

Post a Comment