Sunday, November 22, 2015

Filled Under:

Lucu Betul Ahmad Maslan Ni, Join Group Whatsapp "Kami Anti Ahmad Maslan"

Lucu Betul Ahmad Maslan Ni, Join Group Whatsapp "Kami Anti Ahmad Maslan"


Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri iaitu Datuk Ahmad Maslan sekali lagi mencuri perhatian yang agak melucukan.

Beliau telah mendedahkan turut menyertai dan berada di dalam satu group Whatsapp "Kami Anti Ahmad Maslan"

Malahan, Ahmad Maslan bertekad tidak mahu keluar dari group tersebut dan berkata dengan cara itu dia boleh mengetahui apa yang rakyat tidak suka mengenainya.

Ini komennya:

"Saya mempunyai cabaran iaitu 350 WhatsApp group yang selalu memenuhi telefon bimbit saya.

"Macam-macam kumpulan ada dalam itu termasuk satu kumpulan 'Kami Anti Ahmad Maslan'. Tetapi saya tidak keluar dari kumpulan itu.

"Saya mahu mengetahui apa yang mereka tidak suka tentang saya," 

"Selain itu, Ahmad Maslan turut sertai group Jom Sertai PAS"

Ini namanya menteri berjiwa kental. Hehe.




0 comments:

Post a Comment