Sunday, November 29, 2015

Filled Under:

LUAHAN HATI TAUKEY JAMBU APABILA RAKANNYA MENEMUI ILLAHI

Ketika pihak wartawan mendekati pelawak terkenal iaitu Taukey Jambu dan ingin dia kongsikan perasaan kerana kehilangan kawannya.... dan dalam keadaan menangis tersedu-sedu Taukey berkata dia tak mampu lagi untuk menjawab soalan... dia tak mampu tanpa Pak Yus.... bukan sahaja Taukey tapi artis lain juga di lihat seperti terlalu sebak masing-masing meratapi pemergian Pak Yus... terutama rakan karibnya juga iaitu Afdlin Shauki ketika masing-masing di wad hospital selayang pagi tadi.

Kami mengharapkan arah Taukey tabah selalu jodoh, ajal maut semua takdir tuhan, kita sebagai manusia ni yang masih bernyawa teruskan hidup yang sedia ada.



Pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 39, telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi kira-kira jam 12.15 tengah malam di Hospital Selayang akibat serangan jantung.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh rakan karibnya juga salah seorang ahli kumpulan Jambu, Tauke menerusi laman Instagram miliknya.

“Salam semua kawan2 dan sahabat2 jambu saudaraku yussry bin edoo @pakyuih @yus_jambu76 telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di hospital selayang akibat sesak nafas minta kawan2 sedekahkan AL-fatihah kepada arwah,” dipetik menerusi kapsyen foto yang dimuat naik Tauke.

Astro Gempak difahamkan Yus atau panggilan mesranya Pak Yus, dilaporkan mengalami sesak nafas di dalam kereta ketika perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjayakan program ‘Raja Band’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Anak seni kelahiran Kangar, Perlis ini memulakan kerjaya seni dengan menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 sebelum mula menempah nama dalam bidang komedi tanah air apabila diumumkan juara program Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007.
Teks Oleh: Khalid Rahman





0 comments:

Post a Comment