Tuesday, November 24, 2015

Filled Under:

Hantaran & Bajet Kahwin Tinggi Punca Kes Maksiat Semakin Menjadi-jadi


NUSAJAYA - Seramai 538 individu ditangkap dan dibicarakan di mahkamah syariah di negeri ini sepanjang tahu kerana disyaki melakukan perbuatan persetubuhan luar nikah, lapor Sinar Harian.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Abd Mutalip Abd Rahim berkata, sebanyak 300 fail bagi kesalahan tersebut telah dibuka sehingga Oktober lalu yang melibatkan 600 orang.

Jelasnya, masalah persetubuhan haram semakin menjadi-jadi berpunca dari tindakan sesetengah keluarga meletakkan nilai hantaran yang sangat tinggi dan perbelanjaan perkahwinan yang semakin meningkat. 

“Nilai hantaran tinggi dan perbelanjaan kenduri kahwin semakin meningkat menyebabkan kesukaran berkahwin yang akhirnya menyebabkan mereka melakukan maksiat. Tawaran sewaan mengikut jam di hotel bajet serendah RM20 juga memberi peluang pasangan kekasih melakukan maksiat. Justeru bagi mengelakkan masalah ini, hotel ini disyaratkan hanya boleh menyewakan untuk kadar harian," katanya ketika menjawab soalan yang diajukan oleh ADUN Semerah, Mohd Ismail Roslan, mengenai kes zina yang dikendalikan oleh mahkamah syariah negeri sepanjang tahun 2014 sehingga Oktober lalu pada sidang Dun di Kota Iskandar, semalam.

Tambahnya, kealpaan ibu bapa mencari rezeki sehingga tidak mempedulikan anak dan peranan masyarakat yang tidak gemar mengambil tahu hal sekeliling juga turut menjadi faktor kerosakan moral dalam kalangan pelaku zina. - THEHYPEMEDIA




0 comments:

Post a Comment