Wednesday, November 25, 2015

Filled Under:

Akhirnya Achey Jawab Balik Mengenai Balu Arwah Harun Salim Bachik Yang Mengejutkan Semua

acheydanharun
Pelawak Achey kesal dengan kenyataan yang dibuat balu Harun Salim Bachik, Surianti Mohd Nor yang menuduh dia menipu tentang kenyataannya kepada media yang dia pernah bertanyakan khabar keluarga itu.
Achey ada memberitahu mungkin terdapat salah faham tentang perkara itu kerana pertanyaan khabar itu sebenarnya diajukan kepada anak sulung bekas isteri pertama Harun dan bukannya Surianti.
“Saya rasa perkara ini hanya salah faham sahaja. Sebenarnya, saya ada bertanya khabar mengenai keluarga arwah abang Harun. Dan pertanyaan itu diajukan kepada anak kepada isteri pertama arwah. Dah alang-alang bertanya, saya tanya sekali mengenai anak-anak isteri kedua arwah juga. Itu sahaja,” katanya.
Bukan itu sahaja, Achey juga ada menjelaskan tentang isu perniagaan bahawa dia tidak terlibat dengan sebarang urusan perniagaan bersama Surianti dan enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu.
“Macam ini lah, apa yang saya boleh jelaskan, saya dan Surianti tidak ada apa-apa jalinan perniagaan pun. Kalau boleh saya tak mahu ulas lebih lanjut, takut isu lain pula yang timbul dan menjadi punca salah faham berlaku. Saya menjalankan bisnes pun dengan anak kepada isteri pertama arwah, bukan dengan Surianti. Saya terkejut perkara ini menjadi isu. Saya ini orang luar, takkan nak masuk campur hal keluarga mereka. Niat saya sebelum ini pun sekadar mahu bertanya khabar, memandangkan arwah Harun baik dengan saya dan kami saling berkongsi masalah. Mungkin perkara ini hanyalah salah faham antara dua pihak,” katanya.
Haaa dah nampak dah salah faham je sebenarnya. Diharapkan agar Achey dan Surianti dapat menyelesaikan masalah ini dengan cara baik ye. Isu ni sebenarnya bukan salah mana-mana pihak. Hanya salah faham. 
Sumber : mStar





0 comments:

Post a Comment